Monday, January 10, 2011

Akaun bank bertambah lagi hari ni...

Assalamualaikum... selamat malam. 

Alhamdulillah.. kenyang baru makan malam nasi minyak yg di masak tgh tadi. tambah 1 menu lagi lauk sambal ayam, huiiss sedap!, jam baru menunjukkan hampir 9 malam, tiga2 org anak dah tidur, sorang pegi mengaji di surau. rumah sunyi sepi je.. kalau ada syaid mesti time macam ni bising2 dengan mengusek adik2nya ni. syaid.. syaid.... mama rindu laaa, besok mama mesti ke sana jenguk syaid, entah ok ke tak,makan kenyang ke tak.. cam2 dalam kepala mama ni, tambah sekarang ni musim hujan tak henti2, ribut kilat menyambar. dah le berdinding palang besi mcm tu jer, aduhhai...mama plak dok kena menyabarkan diri teringatkan anak di asrama, tgk2 Syaid dah semakin berani dan dah jadi jantan yg sebenarnya, berubah terus dari sikap lama yg penakut giler2 & sembahyang pun nak tunggu habis waktu baru nak sembahyang, ehmm sebab tu mama abah usaha nak hantar bersekolah agama, biar basic tu kuat dalam diri hingga ke tua, tambah lagi dok asrama byk aktiviti ptg ada.. malam plak ada hafazan al Quran, kalau kat rumah maunya sblm tidur mesti nak ngadap fb dahulu. aduhhaii fb.. fbb.. sampai syahmi yg baru tahun 1 tu dah sibuk dok beleber sorang2 nak makan byk2, nak cepat besar.. nak cepat2 masuk tahun 5 boleh dapat ebook, boleh main facebook, tergelak mama dibuatnya! budak sebesar tu pun dah sibuk nak main fb jugak!

tadi cuba cek akaun bank.. uuuuii kemasukan duit lg, Alhamdulillah.. rezeki biz online, minggu ni tak buat apa2 pun masuk jugak komisyen. sebab tu akak tak boleh stop buat biz online. Hanya dari rumah... satu hari kena disiplinkan diri buat promosi sekurang2nya sejam dah cukup drp tak buat langsung. kata org usaha.. jangan duduk diam dan tidur.

sebenarnya sementara biz ini masih fresh.. peluanng utk berjaya amat cerah! kerana masih br di malaysia. jangan tunggu org lain berjaya dulu br nak buat, mungkin time br nak buat tu.. tiba2 syarikat tu dah lingkup, mana tau.. kata org langit tak sentiasa cerah... dan sentiasa sediakan payung sebelum hujan. kalau takut risiko kerugian jangan le ambil yg perlu kluarkan modal besar2 ribu tu hingga sangup buat loan bank dan bayar bulan2, seriau bila dengar. Biasanya kalau permulaan dapat le bonus seribu dua 3 bulan pertama.. tp seterusnya terus diam, syarikat lingkup! seperti swiss cash yg hangat pd setahun yg lepas..... ksian sgt. loan bank terpaksa gak dilangsaikan guna duit tabung sendiri. Sebenarnya pilihan atas diri kita sendiri.... seperti akak ni pilih biz online yg hanya modal kecil shj, takdak risiko kerugian besar2, bila syarikat nak lingkup pun takde rasa besar sgt kecewa tu, lagipun utk dapat balik modal tu sekejap jer. lepas tu fokus kpd keuntungan pula, betul tak? Janji ikhtiar tu tak putus2, nak kata ngadap laptop tu hari2, kenapa tak ambil peluang skejap buat biz online sambil main fb? lagi ada faedah. kawan2 pun dpt income sesama spt kita. Atas masing2 nak percaya ke tidak jer, nak percaya boleh cuba buat.. taknak percaya pun takpe.. kita tak memaksa. benda2 macam ni mmg sukar org nak percaya sebab terlalu byk tipu menipu dalam mlm online. dan akak mmg faham knp org terlalu berhati2 dan berfikir panjang utk buat biz online ni, kalau tak.. dah lama rakyat malaysia ni takde yg miskin lagi, hanya duduk rumah buat biz online jer dan tak perlu susah2 berkereta pg ptg pergi kerja.. kan?

Ok la tiba2 dah terasa leguh plak jari jemari ni dok menaip. mata pun rasa dah mengantuk, cuma sedikit nasihat akak dlm apa2 biz.. jangan iri hati, ada prasangka yg bukan2 ttg biz org lain.. sentiasa berfikiran jauh ke depan... kerana apabila dalam fikiran kita sentiasa ada syak wasangka yg buruk amat sukar utk kita berjaya dan senang kerana, kita sudah terpengaruh dengan segala mde2 yg negatif dlm hidup kita & tidak berani untuk menyahut cabaran. jumpa lagi di ruangan esok.. Assalamualaikum....





0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq