Tuesday, January 11, 2011

masih pelat berbahasa melayu




Hari ni cuaca elok.. tak hujan dan tak panas. Syaidi call suruh bawak ic copy makayah ke asramanya utk isi borang tabung haji. mama apa lagi seronok le bila dengar suruh pergi sana(mama rindu benar ni). Tp memang tabik le dalam phone pun dah berubah suaranya polite semacam jer bercakap! tapi masa lepas syaid letak jer phone tu terus terpikir aikk apsal aku rasa lain semacam jer dengar suara syaid hari ni??... heheh rupa2nya dah ada perubahan diri sedikit demi sedikit bila dah dok berjauhan dengan mama ni heihh..., kalau sblm ni selalu nak cepat bercakap & cam tak sabar nak letak phone, skrg kelihatan cam rindu sgt2 pd mama ni. heheh!. aikk.. baru mama perasan.. kali ni mama plak yg cam cepat2 nak suruh syaid letak phone... bukannya apa takut habis kredittt.

Sampai sana jam 5+ ptg, cari di bilik takde.. rupanya ada kat surau lagi sembahyang. tunggu punya tunggu dengar adik2 dok terjerit riang dok melaung nama abg syaidddd!, alaaaaahai.. si kecik isya ni pun bukan main rindu jugak kat abang yee, pandai baby! syaid bercerita dah tak takut dah dok sana... tak takut hantu pun, biasa dah... kalau takut pun selimut penuh jer, takkan ada nampak apa2 pun.. haha.. lawak!. BAGUSSS tu.. tu yg nak dengar!

ehmm penat lagi terasa hari ni.. isya semakin aktif, bijak dan suka bercakap walaupun bahasa asingnya masih tdk blh di fahami. main agak2 jer dan layan jer, tp jangan pula layan bercakap pun dalam bahasa koreanya.. sampai bila2 takkan pandai le dia bercakap bahasa melayu. Bila flash back blk zaman abg syaid, syafik dan syahmi time baru mula nak belajar bercakap dulu lagi kelakar dan tergelak sorang2 mama ni. Sedar2 dah boleh bercakap... yg lawaknya bukan bahasa ibunda sendiri, tapi bahasa jepun. sabarrr jer la! bahasa melayu plak dah jadi pelat.. tak ke jadi haru biru. Setiap kali tepon tokma dan opah... terpinga2 dengar suara cucu dk bercakap bahasa asing. mama dan abah jugak yg kena leter suruh ajar bahasa melayu. uhukk nak buat camne kt sekolah dah bahasa tu yg diorg guna blk rumah tetap bahsa tu jugak nak guna.

oklah.. mama ni kalau bercerita pasal anak2 mama rasanya susah nak berhenti. tgk2 basma pun dah tidur.. jam pun dah kul 10.20 mlm.. kena tidurkan sorang lagi ni, karang esok sekolah mengantuk plak. bibik pun dah tidur. seram plak sorang2 ni.. hehe. mama ni mmg penakut.. tambahlagi dalam tv3 tu asyik2 keluar iklan cerita2 hantu. sampai basma dan syahmi pun marah sgt kalau bukak tv3!.ok.. salam sayang dan rindu mama utk syaidi.. gud net

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq