asrama.. ooo asrama

Anak sulongku.. Muhd rusyaidi. boleh tido ke malam ni?.. hari pertama pergi daftar hari tu dah seram tgk asrama... dinding hanya palang besi tanpa dinding kayu/simen. eeiii seramnya.. kalau tido kat rumah mau sibuk dok berebut2 ngan adik2 nak tido tengah2.. kelakar bila teringat kat syaidi ni. rindu pun jangan nak kata le.. kali pertama berjauhan dengan sisulong ni.

Hari ke 3 pergi melawat.. tgk mukanya merah2 cam udang kena bakar.. hati aku dah mula resah .. aii kenapa semacam muka ni?.. kena ragging di senior ker?.. tak bleh tidur ke??.. macam2 yg bermain dalam kepala ni.. dok tanya2.. jawabnya takde apa2.. cuma bila tanya ke rindukan adik2..atau mama & abah. laju plak di angguknya. kesiannya.. takpelah rusyaidi... belajar berdikari.. belajar berjauhan dengan family... tuntut ilmu.. abah dan mama akan sentiasa berikana sokongan & semangat!.... moga2 impian mama dan abah tercapai suatu hari nanti utk melihat syaid berjaya... dunia dan akhirat. InsyaAllah, doa kami akan sentiasa mengiringimu dan adik2 yg lain walau di mana kalian berada.





No comments:

Pengalaman Herbalife spetacular 2018: Online Business yang Mantap dan Berjaya

Assalamualiakum wbt. Kenangan yang paling manis dan berharga buat mama di spetacular Herbalife 2018 Sepanjang 8 tahun berkeci...

Jom Follow Kak Ja