Wednesday, January 26, 2011

Pendidikan Anak-Anak Sekolah Berasrama






Assalamualaikum.
Bangun pagi ni bersemangattt jer. Alhamdulillah. Mood pun ok. Petang kemarin pergi jumpa Syaidi di asrama.. rindu sangat. Pergi sana sebabnya hanya nak tau kenapa tak pernah call?.. mama dok rindu jer kat rumah ni. Laa rupanya telepon sana rosak. leeee.. ingatkan syaid memang sajer2 tak ingatkan mama.hehe
Semenjak Syaid masuk sekolah agama, perwatakannya pun dah berubah sedikit demi sedikit, minggu lepas jumat malam dia pergi le ke surau depan rumah dengan bawak al Quran, tanya ler..."nak kemana tu?.. mengaji ngan ustaz ker?.." (sblm ni mengaji petang2 ngan ustaz kat surau situ). "Bukan"..jawab syaidi ringkas.."sajer nak hafal al quran, baca kat rumah bising adik ganggu.", katanya lagi...Uhh..terkejut mama.. perkembangan yg bagus ni. "Rasa berbaloi jgk hantar masuk sekolah agama ni"...bisik hati kecilku.

2 hari yg lepas pula ada le meeting ngan member2 dan jiran2 kat kopitiam (tmpt minum kopi waktu pagi kaum ibu) di bandar Chukai. Kebetulan ada ceritalah dari anak jiran ni.. Daniael (anaknya) balik rumah bagitau..katanya.."mak..!! makk..!! nampak Rusyaidi kat surau tadi...syaidi dah alimmmm laa makk..jadi tok iman kat surau!!!." Terkejut la member tu. Pastu bercerita kat kopitiam tadi pasal anak2 ni.. jiran I tu cakap le.. "alaa nyesal tak hantar jugak anaknya pergi situ..", anaknya dan syaidi satu kelas masa sekolah rendah dulu, katanya lagi, "tu le dok ikut sangat kemahuan anak.. dengar anak cakap tak nak.. tak hantar le sebab takut bahasa arab. Kalau dok asrama kan bagus...", aku menyampuk la..."Syaid tu pun kalau ikut dia mmg tak nak jgk, sebab tak pandai bahasa arab dan memang tak minat..", tapi bila dah masuk situ..mde tu dah wajib dia kena hafal dan ingat. Kalau tak buat TAK BOLEH. Satu KEMESTIAN. Tgk... drp tak minat dah boleh pun sikit2. Balik rumah hujung minggu pergi belajar bahasa arab dengan org Yaman depan rumah (dia tu member kat Jepun dahulu. Satu university di Mie Jepun. Dtg Malaysia kerja mengajar di sini sebagai lecturer di sini).

Tapi memang betul pun.. kalau selama ni sembahyang pun laju.. kalau mama ni baru nak pakai telekung tgk2 dia dah siap. Apa yg dia baca tak tau le. Dah byk kali nasihat tu pun mula2 ikut le sekejap. Pastu buat balik.. Ehmm.. mungkin kalau kat rumah ni..dalam fikirannya banyak mde yg dia fikir nak buat.. contohnya nak main kat luar la, kalau dok rumah pun kawan2 dok panggil ajak mai bola laa.. dan macam2 le!. Pastu dok layan adik2 main ps2, mengadap komputer dan macam2 lagi. Baju dan kasut sekolah pun tak pernah basuh sendiri, keburukan ada bibik.. anak2 naik lemak.. kalau suruh buat sendiri jawabnya, "mama...bibik kan ada...jadi bibik tolong cuci la.", katanya..Alaaahai...Lemah sungguh dibuatnya...nak marah anakkan mmg betul jgk nnt bibik tadak kerja plak kann?? So terpaksa ambil altenatif cara lain. HANTAR SEKOLAH AGAMA ASRAMA...biar dia mula berdikari dan belajar hidup susah...sbb mama dan abah mmg dari keluarga susah..."Abah dan mama dulu sebesar Syaid semua kerja buat sendiri tau...", cerita aku kat Syaid waktu kami berborak pasal Syaid basuh baju di asrama petang tadi. Tapi memang pun.. budak2 ni kalau nak bentuk.. bentuk le awal2 kalau setakat baru nak masuk sekolah menengah form One tu belum terlambat lagi. JANGAN PUTUS ASA KALAU BAB2 NAK BENTUKKAN ANAK, kalau tak boleh buat cara tu cuba pikir cara lain pula.. nilah cara aku buatkan di rumah. Nak tunggu dia dewasa esok2 baru nak bentuk dan beri nasihat jangan harap le diorg akan ikut sepenuhnya...alih2 nnt kita dilawannya balik...tambahlagi gelaja sosial sekarang memang menjadi2 dan melampau di luar sana, dengan pengaruh kawan2nya lagi. Ya Allah takutnya bila terbayangkan perkara macam tu..."mintak2 di jauhkan dari kami sekeluarga."' bisik hati kecilku lagi.

Berbalik cerita asrama tadi.. sebenarnya bukan nak kata masuk sekolah agama tu 100 peratus boleh bentukkan anak kita macam tu. Sebenarnya atas budak dan dari kemahuannya sendiri jugak. Cuma aku sebagai ibunya tu usaha dan ikhtiar aku.. supaya basic ilmu agamanya semakin kukuh dan kuat, bukannya hanya tumpu ilmu dunia semata2. Biarlah balance.. Esok2 boleh guna ilmu tu utk didik isteri dan anak2 diorg pulak kelak.
Berkenaan bahasa arab pula..nak kata sekolah aliran biasa tu bukannya tak belajar bahasa arab, aaaada tapi tak kuat sangat le. Tapi aku memang kagum suasana di asramanya.. memang berdisiplin budak2 situ.. aku perhatikan sebahagian besar air muka pelajarnya nampak bersih dan jernih jer. Diorg ni setiap kul 5 pagi dah kena bangun pergi surau.. mengaji. malam sblm nak tidur pun mengaji hafal bahasa arab. So lama2 dah jadi kebiasaanya. Yang bagusnya kat sekolahnya.. senior takdelah main ragging2 tak tentu hala.. kalau nak bagi denda buat kesalahan pun di paksa suruh menghafal ayat/surah. Huuhh..MEMANG DASYAT BUDAK2 SENIORNYA. Sebenarnya aku pada mulanya risau jgk, "ada budaya buli teruk2 ker kat sekolah asrama ni...", fikirku, maklumlah biasa dok tengok news dalam TV yang macam2 berita ada, kadang2 tu bimbanglah jgk...

Okle.. lapar pulak.. kalau nak bercerita pasal hal ehwal anak2 ni memang rasa payah nak stop bercerita.. oh ya lupa nak cakap perkara yg paling seronok buat mama ialah syaidi dan pandai basuh baju dan kasut sendiriiii, Alhamdulillah... setiap hari lepas pakai terus cuci. Tu le yg mama nak tgk, semua perkara belajar buat sendiri, kalau tak sampai bila2 asyik nak bergantung dengan mama dan abah jer... kan tak elok namanya tu. Ok le.. serius nak stop...lain kali le pulak sambung lagi.  Ok ..
Assalamualaikum....


2 comments:

Cik Nani said...

alhamdulillah
seronok dengar cerita pasal anak-anak akak

Rosliza said...

Terima kasih sudi menjenguk blog akak yg tak seberapa ni.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq