Wednesday, January 26, 2011

Hati Hati Bahaya Resdung

Assalamualaikum.... dan selamat malam. Dah kul 11 malam, sblm nak tidur post 1 entry kat sini berkenaan dengan RESDUNG.






Anak lelaki yg ke 2, Syafik.. dilahirkan di Jepun. Pergi sana masa tu ngah ngandungkannya 8 bulan. selang 4.5 hari lps tu terberanak kes gegaran gempa bumi. Bila flash back masa pecah ketuban tu.. cik hubby kita dok 'menoreh getah', nak tau kerja apa tu?.... MenGhaNtar SuRat KhAbaR. rumah ke rumah org jepun, dalam kul 3 hingga 5 pagi! time org tidur enak2.. cik hubby kita dok pulun buat partime. Time lahirkan tu musim sejuk.. memang tahap beku. Selepas 3 bulan dilahirkan bawak pergi Dynaland ski resort di Gifu... konvoi 5.6 buah kereta ngan semua pelajar sana main ski dan salji. Sepanjang dok sana 1 hari Shafik memang meragam, krn tdk selesa dgn udara yg sejuk, angin yg kuat dan salji turun berterusan. tapi bawaknya kluar pun kejap2 jer utk jenguk si abangnya, syaidi main salji. Kami berdua hanya dok dalam bilik rehat jer. Sebenarnya sampai sekarang bila di fikir2kan balik memang penyesalan tu tetap ada dalam hati.. Mama ni sepatutnya tak bawak Shafik keluar rumah... tp nak buat macammane. aduhh... terhimpit tak pergi karang.. Syaidi pula dok merayu2 nak pergi. Serba salah sbb hanya sekali jer dalam setahun main ski kat sana.
Semenjak dari tu Shafik seperti alahan pada sejuk, setiap kali masuk musim sejuk jer pasti sentiasa batuk dan selsema berpanjangan. Kalau time salji turun pulak.. si abangnya dok sukaria main kat luar.. tp si shafik ni pula hanya lebih suka dok berkurung dalam rumah sambil memanaskan diri dok bawah meja letrik. katanya dia tak suka musim sejuk!.
Balik Malaysia tahun 2006 bulan april. Suami dah habis study. Balik Malaysia tgk2 dah tak selsema, meeemang rasa seroooonok sangat hati ni. Alih2 tak sampai 3.4 bulan tengok2 selsema lagi! ya Allah.. kesiannya anak aku. Nak buat camne ni. . jumpa Dr.. katanya shafik alahan. dan selsema biasa jer, nak tak nak dok telan jer la semua yg ubat2 dr berikan tu, tp tak sembuh2 jugak!. Sampai ke tahap tu dah hilang sabar tgk anak macam tu terus ajak adik lelaki peneman sebagai driver tolong drive kereta pergi KMC Kuantan. aku tak boleh bawak pasal si kecil ni drive lama2 pasti meragam nak susu. Abahnya pula masa tu ada meeting di Indonesia.
Bila jumpa pakar.. `teropong' hidungnya tgk2 ada ketulan sebesar guli. kiranya ruang nak bernafas tu cuma sebesar 2 batang lidi jer... Bayangkanlah betapa seksanya shafik selama ni... Lepas tu terus buat appoiment buat operation 2 minggu lepas tu. Dr cakap Shafik resdung, asalnya berpunca dari selsema berpanjangan. Kalau biarkan lagi selsema mcm tu tanpa buat apa2 nanti benjolan tu akan tumbuh semula. Nah.. dah tau sebabnya senang sikit kan.
Lepas jer operation tu hingga ke hari ni barulah nampak tidurnya lena, tak berdengkur & takde selsema. Alhamdulillah.. syukur sangat2. Hingga saat ini Shafik dah sihat Walafiat. Hati Mama & Abah pun dah kembali tenang.

Entry mamaLUV Redung:
  1. Merawat resdung
  2. tip-mengurangkan-gejala-resdung.html
  3. merawat-resdung-syafik-rokok-resdung.html
  4. no Entry pasal rawatan ni - merawat resdung dengan menyedut serbuk herba, pastu akan terbersin dan akan keluar le segala lelehen dr segala rongga mulut dan hidung, tapi mama xkeluar apa2 pun sbb sblm pergi tu pagi makan ubat resdung so tak jalan le, tapi anak mama kluar le sikit... tp tak menjadi gak... ;(  
  5. resdungku-dah-99-sembuh-syukur-kepada.html

1 comments:

mrkhan88 said...

Cuba ubat resdung bella formula. Insyaallah berkesan. Ubat paling laris di malaysia.
www.Ubat-Resdung.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq