Wednesday, January 19, 2011

Ingin bercuti melancong ke Bandung?.. ini tips nya...

Assalamualaikum...

Ingin tahu tips bercuti ke Bandung? Tahukah kita perancangan bercuti yang baik akan jimatkan kos. Bandung sememangnya terkenal kota Paris di Jawa (Paris Van Java). Malam ni Akak nak berikan tip2 khas cuti di Bandung utk rakan2 yg ada rancangan untuk bercuti ke Kota Bandung tetapi tdk tahu bagaimana nak dptkan tiket murah, hotel, tmp2 shopping dan sebagainya. Semua tip ini boleh memudahkan perjalanan rakan2 ke sana nanti sbg panduan.

1) Tambang murah Air Asia

Tips tiket murah. Booking awal??..ya.. jawapannya anda mesti booking awal serta ikuti promosi tambang murah air asia yang ada ikut musim2 perayaan. Kalau kena hari dan waktu yang sesuai bolehlah dapat RM150 (tidak termasuk bagassi RM40 utk 20kg dan airport tax RM32 ke Bandung) tiket pergi dan balik..tapi susah jgk nak dapat kena betul2 cari waktu offer betul tu. Maka rebutlah peluang yang ada dan selalulah surf laman web air asia. Selain air asia MAS juga ada buat promosi tambang murah ke Bandung. akak akan kesana dengan family pada cuti sekolah 31 mei hingga 3 Jun 2011 tapi sebenarnya tiket tu dah beli pd tahun yang lepas bln 10 lagi. Kebetulan masa tu promosi all in RM250 pergi balik MAS. (MAS telah hentikan perkhidmatan ke Bandung setelah bergabung saham dgn AA (http://www.airasia.com/my/en/home.page). Kini MAS hanya ke Jakarta yang berdekatan dgn Bandung.


Oleh kerana MAS (http://www.malaysiaairlines.com/my/en.html) dah tiada mama cadangkan naik KLM (http://www.klm.com/travel/my_en/index.htm) ke Jakarta lagi murah sbb semua inclusive (bagasi, airport tax (pergi jer) fuel surcharge dan makan dalam flight) boleh dapat semurah RM365~....waktu pun tak fix pada promosi cuma booking awal lah sikit jgn lusa nak pi hari ni booking...mahal lah sikit jadinya.... dari Jakarta boleh baca tips ni kalau tak ramai...kalau ramai elok sewa kereta ke Bandung lagi murah.

Selain daripada tu akak cadangkan surf dalam laman web Lion Airways (http://www2.lionair.co.id/Default.aspx) boleh dapat tambang semurah +RM300.


Tiger airways (http://booking.tigerairways.com/Select.aspx) juga menyediakan tambang semurah +RM200 ke Jakarta. 


Garuda airlines (http://www.garuda-indonesia.com/gi_us) juga dapat dilihat utk buat perbandingan tambangnya. Akak lihat tambang di Garuda dalam +RM500.


Oleh itu seeloknya buat perbandingan harga pada tarikh yang kita mahu pergi Bandung melalui JAKARTA (kerana dari Jakrta ke Bandung sewa Avanza adalah lebih kurang RM200- boleh share 6 orang dah tu...murah dan senang di bargain di airport Jakarta nnt:) dengan semua ailines tadi iaitu AirAsia (AA), Tiger Airways, Lion Airways, KLM airlines, Garuda airlines dan MAS dengan ambil kira bagasi yang dibawa kerana kebanyakkan airlines harga sudah termasuk bagasi dan makan kecuali air asia. Utk AA pastikkan harga telah di finalise dengan bagasi 20KG barulah buat perbandingan harga. Kerana harga AA di awal murah tetapi setelah mahu buat pembayaran di akhirnya jadi mahal, jadi lakukan process booking AA sehingga final harga di ketahui dan tunggu dulu buat bayaran sehingga harga bandingan dengan syarikat lain di buat. Sekiranya harga awal AA adalah lebih kurang RM250 tetapi setelah di kira bagasi, TAX dan tempat duduk dan bayaran menjadi lebih kurang RM400 lebih maka baik ambil tiger airlines yang bayaran finalnya lebih kurang RM300. Begitulah seterusnya, harus buat bandingan pada tarikh dan waktu yang akan kita pergi ke Jakarta. Tapi harus di ingat KLM flightnya petang dan sampai di Jakarta sudah malam so hari tersebut tiada aktiviti dan hanyalah tidur di hotel...maka kos bermalam harus dikira dan baik ambil flight pagi kerana dah jimat kos hotel kerana sehariaan dapat shopping pada hari tersebut:)

akk dengan adik akan shopping dan para suami pula main golf di Mountain View Golf Club di Dago.Oh ya airport tax utk pulang IDR150,000. Kalau boleh kena sediakan duit syiling banyak2 kerana di sana sentiasa banyak beri tip. Kalau naik flight MAS utk ekonomi 20kg (dah tiada), Air Asia 15kg (dah kena bayar up to 20KG kalau tak salah) . Seeloknya jangan le bawak bekal baju banyaks angat nak ke sana, macam akk bawak 2 lai jer.. pastu yg lain semua shopping sana. kalau beg dah penuh nnti camne nak isi barangan belibelah sana, terpaksa pulak beli beg 3.4 biji lagi. kan menyusahkan namanya. 


2) Hotel

Tips mencari hotel. Di Bandung banyak hotel tapi mahu pilih yang mana...Bagaimana cara bookingnya....Banyak caranya melalui Agoda.com, Trip Advisor, Hotel Booking ataupun melalui laman web hotel tu sendiri. Ok sekarang akk nak bercerita pasal Hotel di Bandung pulak..Hotel banyak pilihan dan bergantung kepada harga atau budget kita...kalau nak murah ada hotel New Naripan dan hotel Cemerlang dalam lingkungan bawah RM100 je semalam. Hotel Royal Dago 2, Rumah Ebo, Hotel Cihampelas, Hotel Ardellie, Hotel Patradissa, hotel Mutiara. (Boleh surf nama hotel ni utk buat booking secara online atau talipon). Lokasi hotel jugak penting. Perlu dekat shopping area... nnt akk terangkan dalam post bak shopping esok atau seterusnya nanti. tapi hotel2 yang akk akan rekomen ni semuanya dekat2 dgn shopping area yg famous.

Biasanya suami akk akan booking hotel melalui www.agoda.com untuk dapat rate hotel yg murah. Biasanya akk stay dekat Aston jalan Braga...sangat dekat dengan pasar baru (kawasan shopping yang paling terkenal di Bandung). Aston rate yang biasa dapat dalam lingkungan RM150 semalam. Kalau yang ada 2 bilik style apartment... RM240 semalam boleh stay utk 3-4 orang. Kalau ke Pasar Baru boleh juga jalan kaki kalau mahu. Pagi2 tak sibuk sangat.. so boleh jalan kaki je ke sana sambil menyedut udara dingin.. Aston juga terletak di kawasan Mall yg sesuai utk shopping, bila keluar jer dari hotel boleh jalan2 cuci mata dan makan2 kawasan tersebut. Tapi cuti sekolah nnt akk tinggal di Novotel Bandung (4 star hotel) dapat rate RM140 semalam (tempah awal...semalam tengok rate dah RM240 semalam). Hotel ni juga dekat dengan shopping area di Cihampelas sbb hotel ni terletak di jalan Cihampelas. Hotel Majesty dan hotel Grand Setiabudi juga sesuai utk family kerana apartment style... dan rate yg murah bawah RM150 semalam je.

3) Teksi

Tips cari Teksi (Taxi) di Bandung. Public transport di Bandung sangat bagus dan convinience. Dari Bandara (airport) ke hotel hanya RP45,000 aje(RM15). Gunakan Blue Bird teksi, perkhidmatan terksi terbaik di sana. Kebiasaanya untuk ke tempat2 shopping mintak je pak supir teksi tunggu. (Jangan lupa ambil nombor telpon pak supir agar senang nak call balik semasa di parkir nnt). Kos menunggu tak mahal sangat dan memudahkan urusan kita utk membeli belah kerana banyak tempat yang akan kita pergi serta pak supir boleh bantu kita angkat barang2 ke teksi. Biasanya kos seharian jalan2 shopping dengan teksi blue bird (dia pakai argo=meter) RP250,000(RM80) bergantung berapa lama kita bershopping dan jalan2. Pak supir (blue bird) boleh kita percayai dan boleh harap.Perhatian: Kalau naik teksi selain blue bird dan tak punya meter tanya dulu harga berapa...kalau harga tu kita pastikan murah contohnya dari Aston mahu ke Dago plaza atau factory outlet jalan Dago dalam IDR10,000~IDR20,000 jer (RM3.50 ~RM7.0). Kalau nak naik angkutan kota boleh lagi murah IDR1000~IDR2000 bergantung pada route yang angkutan kota (sebuah van yang bergerak angkut penumpang sepanjang jalan yg ditetapkan). So nak shopping ni cerewet sikit kena bawa barangan shopping lagi, kena kenal tempat nak berenti lagi...so dicadangkan taksi sbb boleh arah jer pak supir kemana kita nak pergi janji tahu nama kedai dan jalan yang nak pergi..buat planning iltenary awal2 okay selamat dan murah...

ok.. akak rasa cukup di sini dahulu utk coretan post akak ttg tips melancong dan bercuti di Kota Bandung. Tips ni penting untuk kita rancang cuti secara terancang dan teratur. Ini kerana bab nak dapatkan hotel dan teksi adalah penting. Esok akak akan sambung lagi mungkin bab shopping di Bandung beli barangan kulit, pakaian branded,spa,tempat makan atau makanan, barangan apa yg di sarankan beli kat sana yg best dan juga cara dan di mana nak tukar wang. Kalau ikut hati nak cerita panjang lagi ni tapi nanti nampak nampak `kelabut` sikit... heheh, okle... jumpa lagi seterusnya.

Assalamualaikum



akak letakkan link sambungan tip ke Bandung ini di atas permintaan ramai kawan2 yg kdg2 tak jumpa post sambungannya.

Topik Post Bandung
  1. Shopping - (TShirt berjenama, Jeans Centre, Masagge di Spa, Beg tangan dan kasut kulit, tempahan suit,  klik di sini
  2. Makan, Tukaran Wang dan Tip2 Penting yg harus di note utk yg first time pergi sana klik di sini
  3. Utk melihat gambar di Bandung klik di sini
  4. Utk memilih hotel klik di sini
  5. Trip ke Bali klik di sini 
  6. Trip ke Jakarta klik di sini 
  7. Tips ke Bandung ikut Jakarta- CIPAGANTI Toyota Alphard
  8. First prosedur sampai airport Bandung & handphone perlu activate di celcome center ke tidak.. boleh klik d Cni 
  9. Khidat Driver/Paksupir
Trip ke Bandung selama 4 hari pada 31/5/2011 hingga 3/6/2011..  citer bergambar:


11. Berfareeda di Kota Bandung

12. Makan2 di Jakarta

50 comments:

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

lum penah cuti ke Bandung..:(..good tips..manala tau satu hr nnt dpt ke sana kan..

Kak Eiza said...

ha.a jom kita pakat gi ramai2.. puak2 pompuan shopping, para bapa main golf :)

my LuV AfiQah HumaiRa said...

salam...
tq utk tips nak ke bandung...
sy baru tmph tiket murah AA...nak ke bandung taun dpn...so skg tgh survey hotel plak...n lucky sb jp blog awak...nak tanya pndpt awak la...klu nak pg bandung lg murah guna travel agency ke pg sendiri...ni first time nak pg so kene well plan..

Kak Eiza said...

seeloknya pergi sendiri dan buat tempahan internet well plan tempat2 nak pergi dan gunakan teksi lagi murah.. :)

my LuV AfiQah HumaiRa said...

taxi kat sana mmg ada di mana2 or kita kene kol baru dtg erk??

my LuV AfiQah HumaiRa said...

banyak plak bertanya sy ni...hehehe...
blog akak sgt membantu...sgt suka...:) tq kak...

Kak Eiza said...

turun jer airport mmg byk taxi dok menunggu.. tapi elok pilih taxi blue bird... kalau rasa berkenan ngan driver tu nak guna khidmat dia lagi blh mintak jer no phone dia.. di hotel pun blh mintak pihak hotel call taxi.. :)

mekasih sudi jenguk blog mamaLUV...

Kak Eiza said...

Cam akak...plan ke Bandung...sampai jer check in hotel dan terus ambil taksi ke Pasar Baru (taksi tak peru tunggu, drop jer...then bila abis shopping keluar jer pasar baru ada taksi banyak di luar). Esoknya ke rumah mode dan lunch di rumah mode ataupun kedai padang di tepi rumah mode. Pastu ke Jalan dago, shopping di factory outlet pas penat spa di Rogers Spa di Jln Dago. Makan di Restaurant Simpang raya jalan dago...:)Taksi semasa ke rumah mode amnil dari hotel(pakai blue bird yee) dan suruh dia tunggu semasa shoppig dan spa...

my LuV AfiQah HumaiRa said...

klu nak pg rumah mode tuy mmg kene suh taxi tunggu ke kak??kat sn x banyak taxi erk??sy ni dah lama x naik public transport...even kat malaysia...ni lg la tmpt org...takut lak rasa...hehehe

Kak Eiza said...

aaah suruh dia tunggu dan ambil nombor talipon sbb senang nak call bila siap shopping...lagi pun senang nak gerak dan tak mahal mana...murah jer charge tunggu ni:)

my LuV AfiQah HumaiRa said...

biasa akak pg bandung for transportation akak spend bapa rupiah erk??just estimation la...sb klu blh nak kurangkan kat transportation n nak lbhkan shopping...heheheh

Kak Eiza said...

kalau nak murah...ambik taksi dan tak usah tunggu...ambil no talipon dan call dia kalu perlu atau call center dia suruh hantar taksi 02227561234 (blue bird bandung). biasanya ke tempat shopping bayaran taksi dalam IDR20,000-IDR30,000 jer...

my LuV AfiQah HumaiRa said...

thanks sgt la kak...
sgt2 membantu nak plan trip nnt...
:)

Kak Eiza said...

sama2.. akak xle mahir sgt just bg tip berpandukan info dr hubby yg byk terbang ke sana atas urusan kerjanya.. akak minggu depan nk pergi kira second time le tu pergi.. :)

my LuV AfiQah HumaiRa said...

sgt berguna tips2 akak ni...
enjoy your holiday yer kak...
nnt dah balik mesia jgn lupa update citer best dari bandung yer...

Sarah Samsudin said...
This comment has been removed by the author.
Sarah Samsudin said...

salam kak..bestnya akk bg tips ni.. akak bleh bgtau rate tukaran matawang..sara x faham sgt..

rp 1k = ?rm
rp 10k = ?rm
rp 100k = ?rm

dan contoh2nya...hikhik..tq kak

Kak Eiza said...

Wsalam

iyer ke?.. akk beri ni pun setakat yg kami tahu jer.. suka kongsi2 sbb dulu akk camni jgak first nak gi tu dok telnet jer manjang pasal bandng ni.

ok.. ttg rate: rate sentiasa berubah2... biasanya lebh kurg dalam rm360 - 1 juta rp, nak tepat lagi bleh cek kt sini

http://www.xe.com/ucc/

Sarah Samsudin said...

tq kak eiza..wink wink =)

CT said...

salam...jom masuk blog akk...td akk copy n paste entri ni dlm blog akk...bolehkan? dh copy pun...meowww...:)

Fabulous Me said...

Akak, sy nak mencelah ;p

AA sekarang dah kene byr if nak bwk beg. Dulu lebih dr 15kg je kene byr, klu below free. Now start dr 1kg dah kene byr :(
Melainkan hand lugage nak bwk naik atas max 7kg.

1 more thing, yg lagi baru pulak, kalau nak check in kat counter kene byr extra rm10. Kalau nak FREE kene check in tru web or fon.

Enway baru2 ni sy ke bandung dgn RM100 je siap beg. Booking 3bln before pergi. AA ni tgk nasib and x dapat dijangka free seatnye. Paling latest, 25th bru2 ni die buat free seat. Ke ho chi minh rm120 je return. Eurgh best!

Follow akak lah, blog besh. Bole? :)

Kak Eiza said...

Akak CT: Boleh aje share...jgn lupa link balik blog sy kat post akak tu...hehhehe:)

Fabulous Me: Thank for comments;
AA mmg kalau salah langkah sikit untung kpd dia.... so sesaper nak travel pakai AA tu plan well...contohnya baggage kena beli awal2 so make sure beli banyak KG drp balik ye!! Pasti balik nnt shopping sakan berat luggage tu...
Aah laani luggage dah kena bayar...nak kena update sikit entry akak ni:)

Web check in, Mobile check in dan kios checkin FREE. Tapi buat kat mesin kios di airport pun senang jer just scan Bar Code kat tiket dah settle just bag drop kat kaunter jer...AA ni kalao bnlh nak untung ajer...:(

Wow bestnya Ho Chi Minh...nnt share post entry sana lak...manalah tahu plan nak pergi sana nnt...

Follow?? Di alu2kan nnt akak follow back yep...thanks;)

mamaLUV.villa said...

Mama nak add komen: Flight MAS direct bandung sudah dihentikan so tinggal air asia shj ke Bandung.

Kak Eiza said...

Update terbaru: Bandung Trans Studio Indoor Thema park terbesar di Indonesia telah dibuka. Terletak di Bandung Supermall Complex, di jalan gotot subroto....jangan lpskan peluang ya kalau bawa anak2 ke Bandung, jangan lupa singgah....

lina_pg said...

Assalam, bagus tips ni sy pun teringin nak ke Bandung melalui tp melalui JKT.Tp sy ada bc agak jauh jugak jarak JKT ke Bandung tuh.pastu dok cari hotel yg sesuai untk family (3A,1C,1I) hotel apa yg sesuai.
Ada cadangan tak?Maaf banyak bertanya.Tima kasih

Kak Eiza said...

Wsalam, tkasih kerana sudi baca...semoga trip cik Lina dgn keluarga terbaik dgn persediaan yg dibuat.
Dari Jakarta hanya 2 jam perjalanan dgn kereta naik highway...kalau dgn family cadangkan naik kereta...pak atang dari Bandung tu kalu suruh jemput pasti dia datang tunggu di bandara jakarta...

Hotel buat family baik ambil apartment yg ada dua bilik dan ruang tamu spt Aston, Grand setiabudi ataupun galeri Ciumbuleuit dll...asto yg condotel 2 bedroom dalam Rm300

Tapi kalau nak murah ambil 2 bilik spt hotel cemerlang, naripan dan kadang2 novotel pun ada sale check kat agoda....minta 2 bilik sebelah menyebelah lagi selesa kalau room rm100 baru rm200 utk dua bilik dan 4 breakfast:)

aai66 said...

salam

Malaysia airlines x ada penerbangan ke bandung..hanya Air Asia saja

Tiket AA mmg murah masa promo
tapi kena campur
Air port tax RM 32 x
Fuel surchage RM 10 x 2
Luggage RM 35 x 2
Air port tax di Bandung RM 25

Jadi ada la agak mustahil blh dpt harga pergi balik bawah RM 100

Life Is Beautiful said...

nice info...saya akan take note ^_^...lps nie bole la bwk suami n anak2 ke bandung ^_^

Nadia said...

Salam..akak,kalau saya turun di jakarta,lebih baik naik alphard tu ker atau mintak pak atanggg ambik??saya nak pergi 2org jer..huhu

Kak Eiza said...

Wsalam.
Nadia nak pergi Bandung ke.. turun di Jakarta?.. kalau turun di Jakarta ambik teksi je.. kalau boleh bluebird teksi perkhidmatan yg paling bagus. Pak Atang cuma di Bandung jer.. xsampai Jakarta :)

guavagul said...

salam aka,boleh bagitau saye budget nak ke sane ta?saye betul2 nak pegi dalam mase terdekat ni.ni email saye pinkguavagul@yahoo.com.tolong ek :)

Kak Eiza said...

wsalam. akak dah emailkan .. harapkan membantu :)

yasmin abdul wahab said...

Salam, suka baca info akak di blog. Mmg byk info yg dpt..sy akan ke bandung september ni atas urusan kerja + bercuti bersama keluarga.
Saya tgh berbelah bahagi sama ada nak guna teksi or driver di sana. Sebab fikir klu guna driver senang nak bergerak ulang alik ke ITB termasuk nak jalan2 kat sana.klu guna teksi senang ke kat sana kak termasuk nak ke tmpt2 sightseeing?Please advise me.
Akak, kalau bawa stroller ke pasar baru or factory outlet di sana agak2 sesuai x? Sebab anak2 saya twin n baru 1 tahun 4 bulan.mcm susah plak fikir klu xd stroller.dah la stroller yg twin side by side..hihi

Kak Eiza said...

Wsalam. Yasmin...
Kja nak ucapkan selamat hari raya...
Utk pertanyaan yasmn ttg teksi... Bila yasmin ckp nk bwk anak2 apalagi twin adalah rumit perjalanan kalau naik teksi. Kalau anbik paksupir yg selalu akak guna adakah paling selesa... Kemana nak pergi cakap je semua tmp pak supir tau. Kalau teksi ni ada setengah xtau jugak..dgn erti kata ambik paksupir lg bagus buat yasmn dn anak2.. Blh try call pak asep.. No phone ada d post akak. .blh serash d blog akak... Pak supir.

Utk kegunaan stroller ke pasar baru adalah paling tdk sesuai. Kt situ terlalu crowded kalu nak bwk anak kecik. Akk tinggal anak bersama driver je ari tu. Pak asep yg jaga sbb kebtulan sampai pasar baru anak2 tido. Kalau nk bwk ok je cuma kalau nak shopping sakan tu terhad sikit le kalau bwk anak2 kecik kt situ. tp stroller susah nak bergerak. Terlalu sesak dgn org2 dan mmg panas... Tp kalau kat rumah mode atau factory outlet mmg sesuai sgt2 nak guna sttoller xde masalah. :)
Semoga info ni blh mrmbantu yasmin

Unknown said...

Assalammualaikum kak, saya baru first time nak pegi bandung dgn isteri saya ,kak ipar dan adik ipar saya so saya masih tercari-cari hotel yg sesuai utk saya.. sbbny saya xdpt nak gmbarkan kawasan disana.. so saya harap akak dpt bantu saya . terima kasih. ini email saya muhammad.zaki99@gmail.com

Kak Eiza said...

Wsalam tkasih En Zaki kerana baca blog akak.
En Zaki boleh baca post akak berkaitan hotel dan semua post berkaitan Bnadung di link yg akak sediakan utk dapat gambaran yg lebih jelas...

EMIL SHAQIRA said...

Salam MamaLuv...saya akan ke bandung bulan Feb 2013..dah start survey hotal yg akak suggest tu tapi x dpt price yg akan mention tu..sumer nye mahal2 la kak...camner tu?

Kak Eiza said...

wsalam, boleh lihat dalam agoda.com ikut price list semasa ataupun cuba homestay redribbon.
http://mamaloveu-basma.blogspot.com/2011/12/pakej-travel-murah-ke-bandung-budget.html

Adriana said...

salam mama lurv..InsyAllah Ana bercadang nk ke Bandung April 2013 dgn hubby dan rakan2..sy ambil tips dr akak ye

Shada said...

salam akak,

saya nk ke bandung awal mac ni..hotel cemerlang tu dkt ke dgn heritage,rumah mode,factory outlet dll?emel sy kak..need ur tips personally shada161@yahoo.com.my

About Bali said...

Travel to Bali is very good to booking from Bali Hotels Accommodation. You will find something natural around the island. Exploring the island of Bali, and Best deal of indonesia bali hotels and Bali Luxury Hotels. Check also special deals on Bali Resorts in Kuta Bali Hotels, Seminyak Hotels, Legian Hotels , Nusa Lembongan Hotels,
Nusa Dua Hotels ,and Sanur Hotels. , Ubud Hotels.Or if you want to get holiday in Phuket, you can book from Phuket Hotels , Patong Hotels , Bandung Hotels booking online,and Istanbul Hotels Turkey for Istanbul Turkey Online reservation.. Thank You.

MalaysiaBandung.com said...

Assalamu'alaikum. Salam perkenalan tuk yang punya blog ini. Tuk yang mau bercuti ke bandung atau melancong ke bandung bisa coba hubungi kami, kami dari travel agency MalaysiaBandung.com, harganya berpatutan dan pemandunya ramah pula. Tolong untuk dipaparkan ya kakak harap-harap membantu

Mine Homecihampelas said...

Salam sejahtera untuk anda semua

Mine Home Hotel Cihampelas

Cheap, Clean, Comfortable & Safe
Enjoy the ambience of the hotel at home

PRICE STARTING From Rp. 250.000 -300.000 / Night

LOCATION:
-5 minutes from the Cihampelas (center Ciwalk & jeans)
-15 minutes on the way home Setiabudhi Rumah mode factory outlets.
-15 minutes from the dago Factory outlet
-20 minutes from Pasar baru trade cebtre
-20 minutes from Airport Hussen bandung
-20 minutes from Train station bandung

facilities:
-Ac
-Free Hot spot / wi fi
-Cable-Tv
-Breakfast
-Hot & cold water
-Free parking

address: Jalan. Bapa Husen Dalam No.10 Cihampelas - Bandung
Phone : +622 203 9130
Mobile : +6281322511883
Email :hotelminehome@yahoo.com
Facebook : Mine Home Hotel

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


tony transport bandung said...

Assalamualaikum Wr.Wb. Tuan / Puan

Yuk!! ke Bandung shoping & liburan.
Mutiara transport Bandung ada menyediakan Khidmat Transport Di Bandung & Jakarta. Pemandu berpengalaman, berterampilan kemas, jujur, dan peramah
Jenis Kereta: Innova, Avanza, Apv Suzuki, pregio (10 seat), isuzu elf (15-17 seat)

Free & Eazy Program

Harga kereta Avanza , Apv Suzuki , and Daihatsu Luxio (sewa kereta, upah supir, petrol & parking) :
Bandung City Tour = Rp425 ribu/perday (8 pagi - 10 mlm = 14 hour)

No. H/P(call,sms, whatsapp): +62 858 6137 8328 ;

CALL / hubungi / sms / whatsapp / konsultasi percuma : +62 858 6137 8328
telefon office : +62 8888 9177 00
WhatsApp : +62 858 6137 8328
pin blackberry : 30d1 82f0
email: tonybandung@smartfren.blackberry.com

chepy car said...

Jommm Melancong Ke Bandung
Chepy Car Tour & Travel Bandung

Solusi Percutian anda :)

Adalah pembekal perkhidmatan yang bergerak di bidang Pengangkutan & Hotel, Berpengalaman di bidang pelancongan di bandung dan sekitar nya, dengan mengusung tema kekeluargaan maka anda tidak usah ragu untuk menyakan persoalan apapun tentang seputar bandung, dan dapatkan tips melancong dan tempat shoping murah dari kami, crew kami akan membawa anda ke destinasi tempat tempat menarik di bandung ..

** Dan dapatkan percuma itinerary tour dari kami

> Contoh Itinerary Tour
Seperti:

-Gunung tangkuban perahu (kawah merapi)
-Taman strawbery
-Sari ater hot spring
-Floting market lembang
-Lunch kampung daun culture & galery
-Shoping at rumah mode factory outlet
-Shoping at jalan ciohampelas
-Dinner at paskal hyper squere (1001 Menu)

Day 2
-Breakfast at hotel
-Pasar baru trade centre (syurga beli belah belah murah)
-Lunch at simpang raya melayu resto
-Shoping at kedai tiga jeans factory
-Shoping at jalan riau factory outlet
-Dinner at Parit sea food

Day 3
-Breakfast at hotel
-Otw to trans studio (game indor terbesar di dunia)
-Lunch at sederhana resto
-Shoping at cibaduyut street (shoping leader)
-Dinner at Stones cafe
Hatga pakej yang kami tawar kan
1). Taransport
> MYR: 400.000/Day
> Includ: minyak, parking fee, tol, driver, kereta

2). Hotel & transport
> MYR 187 (Untuk 1 bilik 1 malam dan transport)
> Untuk jumlah group tinggal di hitung kelipatanya

Hotel facilities:
-Ac
-Free Hot spot / wi fi
-Cable-Tv
-Breakfast
-Hot & cold water
-Free parking

Transport facilities:
> Ac
> Audio video
> Kereta terbaru
> Driver Ramah dan berpengalaman

address: Jalan. Bapa Husen Dalam No.10 Cihampelas – Bandung
Phone : +6281322511883 / +622 203 9130
Email : tourbandung@yahoo.com
Website : http://www.chepycar.com
Whatsapp: +6283821529157

Terima kasih

Chepy suryana

andri hardiansyah said...

" DIDOT RENT CAR "

MOBIL BANDUNG - P.BATAM - INDONESIA
MORE INFO FOR RENT PLEASE KINDLY TO CONTACT :

W/A OR TEXT TO :
+6282216768825 (Toto )
+6281235111103 ( Astri )

Web : http://hayu4tuh.blogspot.com/

Whatsapp :
+6281235111103 ( Astri )

EMAIL TO :
astri.ryunita@gmail.com


CITY TOUR IN BANDUNG :

City tour one day ( IDR 450 ribu )
Pick up Airport ( IDR 150 ribu )
Charge to Tangkubanperahu Mounthain ( IDR 50 rb )
Charge to Kawah Putih Mounthain ( IDR 100 rb )
( Avanza, APV, Innova, H-1, Pajero, ELF / VAN )



CITY TOUR IN P. BATAM :

AVANZA ( IDR 500 rb )
INNOVA ( IDR 650 rb )
VAN ( IDR 900 rb )

Day One Tour Bandung
1. Pik Up at Husein Sastranegara Airport
2. Shopping & lunch at pasar baru
3. Shopping at Toko Tiga Jeans
4. Shopping at jl. riau factory outlet
5. Dinner at R.M Ampera


Day Two Tour Bandung
1. Breakfast at Hotel
2. Otw to Gunung Tangkuban Perahu
3. Flotting Market
4. Coffee Time at Lembang ( pulut/jagung bakar, etc )
5 . Lunch at Kampung Daun
6. Shopping at Cihampelas/Ciwalk
7. Dinner at Bakso Malang Karapitan/Bakso Semar

Day Three Tour Bandung
1. Breakfast at Hotel
2. Otw to Cibaduyut
3. Lunch at RM Padang Sederhana/Simpang Raya
4. Shopping for Handgift at Kartika Sari

tony transport bandung said...

Assalamualaikum Wr.Wb. Tuan / Puan
Mutiara Bandung Transport Solution menyediakan Khidmat Transport Di Bandung & Jakarta. Pemandu berpengalaman, mesra, jujur, dan peramah
Free & Eazy Program Tour (semua tempat di bandung)

Kereta + Pemandu + Parking + tol + makan pemandu ( semua dalam pakej)

Rate Kereta Taip Daily/14 hour from 8am yo 10 pm

Suzuki APV ( 7seat ) 130 RM

Toyota Avanza ( 6seat ) 130RM

Toyota Innova ( 7seat ) 160 RM

KIA Pregio ( 10seat ) 170 RM

Isuzu Elf ( 10-15 seat ) 215 RM

Isuzu Elf Long (16-19seat) 270 RM

Mengenai untuk pengesahan tempahan kereta kita perlu maklumat penerbangan anda / nombor atau nama hotel di mana anda tinggal di Bandung. Kami percaya pelanggan kami. Apabila anda mengatakan bahawa tempahan kereta untuk tarikh tertentu disahkan, maka ia disahkan. Kita tidak memerlukan wang pendahuluan . Sila ingat bahawa Kami akan menjemput anda jika anda mengatakan bahawa tempahan kereta disahkan.
Jika anda mempunyai sebarang soalan, jangan teragak-agak untuk menghubungi saya melalui e-mel atau sms panggilan.
CALL / hubungi / sms / whatsapp / konsultasi percuma : +62 858 6137 8328
WhatsApp : +62 858 6137 8328
pin blackberry : 30D1 82F0
email:
tonybandung@smartfren.blackberry.com
or
tonytransportbandung@gmail.com

Sewa Apartemen Bandung said...

Nice info - ayo rame-rame berkunjung ke Bandung. Stay-nya di sini ya.... :)

Terima kasih

dvilla_ Homestay said...

Promo terbaru Myr. 370/malam

D'Villa Home stay bandung
Hunian nyaman macam kat rumah sendiri dan cocok untuk anda yang barkatagory family maupun grup

*minimum hunian 8 sampai 16 pax
Facility
1 rumah
-6 room
-1 musholah/surau
-4 bilik mandi
-1 ruang televisi
-2 ruang tetamu
-kichen seat (boleh masak sendiri)
-balcony
-aconditioner/ ac split
-breakfast
-tv cable
-wi fi
-iron
-timbangan
*dan vuew bandung
Lokasi
-15 menit dari airport & train station
-10 menit ke jalan dago & factory outlet
-10 menit ke jalan riau factory outlet
-15 menit ke pasar baru
-15 menit ke jalan cihampelas
-10 menit ke stones cafe
-10 menit ke gedung sate
-10 menit ke university ITB,Unpad,unisba,unikom dll
-5 menit ke pasar traditional
Alamat
Jalan tubagus ismail, perumahan tubagus ismail estate no. 5
Phone : +6281322511883 ( Chepy )
W apps : +6283821529157 ( Chepy )
Email : dvilla_homestay@yahoo.comco

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq