Menu hari ini sambal sotong BaBaS



Hari ni tak tau nak masak apa, dok geledah lam peti nampak sotong dan hati ayam, ok jugak ni kalau masak sambal sotong dan hati goreng halia. Basma meemang cukup suka lauk ni. ok Bermulalah operasi memasak di dapur sambil di bantu oleh bibik dgn dok menjaga isya. laju skek boleh masak takde gangguan si kecil.

Resepi Sotong Sambal Merah BaBas

sotong besar
2 sudu serbuk cili BaBas
bawang blander = bawang putih = bawang merah
Cili sos 2 sudu

Tumiskan cili hingga bertukar warna kemerah2an
kemudian baru masukkan bawang blander, kacau hingga kering sedikit, pastu baru masukkan bawang. kacau2 dalam 3 miit barulah tuangkan sotong tadi. dan sedikit air dalam 4 sudu. Biarkan, bila hampir pekat masukkan cili sos dan bahan perasa.. kacau2 hingga masak...ok siap di hidangkan dengan nasi panas. Sedap hingga menjilat jari.


Hati Ayam Halia

Perapkan hati dengan kunyit dan halia tumbuk serta bawang blander 2 sudu, serbuk ayam knor 1/2 sudu, gula dan garam.
tuangkan ke dalam kuali .. bagi kerig airnya, tp jangan terlalu kering.. kemudian baru masukkan minyak... kacau sekejap... masukkan apa2 sayur yg di minati, hirisan bawang besar dan cili padi atau cili merah besar. Ok siap.. boleh di ratah macam tu jer..

Selamat MencuBa

2 comments:

nur said...

resepi simple macam ni bolehla dicuba nanti... terimakasih share ye..

Jemput keALL IN ONE

Rosliza said...

sama2, ok sekarang ngah free blh jenguk terus ke ur blog :), tq follower

Pengalaman Herbalife spetacular 2018: Online Business yang Mantap dan Berjaya

Assalamualiakum wbt. Kenangan yang paling manis dan berharga buat mama di spetacular Herbalife 2018 Sepanjang 8 tahun berkeci...

Jom Follow Kak Ja