Monday, January 17, 2011

Resepi Okonomiyaki


Emmmm bestnya!!! Kalo makan pasti ada yang menjilat jari nih!! Ini adalah makanan yang terkenal di negera matahari terbit, JEPUN. Nak tahu namanya apa?? OKONOMIYAKI!! Bahan2 boleh dibeli di JUsco, Sogo atau supermarket yang seangkatan dengannya...

Bahan A
TELUR 6 BIJI
SEDIKIT TEPUNG JAGUNG
1 BTG SOSEG DIHIRIS DADU KECIL
ISI UDANG, TAKNAK BUBUH PUN TAKPE
1 GENGGAM MEE KUNING
KOBIS YG DIHIRIS NIPIS KECIL2 SEBYK 2 GENGGAM
DAUN BAWANG
1/2 BATANG CAROT
serbuk lada sulah
secubit garam
sedkt gula

Bahan B
SOS OKONOMIYAKI (ada di Jusco...Baca ingredient dulu kat belakang botol sblm beli ya...)
MAYONIS (Dalam botol pet kat JUSCO)
NORI (rumpai laut yang di potong halus..warna hijau...ada di JUSCO)
KASYUO (potongan halus ikan tongkol...ada di JUSCO)

kacau telur hingga hancur, kmd masukkan kesemua bhn A, apbila rasa dah sebati... tuangkan 2 senduk ke dlm kuali yg telah dipanaskan minyak 4 sudu, goreng seperti nak bentuk lempeng atau pancake. tudung sekejap bg cpt masak.
Apabila dh rasa hampir masak.. balikkan. caranya tuangkan dhl okonomiyaki td ke dlm pinggang, pastu cuba balikkan guna 2 pinggang spt main tepuuk tangan. kelebihan buat camni kalau adunan tu besar sgt blh mengurangkan pecah/hancur.

setelah masak, sapukan sos okonomiyaki spt sos atas pizza. kemudian taburkan nori biar rata (hijau halus spt dalam gambar).. jgn byk sgt tau. cantikkan pula dgn mayonis. Last sekali bhg atas tu taburkan kasyuo/serbuk ikan spt dlm gambar.

selamat mencuba, kalau sesiapa nk tau apa jenis sos tu blh tanya ajer, akk blh uplod foto nnt bg senang tau.. sebab plastic covernya dalam bahasa jepun. tu susah sikit. akk selalu beli sos ni utk buat takoyaki (akan diajar dalam menu akan datang)& okonomiyaki.
Selamat mencuba!!!


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq