Monday, January 17, 2011

Ronda2 di Bandung

Assalamualaikum:

Alhamdulillah.. rezeki anak.. bulan ni cukup murah, selang 2.3 hari duit biz onlline masuk cam air jer. heheh.. sekadar depan laptop.. cewah.. dok ulang ayat yg sama, oklah taknak percaya takkkpe... janji akaun akak makin kembung. tak pernah usek... perap kat situ. mana tau emergency esok2 nak guna kan. duit poket dan dapur dah suami berikan. ok la tu... Alhamdulillah. simpan nak borong barang2 baru utk masuk rumah baru... impian nak buat banglo di kampung. dari dok jepun lg balik malaysia rancang nak beli tp krn asyik berpindah randah.. asyik tersangkut jer.

Hari ni nak cerita apa ya?.. oklah.. syaid hari ni mc. tak pergi sekolah, batuk2 kluar darah. terkejut jgn nak kata lah bila sebut kluar darah tu.. terus terkam abahnya ajak pergi asrama bawak pergi kmc, tp alahai rupanya kmc takde Dr.. sabtu.. cuti le, pastu pergi klinik swata berdekatan jer.. Alhamdulilah.. menurut kata Dr cuma punca batuk dia kuat menyebabkan luka dlm tekaknya.


Basma anak dara ku sorang ni, hari ni tetap tak makan jugak kat tadikanya, aduhaii.. dok mengeluh risau je lah mama tiap2 hari mengenangkan perut anak dok berlapar setengah hari kat sekolah. keras betul hatinya. Bulan depan akan menyambut ulangtahunnya yg ke 5 thn. selalu dok sebut nak tema princess, oklah sayang.. mama akan buat hari tersebut hari yg plg berbahagia dalam hidup basma. Setiap hari dok main ugut sblm nak g sekolah.. "kalau hari ni tak makan jugak mama ambik basma lambat", dia taknak jugak. pastu ugut cara lain plak.. "ok klau taknak makan jugak mama taknak buat tema princes befday party nanti.. mama akn buat tema spongebob"... ehmm tak makan ugut jugakkk.. memang tetap pendirian anak dara ni, dang dia kata A.. A laa.. jangan kita nak kata B. uhukkk .. ugut2 mama pun tak berkesan jugak, dah kehabisan idea nak buat camne utk buatkan anak dara kecilku ni makan kat tadikanya. RISAUUUU.. taknak hantar tadika lagi.. dia nak pergi jugakkkk.. pening22.. KENA banyak BERSABAR NI!

Aku dah terasa cam sayang plak bila pikirkan bibik aku ni dah hampir mnak balik bulan depan, kerja tak bagus pun tapi ada dia sekurang2ya ringan beban aku kat rumah. Melayan hero2 ku semua memang mencabar kesabaran.. terutamanya syahmi heroku yg paling HERO dlm rumah. tambahlagi nak uruskan kain2 pakaian ni yg plg leceh. dari basuh, jemur, lipat dan gosok.. tambahlagi musim hujan memang laaaagi leceh. kalau takde bibik nanti baju2 semua yg tak sempat kering tu terpaksa hantar dobi le alamatnya.. uhuhuuk22. Bibik dah pesan kat aku nanti kalau ibu pergi Bandung datang le ke rumah sy bu. Aku mmg nak pergi Bandung pun bulan 6.. saje jalan2 teman hubby main golf, ajak adik sekali. Sementara para2 suami main golf.. para isteri pergi shopping.. :)


Alang2 sebut pasal Bandung ni.. akak nak cerita pasal org sana.. kalau nak kata purata jumlah org kaya di Indonesia ni sama jumlah dengan penduduk di Malaysia. Kaya mereka mmg kaya giler2. pakai kereta semua kereta import, kalah org kaya Malaysia. Walaupun pakai kereta mahal2 tapi cam tak risau jer kereta tercalar ker atau terhimpit kereta2 lain... Pemandu2 kenderaan sana bertolak ansur sesama mereka, takdak langsung nampak ruang jalan tar.. semuanya nampak kenderaan jer dok berhimpit2 (tak nampak langsung ada berlakunya kemalangan), tapi laju jer sampai ke destinasi, kalau penumpang cam aku ni takdak plak rasa cam mabuk2 atau pening kepala (kalau dok lam teksi malasyia dah tersembur kluar isi perut ni). Hon kereta pulak jangan nak kata la.. berdesing dok dengar pemandu sana sini bunyikan ping pong ping pong.. supaya berikan jalan! yg bestnya bila bunyi hon tu.. kereta lain beri laluan dengan hormat sekali!. aduhh.. ternyata memang takdak suasana camni di Malaysia yg kalau boleh taknak bagi laluan pun kalau para ibu/kanak2 nak melintas. kalau dok menunggu tepi jalan nak melintas tu jangan harap ada pemandu nak perlahankan kereta berikan laluan. Masing2 terkejar nak sampai ke destinasi masing2. Seperti di Jepun .. tak nampak langsung ada accident, pemandu diorg kalau nampak jer ibu/perempuan/kanak2 menunggu nak melintas, diorg terus perlahankan/stop kereta diorg dan bagi laluan.. BEST kan?

Kami round2 bandung naik teksi... haa kalu nak guna teksi kat Indon gunalah teksi blue bird....harga 250 ribu rupiah (RM75) untuk sehari dia dok follow mana jer kami pergi, kami pergi semua.. pasar baru, chibaduyut (barangan kulit spt beg/kasut), jalan Dago, jalan Riau, Fectory outlet spt Herritage, blossom, macam2 le branded2 tshirt lelaki kat sana. Rumah mode. wahh memang penat giler.. time pergi tu bulan puasa tahun lepas.. shopping baju raya anak2.. satu hari. penatt. Berbukak puasa di restoran Surhati.. masakan sundal, wowww sedap giler rupanya masakan indonesia ni. apa2 menu semua kena taste kita. tapi pergi bulan puasa.. terhad sikit nak rasa semua menu kat sana.. heheh. Tapi aku mmg tabik la driver teksi tu.. memang amanah.. barangan shopping aku diangkutnya masuk bonet.. kalau 2.3 jam dok ronda2 beli belah 2.3 jam kat situ lah dia tunggu dengan barangan belibelah td dah hampir penuh satu bonetnya.. dah le bulan puasa, kesian dia.. kami ajak berbukak puasa pun dia segan silu.. dok tunggu jer lam teksi. tunduk2 .. "tidak mengapa pak, ibu. saya nunguin di sini aja".

Oklah .. malam dah lewat benar ni.. dok menaip pun ayat berterabur jer , tak edit langsung.. nanti free esok kite edit balik ayat bagi mudah faham sikit.. heheh. Ni pun harap semua anak2 dah tidur baru boleh siap 1 entry ni. ok le tu dr takdak langsung. :), ok le esok tunggu cerita apa pulak ya... tak tau apa yg akan berlaku esok... entah suka entah duka.. hehe.. ishh mulut ni. takdak pantang langsung. ok le.. selamat malam
Assalamualaikum

2 comments:

paez said...

hai mamaLUV...saya suka baca tip2trip ke Bandung kat blog ni...banyak info yg saya tahu dr cni...nak tye..teksi bluedird tu 250000 rupiah sehari?..so tak kesah la kita nak kemana just bagitau and akan tunggu kita ye?..best nyer..

Kak Eiza said...

terima kasih krn membaca..
Bluebird taksi guna meter(argo)...seharian jalan sekitar Bandung shopping dan minta taksi tunggu kita---> bayarannya maksimum sekitar tu jer.

Tapi kalau hendak murah boleh ambik taksi dan call taksi service center (+62227561234) bila selesai shopping. Lagi murah...

Nak murah lagi naik angkot (sejenis van) tapi kena tahu route perjalanan....barangan shopping pun susah nak bawak ramai orang..sesak!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq