Wednesday, January 19, 2011

Sambungan semalam tip percutian ke Bandung.

Dalam gambar ni perasan tak tangan akak ada note, mana2 pergi sana memangtak lekang note tu dari tangan, semua catitan ada.. dari bentuk senarai duit.. yelah duitnya main juta2, sakit kepala nak kira2 semua. Dan juga listing barang yg nak beli.

Assalamualaikum,
Post hari ni akak nak sambung tip ke Bandung yang semalam tak selesai lagi .. wahh... seronok bila teringat balik semua ni, tp bg yg tak pernah ke sana tp tak tau tipnya elok tgk panduan ini, yg sgt berguna utk anda, family dan rakan2 anda yg ada niat mahu membeli belah di sana.

Shopping
Shopping adalah topik yang paling seronok bg kaum hawa utk di ajak bersembang, tetapi kaum lelaki pun apa kurangnya...suka jugak kan, Cuma diorg lebih suka bercerita di antara sesama mereka je. Ok lupakan.. akk nak citer panjang lagi ni.. heheh..

Jalan Dago banyak factory outlet, semua jenama ada.. baju & seluar around 10rm – 30rm jer dr pelbagai jenis yg terkenal. Make sure pilih yang ori sebab banyak yang tak ori. Pasar baru di Jln Otto iskandardinata tempat tumpuan utama pelancong Malaysia. Di sana kita boleh beli busana muslim, kain sembahyang dan juga kain ela...pendek kata semua ada di pasar baru yang merupakan shopping mall 7 tingkat. Tapi HATI2
JANGAN GUNA KREDIT CARD di pasar baru krn ada juga berlaku kes copy. Mmg tak selamat!. Tapi yg lebih selamat  di Rumah Mode. Hati-hati dengan penyelut saku...beg duit dan tas tangan seeloknya pegang dibahagian depan badan. Sangat sesak untuk bershopping tapi kena pandai tawar menawar...hehehe harga glosir nya pak..kalo mahu murah...diskonnya kena selalu minta kalau tidak mahal tak ada beza dengan shopping di Malaysia.

Hati-hati dengan kanak-kanak yg merayu suruh beli barangan diorg, harganya memang murah sangat.. akak kesian tgk sorang budak tu kecik jer.. rayu supaya akak belikan. Suami dah larang jangan.. tapi akk berkeras jugak buat pandai, niat saje nak bagi sedekah. Tengok2 lepas tu berkerumun yg lain terkam akak mintak beli jugak barangan diorang. Akak dah kelam kabut. Jalan laju jer utk mengelak dr diorg. Ada di antara kanak2 ni masih mengekori akak dan suami... tiba2 muncul lg depan akk mintak beli. Yg ni rakan2 kena berhati2.

Rumah Mode pula di Jalan Setiabudi. Parkir aja teksi dan minta pak supir tunggu dan boleh jalan kaki sekitar kiri kanan Jalan Dago tersebut.
Untuk membeli baju yg berjenama blh didapati di factory outlet di Jalan Dago juga ada Tas terminal sekiranya mahu beli bag dan sepatu. Tetapi barangan kulit asli di Donatell & Diaz. Tetapi sebenarnya walaupun gred A tp tak tahan lama, cepat rosak..  itu kalau ikut pengalaman akak le yg banyak beli beg kat sana sebelum ni. :)





Pakaian kanak2, remaja dan juga dewasa, lelaki dan perempuan pula semuanya ada...cuma pilih saja. Tempat shopping Factory Outlet pula adalah ala2 Bali. Rata2 pengunjung suka berkunjung ke sini kerana selepas shopping boleh makan di kedai yg di depannya ada Rumah Mode dan juga ada restoran. Kek lapis dan brownies pelbagai perisa ada seperti chess brownies kukus, perisa coklat, strawbery dan vanilla pun ada di jual di kedai depan rumah mode...semuanya sedap dan murah, ttp pilih le yg Kartika Sari & Amanda. Tapi kalau nak lagi best elok beli jer di branch Kartika Sari di Jalan Dago. Selain itu kerepek pisang tanduk 4 bungkus rupiah50 ribu, blh beli byk2 utk dihadiahkan pd family.... ye laa takkan tak bawak balik ole2 dari sana kan..

Tshirt berjenama & tempahan suit
T'shirt lelaki dan kanak2 lelaki disarankan beli di Rumah Mode, mahal le sikit tapi ok le. Beli di Outlet. Spt rumah banglo di buat butik.. kalau Herritage.. khas utk Herritage jer. Jenis Jenama iaitu Bllossom, Rainbow, Burberry, Gucci, Label Ralph Lauren, BCBBG max Azria, MNG & Esprit.. label yg sgt disyorkan kerana originiolity boleh di percayai. Label2 fesyen lain agak di ragui. Belilah tshirt branded yg gred 1 spt Gregnorman dalam RM45 (Malaysia Rm100+), Allblack RM40+, Ashworth. Kalau kat Malaysia femous tshirt adalah Harmes. Utk tshirt berjenama for kids beli le Quilksilver, dlm Rupiah80 ribu (RM24).. kalau Malaysia Kikilala le. Harckrock tshirt pun ok.

Bagi yang lelaki.. seperti che abang akk lbh suka tempah baju di Horas, Pasar Baru.  Suit pun boleh tempah esok.... pagi dah siap dan akan di hantar ke hotel terus. Kualiti jahitan tangan yang sangat memuaskan hati dan potongan kemeja yang cantik dengan harga yang jauh lebih murah dari Malaysia. Pilih aja jenis kain apa yg nak, ukur pasti esok siaplah baju kita. Tapi kalau nak cantik potongan tu.. elok bawa sample baju atau suit yang memang saiz kita atau potongan kita di malaysia suruh aja dia ikut sebijik yang tu lagi cantik. Sebab rata2 yang ukur ni dia ikut taste Indonesia iaitu cutting kecil sikit. Ataupun bagitahu cutting atau potongan mahu longgar atau besar sedikit baru ok dan cantik dengan kita.

Nak beli jeans ??...haa.. boleh pergi di Toko Tiga di Jalan Cihampelas jer... Jeans Centre. Semua jenis jeans ada dengan harga yang murah. Pilih aja...tapi ingat, selepas beli tu.. minta outer terus dr tukang jahit kat situ...minta potong originalnya di sambung dibahagian bawah.  Sangat cantik dan jahitannya pula sgt bagus nampak seperti tidak dipotong langsung atau asli panjangnya.

Puas di Toko Tiga boleh jalan2 pula di CiWalk (Cihampelas Walk) yang merupakan tempat shopping berprofile tinggi.  Banyak kedai2 dan mall di dalam Ciwalk ini. Di sebelah luar iaitu di jalan sekitar CiWalk juga banyak kedai2 cenderamata atau ole2 yang menarik serta murah harganya. Hati2 dengan orang yang jual barang dan datang memberi tawaran agar beli barangan ole2 mereka. Sekiranya mahu beli pastikan buat tawaran separuh dari harga yang diletak atau murah lagi. Mereka akan ikut kita selagi kita tidak membeli setelah kita membuat tawaran harga tadi. Mereka ni mahu  jual jugak pada kita.. maka pandai2lah nego harga yang kita mahu dan boleh diterima kedua2 belah pihak. Heheh.. byk tip berguna ni. Catit yg ptg2 ya.

Spa
Penat bershopping boleh massage di Rogers Massage di Jalan Dago ini juga. Ambil course 2 jam sangat enak dan menyegarkan badan. Cost massage RM30 dh dpt utk 1 sessi (Malaysia RM120+ utk 1 sessi..akak buat perbandingan dengan spa2 yg biasa akak berkunjung di Malaysia memang harga around tu, tp mungkin ada lagi spa lain yg ada murah kot.. akak pun tak pasti) memang berbaloi...cuba ambil romatik course.  Untuk 1 sessi tu first seluruh badan kita akan di urut dengan pilihan herba yg kita mahukan selama  1 jam, sauna/stim around 20 minit dan selebih masanya lagi berendam dalam bath mengikut pilihan herba/mandian bunga, mandian susu pun ok.. licin dan lembut jer kulit selepas itu.,   Akak pasti satu hari anda berjalan  di sana sudah pasti akan membuatkan kaki dan seluruh  tapak kaki  terasa lenguh-lenguh, sakit dan meletup!.. so pergi le urut sekejap kaki anda di spa di hotel anda menginap...tak mahal pun, kalau rasa ragu-ragu tanya harganya dahulu.  pasti lepas tu hilang sakit-sakit tadi.  Akak lebih sarankan pergi le berurut kerana pada esokkan hari pula anda akan mahu menyambung lagi ke destinasi yang pasti banyak lagi tempat yang anda mahu pergi, kan?? so  nak berjalan-jalan tu  mesti  le lebih selesa kalau badan anda lebih rasa sihat, segar dan  takde penat -penat semacam.

Ok.. kalau lapar pula... boleh le makan di restoran Sunda dan juga restoran padang yang berdekatan. Restoran padang namanya Simpang Raya di Jalan Dago (boleh bagitahu pak Supir). Di Jalan Dago ada juga kedai Santika untuk beli kek lapis serta ole-ole makanan yang lain. Armada Bronis (minta pak supir hantarkan ya) boleh kita dapatkan brownis kukus original dan keju yang enak dan lazat. Boleh tahan seminggu kalau di letakkan dalam peti ais. Dinasihatkan beli pada hari terakhir sebelum pulang.

Beg tangan & kasut kulit.
Kalau nak beli beg tangan dan kasut kulit silalah ke Chibaduyut. Puas mata memilih. Boleh bagi tahu kepada pak supir untuk ke Diana ataupun toko lain yang ada di Chibaduyut. Semuanya menjual barangan kulit. Kelabu mata kita dibuatnya.

woww panjang jugak ni dok bg tip.. patut le jari ni rasa lenguh2 jer, ahak. hehe.. okle.. sambung lagi esok bab makan & tukaran wang pula, akak nak keluar pergi market cari barang dapur basah.
Assalamualaikum


Topik2 Post Bandung
  1. Dari Post pertama berkenaan Tambang Murah Air Asia, Hotel & Teksi klik d cNi
  2. Makan, Tukaran Wang dan Tip2 Penting yg harus di note utk yg first time pergi sana klik di sini
  3. Utk melihat gambar di Bandung klik di sini
  4. Utk memilih hotel klik di sini
  5. Trip ke Bali klik di sini 
  6. Trip ke Jakarta klik di sini 
  7. Tips ke Bandung ikut Jakarta- CIPAGANTI Toyota Alphard
  8. First prosedur sampai airport Bandung & handphone perlu activate di celcome center ke tidak.. boleh klik d Cni

Trip ke Bandung bersama hubby, adik serta cousin selama 3 hari pada 31/5/2011 hingga 3/6/2011..  citer bergambar:
  1. Siri 1 - Hari pertama . di Pasar Baru
  2. Siri 2 - Hari kedua- factory outlet
  3. Siri 3 - Sekali lagi pergi di Pasar Baru dan Rumah Mode
  4. Siri 4 - Factory outlet dan sesi hubby bermain golf di Mountain View Golf Club
  5. Siri 5 - Penat tahap total - pergi spa
  6. Siri 6 - Khidmat pak Supir/driver di Bandung
  7. Siri 7 - Rambang mata memilih kain ela / kain sepasang yang cantik dan murah2. 
  8. Siri 8 - makan.. makannn.. memang mengujakan kesedapanya!
  9. siri 9 - episod akhir Bandung - airport dll
  10.  percutian bersama suami & anak2 di Bandung  10/3/2012 selama seminggu

11. Berfareeda di Kota Bandung 10/3/2012 selama seminggu

    4 comments:

    EMIL SHAQIRA said...

    kak ieza, kalau saya minta pak atang susunkan itinery sepanjang kat sana mengikut tempat yg saya nak,,sekali ngan tmpat makan ok ke?

    Kak Eiza said...

    wsalam,
    okay bjgk suruh Pak Atang susunkan...mention nama akak jer insyaAllah dia bagi services yg terbaik...

    EMIL SHAQIRA said...

    Ok thanks kak ieza

    Amsyahril Syahril said...


    Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq