Wednesday, January 19, 2011

Sambungan tip ke Bandung lagi (makan & tukar wang)





Assalamualaikum

Akak rasa nak sambung lagi yg post pagi tadi tak habis lagi, rasanya entry ni yg last utk tip-tip ke Bandung. Akak rasa sesiapa yg mahu bercuti ke Bandung pasti akan surf dalam google tip-tip melancong di Bandung. Dahulu masa first akak baru nak jejakkan kaki ke sana.. akak surf berhari2.. berkenaan rate duit, tiket suami dah uruskan semuanya, apa yg best kat sana, tmp best shopping, jenis masakan yg sedap, tempat tumpuan org Malaysia di sana membeli belah dll lagi. so sekaranglah masanya akak nak kongsikan pengalaman akak utk semua rakan2 yg baru pertama kali hendak ke Bandung. Semoga perkongsian akak ni amat berguna untuk rakan2 sekalian.

Makan
Makan adalah salah satu aktiviti yang menarik di Bandung. Makan tak usah risau di Bandung kerana senang nak makan dan murah. Makan kat restoran pun sekali makan dekat RM35. Kalau makan ramai2 lagi murah sebab boleh share dengan kawan2....Akk suka masakan Sunda. Antara yang kami suka adalah daging gepuk dan juga gurame goreng. Sup buntut goreng (Sup ekor goreng) juga tidak kurang enaknya. Sayuran kangkung goreng juga sedap. Restoran Sunda yang selalu kami berkunjung adalah Empera (bagitahu pak supir aja kalo mahu ke sana). Masakan padang juga best. Restoran Simpang Raya di Jalan Dago. Masakan akan dihidang di meja hanya makan aja...pilih aja masakan yang kita suka kalau tak makan semua pun tak pe sebab di kira apa yang kita makan aja.
Rata2 makan di Bandung memang murah dan berpatutan. Oh ya terlupa akak nak bagitau ada satu lagi menu yg pasti semua rakan2 suka, iaitu gado2..jangan lupa order menu ni.. mg sedap!. Maka nikmatilah trip beli belah anda dengan menikmati juadah masakan sunda dan padang di sana.

Tukaran Wang
Duit Indonesia main berjuta2...maka susah juga kita dibuatnya. Kita kalau kat sana dah jadi jutawan di Bandung . Berapa duit perlu ada untuk melancong atau bercuti kesana? Dalam RM1000 dah cukup!! kalau lebih lagi banyak boleh shopping banyak lagi kan??...Tiket flight RM300 pergi balik, Hotel 3 malam RM300(lebih kurang kalau mahu dok hotel bawah RM100 semalam), RM100 untuk makan dan RM100 lagi utk transport dan lain2...selebihnya RM500 (IDR1.5juta lebih kurang) lagi shopping...

Nasihat akak kalau mahu bawa uang rupiah bawalah 1-2 juta rupiah sudah cukup banyak dalam dompet kita (RM700). Tapi pastikan kad ATM samada Maybankcard atau CIMB card kita aktifkan pengeluaran ATM antarabangsa di ATM Malaysia sebelum kesana. (Sekira tidak tahu minta officer bank tolong aktifkan) Dengan kad ATM tersebut kita dapat keluarkan uang di ATM di Indonesia contohnya di ATM CIMB Niaga... CIMB ada merata di Bandung cuma aktifkan pengeluaran ATM atarabangsa aja)...

Bii Bank (adalah Maybank)...Maybank juga merata di Bandung...cuma perlu aktifkan pengeluaran ATM atarabangsa . Boleh lakukan dengan beberapa simple step di ATM mesin di Malaysia tapi kalau tak tahu boleh pergi kauntar minta diajarkan cara pengaktifannya...selepas aktif boleh keluar uang rupiah di Indonesia tanpa perlu bawa duit banyak2 juta tu kesana....

Selain CIMB dan Maybank Bii ada lagi bank lain yang boleh kita keluarkan uang sekiranya kad ATM kita aktif penggunaan antarabangsanya seperti, BCA, Mandiri, BNI dan bank2 lain yang ada MEPS. Maka senang lah nak cucuk duit kat sana kalau terdesak ataupun kurangkan bawa uang yang banyak juta tadi hehhehe. Duit Malaysia juga boleh di terima terus oleh peniaga atau di tukar di pasar baru tapi hati2 dengan uang palsu takut terkena. Rate juga boleh nego. Banyak juga kedai di pasar baru menerima RM maka senang nak membeli di Pasar Baru ni. Nasihat akak tukar duit di Malaysia adalah lebih untung sebenarnya...area KL kita boleh dapat banyak duit rupiah berbanding kalau tukar di Indonesia sbb rate dia ikut waktu dan hari...kalau hari ahad ramai visitor ke Bandung rate jadi naik...so tukar kat Malaysia lagi bagus. Melainkan bawa kad ATM dan jolok kat ATM sana takpa sbb rate dia standard rate Malaysia...even lagi murah sebenarnya berbanding money changer...lagi untung kadang2 tu...

Oh ya TIPS PENTING: Kalau nak tukar duit jangan time cuti sekolah... rate tinggi.. rugi.  kalau boleh tukar awal2... sebulan dua sblm nak pergi tp kena cek betul2 le.. kalau nak cek rate boleh klik di sini.
 


TIP2 PTG... (yg ni mmg akak catit dalam note sblm ke sana)
  1. Buat senarai duit iaitu utk Rph10 ribu – RM3.50, Rph100 ribu – RM35.00, sejuta – RM350.00.
  2. Ingat ya.. Hari Ahad di sana semua kedai dh nak tutup pd jam 4 petang.
  3. Kalau pergi sana mmg akan shopping giler2 so akk cadangkan bawak le beg kosong atau bawak baju setakai nak pakai sana 2 lai dah cukup.
  4. Kalau nak cari busana muslimah carilah di Pasar Baru. Biasanya dalam RM35 selai. Kalau kat Pasar baru kalau rasa dah mintak kurang tp nak tunggu dulu nak round tempat lain baik jangan, buang masa dan buat penat jer, rakan2 mmg tak terlarat nak pusing2 semua tempat.. sebab terlalu besar..kalau round2 pun habis2 adjust harga pun lbh kurang sama gak boleh dapat.
  5. Telekung Sembahyang beli le banyak2, yg kat Malaysia memg tak kurang hebatnya, byk gak yg lawa2.. tp bagi akak.. yang kat sana punya akak rasa selesa terutama bahagian muka penuh tak perlu nak pakai anak tudung lagi, dah kemas dan takkan terkeluar rambut. Dan kualitinya pun bagus, tak panas, kainnya sejuk jer bila pakai. Harganya dalam Rph80 ribu. Tapi HATI2.. kebanyakkan kain sarungnya pendek/singkat sikit.. tgk betul2, kdg2 baju dah okay.. tp kain pulak xkena saiz.. boleh terselak kaki nanti. Kalau nak beli seeloknya beli le ikut kodi, lagi murah dan boleh di hadiahkan utk mak, adik2 dan kakak2/saudara mara.
  6. Utk perempuan yg suka pakai kebaya atau bakal pengantin, jangan lupa beli korset. Murah jer.. dalam Rph6 ribu jer (RM18-).
  7. Swimming suit pun murah dalam RM40 jer.. quality kain bagus. Kain sepasang dan kain2 utk pengantin serta design nya memang mengancam, boleh beli banyak2.. boleh buat sewa atau di jual di kedai pengantin malaysia.
  8. Jangan lupa beli batik sutera hanya Rph150 ribu (RM40).
  9. Batik Indonesia kalau pakai ok le, tapi kalau untuk lelaki kurang sesuai untuk di pakai ke majlis formar atau yg goverment. Kerajaan lebih syorkan buatan batik kita sendiri.
  10. Kek lapis & brownies kukus harus beli utk ole2 atau utk dijual. Sebab rasanya memang sedap.
  11. Cadar katil yg englilsh style baru Rph200 ribu (RM70) jer
  12. Beli sarung toto, bagitau kat dia quilt cover.
  13. Baju tidur utk perempuan jangan lupa beli tau.. beli banyak2.. boleh jual di Malaysia..memang laris. ada 4 set (utk pakai dlm bilik tidur yg seluar pendeknya boleh pakai, tapi bila nak kluar bilik sarung le yg panjang pula.. cukup lengkap)
  14. Pakaian kanak2 perempuan memang cantik, di Rumah Mode.. bg yg ada anak perempuan walaupun yg takde anak perempuann pun pasti mahu beli jugak.
  15. Cadangan makan di mana? Pergi jer restoran kelapa sunda (makanan sunda)
  16. Sediakan duit syiling utk tip.

Airport
1) Check in di LCCT
2) Pastikan berat handcarry tidak lebih dr 7kg
3) Biasanya utk pesawat ke Bandung Indonesia akan aik Boing 739

Ok le rasanya dah cukup lengkap. akak pun dah kena stop, sebab dah hampir kul 7 ptg. time utk mandikan anak2.

salam dari Kak Eiza
Assalamualaikum

Topik2 Post Bandung
  1. Dari Post pertama berkenaan Tambang Murah Air Asia, Hotel & Teksi klik d cNi
  2. Makan, Tukaran Wang dan Tip2 Penting yg harus di note utk yg first time pergi sana klik di sini
  3. Utk melihat gambar di Bandung klik di sini
  4. Utk memilih hotel klik di sini
  5. Trip ke Bali klik di sini 
  6. Trip ke Jakarta klik di sini 
  7. Tips ke Bandung ikut Jakarta- CIPAGANTI Toyota Alphard
  8. First prosedur sampai airport Bandung & handphone perlu activate di celcome center ke tidak.. boleh klik d Cni
  9. Khidmat Pak supir/driver 


Trip ke Bandung bersama hubby, adik serta cousin selama 3 hari pada 31/5/2011 hingga 3/6/2011..  citer bergambar:
  1. Siri 1 - Hari pertama . di Pasar Baru
  2. Siri 2 - Hari kedua- factory outlet
  3. Siri 3 - Sekali lagi pergi di Pasar Baru dan Rumah Mode
  4. Siri 4 - Factory outlet dan sesi hubby bermain golf di Mountain View Golf Club
  5. Siri 5 - Penat tahap total - pergi spa
  6. Siri 6 - Khidmat pak Supir/driver di Bandung
  7. Siri 7 - Rambang mata memilih kain ela / kain sepasang yang cantik dan murah2. 
  8. Siri 8 - makan.. makannn.. memang mengujakan kesedapanya!
  9. siri 9 - episod akhir Bandung - airport dll
  10.  percutian bersama suami & anak2 di Bandung 
11. Berfareeda di Kota Bandung

15 comments:

rozieyuzailayusof said...

salam~
very informative. terima kasih bebanyak. Nak bertolak kebandung esok 17 mac 2011 - 21 mac 2011.
nak print all these tips.

Kak Eiza said...

iyer?.. bestnya... selamat bercuti! :)

nadiah said...

salam.akak beli swimming suit tu dekat mne? n korset pun akak beli dekat mne? :)

Kak Eiza said...

waalaikumussalam..
suimmg suit dan korset tu beli di pasar baru, korset beli di kedai yg jual pakaian & aksesori pengantin, pelbagai colour ada.. mitak kurang sampai dpt yg termurah... selamat bercuti :)

miss $h0rty said...

akak,bju tidur perempuan yg akak kata 4pcs satu set tu beli di mana?pasar baru atau FO..mcm berminat

Kak Eiza said...

Akak beli kat pasar baru...masuk jer pasar baru level sama dgn tangga masuk (ground kalau tak salah) jalan ke bahagian tengah sebelah kanan ada banyak yg jual pakaian baju tidur...boleh tanya yg 4 pcs set...

ibu_BatRiSya @wardah said...

tips nak bg brape rp?

AnayiLHayS said...

ada tak contact number red ribbon?

putri303 said...

Salam Kak...
Saya nak ke bandung cuti sekolah bln may ni, klau saya tempah 1 bilik je dgn 3 org anak saya, cam mane ye...? Ok ke...? Budak2 ni tak nak bilik asing2, advise ye kak...

arepeace_rj said...

salam kak putri..saya pon akan ke bandung 26 may ini..selamat bercuti..
utuk akak eiza..sy berminat lah dgn supir akak cam senang jer berurusan..boleh la akak rekeman nnt eh

Kak Eiza said...

Maaf semua sbb lambat balas...lps balik Bandung cuti sekolah yg lps kelam kabut sikit dgn anak2 yg kurang sihat..
Akak cadangkan kalau nak selesa boleh ambil homestay redribbon bagi yg family boleh tinggal dengan selesa...kami jgk menginap disitu pada musim cuti sekolah yg lps...selesa sangat dgn homestay 3 bilik...dekat dengan kota Bandung. Cuma breakfast boleh ambil kat Dunkin donut pagi2...tmpt kami sekeluarga makan pagi sepanjang dok Bandung tempoh hari...

Ttg supir boleh kontek Pak Atang +6285221320567 ataupun pak koko +6285220325088 (bgtahu dpt dari contek dr hubby akak dr zunaidi)

ayu said...

salam kak...nk tnye pasal supir tu..bpe yer kos utk shari??

Kak Eiza said...

wsalam.. nanti Ayu rujuk kt sini ya.. mama ada detail kt situ :)
http://mamaloveu-basma.blogspot.com/2011/06/bandung-siri-6-pak-atang-supirdriver.html

Ana admi said...

Thanks kak utk tips ni..nk g dah sabtu ni :)

Imam Dikdik said...

Salam kak. Kalau melancong ke bandung lagi boleh lah call saya untuk sewa kereta pergi melancong di bandung nama saya imam my number phone +6287823455534

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq