Thursday, January 27, 2011

Semangat di pagi hari

Kenangan di Washigatake Gifu pd tahun 2004, time ni Syami baru 4 bulan. Syahmi ni dilahirkan musim panas.. tp excited musim sejuk. tak macam Shafik dilahirkan bulan sejuk tp tak suka udara yg sejuk..Syaidi plak tak kira musim sejuk ke panas ker semua excited... byk aktiviti kat sana kami buat, tak pernah jemu dok sana. BYK KENANGAN INDAH KALAU DOK SANA BWK ANAK2, enjoy.

Assalamualaikum w.b.r.k.t
Ehmm.. nak cerita apa ye hari ni?.. ehmm.. mata sebenarnya mengantuk lagi semalam tidur lambat pasal dok printsrn gambar dr dvd yg memory kat Japan dahulu. Memang frust giler semua gambar kenangan di Jepun dalam pc rosak, hantar repair pun tak boleh dah. Jam. Beratus gambar ada dlm pc tu... uhukkk.. waaaaaa.. sedey22. Bayangkanlah sepanjang 6 thn di sana.. setiap masa dok ambil gambar.. blk Malaysia semua hancur. Uhukk.. sedey lagi. Tapi nasib baik ada simpanan dvd.. terpaksa ambik gambar kt situ jer. Walaupun gambar tak clear tp okay le utk tatapan anak2 kecil ku yg blum lg sampai sana tgk kenangan si abang2 nya.

Selepas ni pula seperti biasa la.. ambik masa sejam dua utk buat promosi bisnes onlineku. Simple jer kerja ku di rumah..
hanya promot website hanya di depan laptopku ni sahaja, hanya jari jemari yg bergerak ligat sambil memerhatikan Isya menonton tv rancangan kartun kesukaannya , pulangan komisyennya memang memuaskan hati. Alhamdulillah... buat santai di rumah sambil2 berblogging /blogwalking. Kalau kawan2 tanya tak kerja pun camne boleh buat duit dr rumah.. alaa sekarang kan zaman it.. dalam intenet kalau pandai cari kita boleh buat duit.. tp atas kesedaran atau kemahuan individu tu jer yg boleh capai semua tu, bukan sekadar cakap2 kosong atau mempertikaikan itu tak boleh ini tak boleh.. maka jadi TAK BOLEH LE apa yg kita nak buat.. sebabnya asyik berpandangan sempit & negatif. Org lain dah ke depan kita baru nak merangkak2, kesian tau. Tapi jenis aku plak..hendakkan sesuatu aku akan cuba dan berusaha bersungguh2 utk mencapai bintang di langit.. cewahh.. aduhh... kelakar. Kluar ayat power plak. Tapi betul ni.. aku tak peduli dah apa org nak cakap, cakap le.. janji aku dah selidik dan aku tau bisnes itu ok dan halal bagiku. ITU YG PENTING!. Tapi memang le.. kita harus ada azam dan matlamat dlm diri sendiri, kalau bukan kita sendiri yg usaha sape lg nak bantu kita..

“Berusaha setinggi gunung utk mendapatkan hasil setinggi bukit, InsyaAllah boleh dapat, tetapi sekiranya berusaha setakat setinggi bukit dan mengharapkan hasil setinggi gunung, sukar utk kita tafsirkan”
Kata2 peransang utk diriku sendiri.

Oklah.. tinggalkan bab bisnes, ni nak pikir bab Basma... befdaynya dah makin dekat.. byk perkara nak kena buat ni. Kek, tart, muffin semua dah tempah dgn Fadlina prettysweetcake, blognya ada di linkkan ke blog aku. Nak order klik situ jer, mudah. Shopping dan tempah kek pun skrg melalui online.. tu yg aku cakap skrg semua org buat bisnes online, facebook, blog dan twitter. Drp jualan tudung, pakaian, kain ela, ubat2an, kosmetik dan aku pula hanya promot website sahaja. Semua tu bisnes online yg boleh di buat di rumah/office sepenuhmasa. Surirumah pun boleh buat duit dgn hanya mengadap laptop, boleh percaya ke?.. eh.. BOLEH LE.. yg aku ni bleh buat.. apa cerita... takkan sajer2 nak tipu.. sajer2 dapat dosa tau. Oppp.. terkeluar bab bisnes lg. Dah otak bisnes. Hehe.ok le dah terkeluar bab bisnes ni.. nak cerita le sedikit camne aku boleh melibatkan diri dalam bisnes online ni.

Asalnya krn keboringan. Dok mengadap laptop hari2...baca blog org, news, main facebook.. biasale le.. org office pun sblm nak start buat kerja pagi2 sampai tmpt kerja tu mesti cek email dan facebook dulu kan. Baru bersemangat nak buat kerja di pejabat. Macam tu jugak aku di rumah. walaupun suri rumah. Lepas selesai uruskan anak makan, hantar sekolah, suap Isya makan.. so apa lagi .. ngadap laptop le jugak. Opp ok lupa nak citer, jd meleret plak.. Asalnya terjoin bisnes ni ada la satu hari tu terklik iklan di facebook sebelah kanan tu.. yg banyak bgtau pasal bisnes2 online di rumah.. dalam hati ni nak tau le jugak bisnes apa yg boleh buat duit ribu2.. cam tak percaya le. So dr situ dr main2 dan nak cuba2 jadi melarat hinggalah skrg, dari asal kluar modal yg rendah boleh buat duit yg besar, dari suami tak suka dan tak percaya dah jadi percaya, hehe.. tak percaya bakpe nya..duit akaun ku sentiasa `bergerak’ selain dr pemberian suamiku bulan2an. Semenjak dr itu suamiku beri support yg tinggi setinggi2nya pada aku. “Terima kasih bang. Kaulah jantung hatiku. Segala semangat dan dorongan dr mu membuatkan aku semakin bersemangat utk jadi surirumah yg lbh berjaya dr org2 yg berkerjaya di luar sana”. Cewah.. tersenyum suamiku kalau terbaca ni, ahak... hehe.

Oklah... tak boleh panjang2 sgt bercerita pagi2 ni, banyak lagi kerja nak buat.. nak pergi market cari barang dapur dah habis. Pening kepala kalau pikir bab menu nak masak hari2.. ooo... baru teringat... hari ni abang nak pergi Singapore. So masak simple2 je ok le, lagipun kul 3 karang nak jemput Rusyaidi di asrama.. bawak semua adik2nya ni pergi menjamu di warung depan asramanya ada sotong dan ikan celup tepung. Wow besttt.. ok sambung lagi seterusnya nanti entah apa topik plak tak tau le, mari apa yg terpikir & terlintas itulah yg akan jd topik entryku waktu tu. Salam sayang utk kawan2 yg terbaca kisah2 harian ku ini. Tq kerana sudi menjenguk blogku yg tak seberapa ini.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq