Saturday, January 29, 2011

Trip Jakarta

Assalamualaikum..
Ok... sebelum ini akak telah berikan tip2 bercuti ke Bandung spt dr segi tempah & harga tiket murah, belanjawan di sana, tempat shopping yg femous, jenis masakan yg best, barangah yg disyorkan beli di sana, hotel dan sebagainya. Kali ini trip ke jakarta pula.

Jakarta merupakan ibu Negara Indonesia yang sentiasa sibuk dan sesak, dan kalau nak kesesuatu tempat tu mmg lah mengambil masa sedikit kerana jam. Akk lebih prefer ke Bandung sbb walaupun sibuk sedikit tapi kerana keadaan Bandung yang semua tempat shopping area adalah centralize dan dekat2. Udara di Bandung lebih nyaman dan dingin jika nak dibandingkan dgn Jakarta yang sentiasa sibuk dan terasa bahang kepanasannya.

Okay... di Jakarta kalau mengginap akk rekomenkan hotel Le Grandeur, Mangga Dua Jakarta, boleh juga rujuk di sini (www.legrandeurhotels.com), boleh tempah secara online direct hotel website ataupun Agoda website (www.Agoda.com/le-grandeur-jakarta). Shopping area terbesar di Indonesia Mangga Dua direct access melalui pintu hotel so tak yah keluar, boleh jalan terus melalui pintu hotel (kalu hujan dan datang dengan kanak2 pun selamat dan selesa )









Mangga Dua, Jakarta

Selepas penat bershopping boleh le santai minum kopi ataupun lunch di Ala
Pasta Cafe & Restaurant yang terletak di WTC Mangga Dua Jakarta-Free Parking everyday!, kalau nak ala2 itali le, bg akk lebih suka masakan sundal atau padang.

Hotel berdekatan dengan shopping Mangga dua yang lain yang lebih murah adalah Ibis Hotel (boleh tengok agoda website). Selain dari shopping area di Mangga dua boleh juga berkunjung ke Tanah Abang untuk beli kain dan sebagainya. Tapi kalau dok Mangga Dua sehari belum tentu cukup untuk habiskan kawasan tersebut. Oh ya lupa, Mangga Dua dan Hotel tadi adalah tepi exit Highway dan dekat dengan Jakarta Airport (30 minit kalau tak Jammed lah jawabnya) dan mudah nak kemana2 sebab dengan highway.


Tanah Abang Jakarta

Tanah Abang Jakarta

Tanah Abang Jakarta

Kalau nak ke Bandung dari Jakarta boleh naik bas express direct dari Jakarta airport ataupun pakai kereta yang boleh dapat di kaunter selepas keluar dari airport. Boleh negotiate harga dengan mereka,biasanya akan dapat pengurangan bergantung kepada jenis kereta yang digunakan, contoh Avanza lebih murah dari Inova. Kalau pakai bas atau mobil boleh sampai bandung dalam 3 jam jer ikut highway. Kalau mahu pakai keretapi express naik di Stesen (stasiun) Gambir. Perjalanan 3 Jam selesa dan harga murah (RP75,000 jer)

Bluebird taxi

Stasiun Gambir Jakarta

Ok rasanya dah cukup utk tip Jakarta tapi akak rasa tak puas hati sebab minggu lepas tak banyak gambar di bandung yg akk uplodkan utk teman2 yg ingin bercuti di sana, cam akak dulu pun selalunya nak tengok imagenya baru rasa boleh imagine kan.. wahh camni rupa tempatnya, baru semangat sikit kan. ok.. tunggu selepas ini akak akan postkan entry terbaru hanya foto2 di Bandung sahaja. Selamat bercuti..

Kalau sesiapa ingin pergi ke Bandung boleh le tgk tip2 nya di bawah:

dr entry post pertama klik di sini
utk sambungan tip yg ke 2  klik di sini
seterusnya yang ke 3 / yang terakhir klik di sini
Utk melihat gambar di Bandung klik di sini

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq