Wednesday, February 9, 2011

Bibik ku sudah mau pulang....


Assalamualaikum..

Hari ni no idea nk menulis, badan pun rasa lenguh2 semacam jer, tidur berapa jam jer... ni ngantuk2 sungguh, tp dok tebeng (memaksa)jugak le berusaha utk siapkan 1 entry hari ni. semalam ada dinner di awana bersama Kak Na iaitu isteri YB Trg En.Razif dan Ida wife Rektor. Kna baik sgt orgnya dan cantik tak padan ngan usianya. w/pun wife YB tp tidak pandai le nak menyombong diri. Semua orang di tegurnya.. dan dia lbh selesa berbahasakan dirinya Kna je. Ida pula jiran sebelah rumah mama.. Anak kami mmg kamcing le kalau kat sekolah. mama dan Ida ni kadang2 suka 'bermeeting' para ibu di kopitiam.. surirumah.. bosan2 lepak2 sambil dok bincang pasal anak masing2. biasa la bila dh berkumpul byk topik akan keluar.

kt rumah pg td baru bincang ngan bibik.. taknak beli apa2 ke utk bwk balik kpg nnt. tak mau bu.. di sini mahal bangat sih, di tempat saya aja mau beli'in nanti.. oo bila sebut pasal bibik ni br jer semalam



dok bersembang ngan Roslinda.. pasal maidnya balik bercuti pastu senyap tanpa berita, call kat sana pun familynya pun tak nampak btg hidung pun. member mama ni pun apa lagi dah risau semacam dah.. bukannya apa dlm fikiran hanya nampak kemungkinan besar lari ikut jantan atau kena samum. Sebabnya bawak duit cash byk2.. siap diikat di pinggangnya lagi!. Waww.. mmg hebat. Mama terkejut gak knp boleh berikan byk2 mcm tu?.. member mama ni sebenarnya pd awal tu nak masuk akaunnya atau pos jer tp dia berdegil jugak nak pegang cash!. Huhh.. dah cerdik sangat.. taknak fikir risiko kena rompak..tanggung le sendiri apa2 hal berlaku. Dlm fikiran mama ni pun dah terbayang yg maid nya takkan mungkin muncul lg aaatau dah takan datang lg bekerja. so terkial2 le member mama ni dgn anak2nya tak tau sape yg nak tlg jaga.

Yg bibik mama pula nanti mama akan hantar gajinya masuk bank sana jer, lg selamat!!.. diorg ni mana boleh bawak duit cash sebanyak tu, kesian TAUU kalau kena samun.. tak ke naya hasil titik peluh kerjanya selama ni hilang sekelip mata di ragut org. Mama ni pulak jenis baik dan 'sayang' bibik sikit, cara mama.. gajinya langsung mama tak benarkan hantar kpg, biar le alasan apa2 pun. sebab dah serik byk kes lain yg berlaku. mama nak bibik mama blk kpg dia esok2 boleh jadi org kaya baru, boleh beli tanah boleh beli rumah.. bukannya balik sana setelah bekerja penat lelah negara org.. duit 1 sen pun takdak pasal dok main hantar kpg jer. macam bibik mama semalam bgtau dia nak mama poskan duitnya dekat rm10k tu pd adiknya di kpg.. Ooo sorryyy.. tak mungkin mama akan lakukan seperti yg kamu mintakan itu bibik oii.. adik sendiri pun belum tentu boleh percaya kalau nampak duit cash sebegitu byk. sampai kampung halaman kau nanti tengok2 dgn adik kau sekali tak nampak bayang.. duit jangan harap dapat le!. Jangan main2.. bukan nak kata org Indonesia style macam tu.. mana2 tempat pun byk yg boleh kita jumpa org yg tak jujur pd family sendiri, malaysia pun berlambak. rambut mmg sama hitam tp hati mana mungkin akan sama! so bila mama terangkan macam tu barulah dia faham dan nampak tenang.

Ada kes lain pula time mama dok Perlis 3thn yg lepas.. kat sana mama selalu ambik seminggu 3 kali. ada di antaranya sempat le bercerita pd mama pasal majikannya (china) mmg straight orgnya. Awal2 sampai Malaysia... segala no. phone atau barangan peribadi semuanya di rampas walapun pakaian dalam pun di ambil. sebagai gantinya pakaian baru akan di berikan tp hanya boleh pakai seluar sekerat lutut jer.. yg jenis labuh2 tu jangan harap boleh pakai, alasannya boleh mengganggu situasi bekerja. pergerakan terbatas.. nak contact family?.. no wayyy.. jangan harap boleh!, kalau 2 tahun atau 3 tahun dok situ sepanjang tu le diorg xdibenarkan contact family. Kalau nampak ada buat silap/ada kes majikan komplen kerja xbagus.. satu hari akan di denda tak kasi makan dan di kurung dalam bilik gelap. Looohh.. mmg mama terkejut, kesian sgt2. tapi kalau nak perhatikan maid2 yg bwh agen china ni quality kerjanya sgt bagus, cepat dan perfect cara cuci/kemas rumah.. tu baru dr jam 8 pgi hingga 2 tgh. dah boleh siap semuanya. tp habis kontrak balik cam biasa le.. agen diorgni w/pun tegas tp sampai masa habis tempoh akan terus di hantar pulang. ok le tu.. hanya tegas pd waktu bekerja ja.. bukannya sampai hingga kes dera.

Tengokk.. tadi dr takde idea nak menulis.. bila dah pegang keybod ni dah jadi melarat plak. ptg karang kalau sempat nak blogwalking jap... seronk blh kenal2 dan boleh belajar byk lg ttg blogging/blogwalking ni, takleh terperap cam katak bawah tempurung je.. byk lg kena belajar. maklum le mama ni budak baru nak belajar berblogging.. byk tata trtib & pantang larang yg tak tau lg. ok jumpa lg selepas ini. sekarang dah tiba waktu mama memasak.. ehh ada bibik kena masak gak ker?.... No no..noo.. bibik mama hanya menjalankan kerja cuci mencuci ja.. bab2 masak kenalah air tangan mama sendiri utk bg cik abg sayang dan anak2 kita makan, lg berkat, lagipun mama ni bukannya bekerja pun... dok rumah jer, takkan le semua mde nak suruh bibik buat mentang2 aku majikan, banyak cantik.. kata bibik kat mama kot.. hihi.. ok cayang semua... jumpa lagi nanti..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq