Sunday, February 27, 2011

Hari ini makan Laksan dan Laksa kuah lemak putih - Laksa Terengganu




 
 Laksa

Jam 5.30 pagi bangun tidur, spt biasa le kemas2 rumah... solat subuh  & sambung lagi   dengan kerja rutin harian spt masak utk sarapan pagi dan kejutkan anak ke Sekolah. Waktu pagi anak2 lebih suka makan simple jer iaitu roti bakar di sapu margerin dan sekaya/madu.  Kdg2 sekeping roti & sausegge dah ok.  Ank2 mama tak suka mkn berat2  sebab nk cepat... kalau tak sempat masa blh sambung mkn dlm kereta jer kalau setakat roti tu :)

lepas anak semua dah pergi sekolah kerja rumah masih berterusan lg spt jemur kain.. 


vakume rumah dan mop lantai.  tp kalau Isya dah bangun kena tunggu tidur dulu baru bleh mop takut nanti jatuh terguling le jawabnya. Lepas siap kerja rumah terus bersiap pergi pasar cari barang dapur, laksan sekilo dan laksa setengah kilo sampai le rumah dah jam 12.15 terus bergegas ke dapur pulak start masak kuah lemak putihhhh.. ehmmm masih lagi seperti  tak boleh nak bernafas.. rasa mengah!

Jam 1 trg hubby dan anak2 pun dah sampai.. hubby dr ofis.. ank2 blk sekolak .. riuh rendah.. kecoh yg mana Syahmi lak terjentat2 badannya dok tahan kencing dr sekolalah berlari masuk tandas, Basma plak tak sabar2 nak susunya.. adik plak bila tgk abg dan kakak sibuk nak itu nak ini…. dah nampak start berfikir apa  aku nak mintak dengan mama ni ya…. Haaa!!! Mama nakkk!!! Tunjuk atas meja suruh layan makann. Aduhhh pening kepala japp mama ni…. Rasa spt tak cukup tangan….  kaki pun dah mula longlai… penat berjalan tak duduk langsung lagi dari pagi tadi. Ok le takpe le… teruskan dulu layan diorg nanti boleh le berehat cepat2.!.. Pasal menu laksan dan laksa hari ni buat sekali lagi puncanya Syahmi order lagi. adeh bila dengar anak nak makan apa2 sanggup buat lagi walaupun berulangkali.. biar le penat camne pun, puas hati tgk diorang  makan dari air tangan mama sendiri dengan makannya bertambah2….sampai mama tengok pun tak makan takpe dah.. dah rasa kenyang tgk diorg makan.. ahakk… heheh.. elehhh mama pun lapar jugak le..seharian bekerja sampai tenaga  pun dah hilang separuh taka takde rasa lapar kan?.. :)

So untuk lihat cara2 nak buat kuah lemak putih just klik gambar laksa di atas nanti yaa


 Laksan


 Sambal belacan

 Laksa yang telah digaul dengan  sdk perahan asam limau

 Ayam sambal utk sesiapa yg nak makan nasi.. tapi semua dok tibai laksa.. so lauk ayam ni boleh la mama simpankan untuk makan malam nanti, dah tak perlu nak masak banyak kali.  hehe

Ok Selamat Mencuba...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq