Friday, February 25, 2011

Kemalangan Jalan raya




Tengahari tadi  masa dok melayan internet tiba2 terima panggilan dari Yah, cousin mama bagitau Angah anak ayah su accident.  Mama  ingatkan kemalangan biasa jer. Pastu nak cuba call ayah Su tapi tak dapat, cuba call Amer.. adik mama di Seremban pun tak dapat jugak. Mungkin ada di hospital kot.  Pastu mama pun terus sambung buat kerja rumah cam biasa le ... melayan anak2, masak2..... maklum le weekend.  Lepas tu cuba call ayah Li.. dengar kata ayah Li dah bertolak pagi tadi lagi.  Call pun tak dapat jugak.. ehh kenapa ni susah sangat org nak angkat talifon.  Call mak.. mak cakap otw nak ke Seremban ni...  sebuah kereta dengan che Ngah. Aaaa???.. mak pergi Seremban.. baru pagi tadi dok bersembang dalam phone.. mungkin masa tu mak tak tau lagi pasal berita ni kot.  Call mak  kul 5 ptg tadi rupanya baru sampai Kijal dari Trg kul 3 ptg tadi...  ish.. maunya kul 10 malam karang baru sampai ni, risau gak.. perjalanan masih jauh tu lagi  4 jam baru nak sampai..


Tiba2 terima  sms dr Amer... adik mama di politek Seremban suruh call pasal takde kredit, mama punn apa lagi terus tak buang masa call waktu tu jugak.. ya Allah rupa2nya memang Angah parah... masuk icu!.  Kulit pipinya terkoyak sampai ke dagu... lelangit dalam mulut, gusi dan giginya dah takde... biar betoi ni??..?? cam xcaya jer.. xleh imagine!

Kul 7 tadi call lagi  ayah Li, time tu ayah Li dah otw nak balik Kemaman. Katanya Angah dah selamat jahit semuanya... InsyaAllah mungkin akan elok semula spt asal.  Dan kul 8 mlm tadi plak call back Amer  yg juga baru balik melawat Angah di hospital.  Katanya memang kesian tengok Angah.. sehari sebelum tu katanya Angah ada tullis di wall facebooknya.. “kenapa tangan ni rasa cam nak patah jer’ rupanya seperti dapat tahu jer apa yg nak menimpanya.  Aduuhai kesiannya.. tapi kami semua cukup2 bersyukur umur Agah masih panjang, Allah masih sayangkannya lagi.  tapi mama plak memang kelam kabut betul kalau dengar2 pasal accident ni apa lagi menimpa dalam family dan sedara mara mama sendiri. 

 Tu yg penting, moga2 apa yg menimpanya ni di ambil iktibar supaya lepas ni lebih berhati2 lagi bawak motor tu, tak semestinya bila kita bawak elok2 boleh selamat.. mungkin org lain tak berhati2 boleh melanggar kita bila2 masa sajer seperti apa yg berlaku pada adik mama sendiri setahun lebih yg lepas.  Bawak motor dari Seremban balik Trg pada cuti semesta...dengan hanya pakai sendle jer, bayangkan camne adik mama tu mama panggil Amer.. boleh tak ambil peduli keselamatannya.. akibatnya  kaki parah  berbulan2 pakai tongkat. jari kaki hancur.. masuk besi.  Berulang alik pergi class dengan tongkat.   Sekarang baru le nak berhati2 dan pakai kasut tebal2 naik motor. Tu le org cakap selagi tak ter kena selagi tu tak ambil peduli dan tak ambil kisah.   Kiranya sekarang dah hampir nak masuk 2 tahun kejadian...Kes nak tuntut ganti rugi pun tak selesai seleasaiii lagi! .  Biasa le diorg ni ..kalau kes2 budak kena langgar ni bukannya nak dipercepatkan... macam2 alasan, ganti lawyer baru le, tangguh itu tangguh ini sampai naik fed up dah kami. 
Ooohh dah hampr kul 11 malam, mungkin mak dah sampai Seremban ni, nak call mak le. Nanti mama sambung kembali the next day.
Assalamualaikum..

Amarannnn... jangan sesekali ikut seperti mamat2 nit!!!!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq