Monday, February 14, 2011

Koleksi Mandian Hotel




   
Anda pernah tak bila menginap di mana2 hotel akan bawak balik simpan mandian2 yg disediakan free utk kita.. kita boleh mengambilnya bawak pulang sebab kita bayar. mama pernah dengar orang orang di luar mengatakan mengambil mandian yg disediakan di hotel adalah mencuri. Itu adalah tafsiran yg salah. Itu hak kita yg di sediakan pihak hotel utk kita guna. kita kan bayar mahal2 .. time bawak balik mandian dikatakan mencuri pulak. camne tu mereka ni  boleh fikir sampai kesitu.  ishh pelik jugak kan?. dah kalau taknak guna kita ambil le simpan buat koleksi.. atau kenangan utk dari kesemua hotel yg pernah kita menginap. Seperti mama.. mama lebih suka bawak mandian sendiri.. lebih selesa dan serasi dengan kulit mama  dan yg hotel punya mama ambil simpan dan buat koleksi seperti boleh di lihat atau mama susunkan di bawah...  cantik tak?

 Ini antara yg balance yg ada, asal buat koleksi.. tapi terlalu banyak.. yg lainnya sudah di guna anak2 ketika ada champing di sekolah, atau apa2 aktiviti diorg lbh suka bwk yg ni jer... kecil dan mudah bawak ke mana.. tahan utk sehari dua....

mini rak ini hubby mama buat utk luangkan masa waktu petang... modalnya hanya rm30 jer.  ukuran kayu "2 x 1".  mudah jer.. utk susunan mandian2 hotel.. hehe

Ehh.. bestnya sabun2 ni, bawak balik dr hotel jugak ke?.. a..aaa..aa.... INI TERKECUALI.  Yang ini beli semasa bercuti di Bali dan Japan.

Sabun ni jugak beli di Indonesia....

 Yang ni pun beli.. tapi bawak balik dari Japan 4 thn yg lepas.

Okay tak?.. so sesiapa yg pernah menginap di hotel boleh juga buat seperti ini... saje suka2.. seronok jugak tengok2 ni le semua hotel yg pernah mama/abah pernah berkunjung...... :)



2 comments:

Nina Juliana said...

wow.. bnyk koleksi u ye.. i pun minat collect semua ni tapi lepas pindah semua entah ke mana, bila tgk u punya ni rasa nak kumpul semula je..

Kak Eiza said...

cantik kan?.. tu le.. buk bertimbun tak tau nak susun mana.. hubby ada idea ptg tu gak buat mini rak dinding tu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq