Thursday, February 17, 2011

Luwak Kopi - Kopi Tahi / najis Musang kenapa mahal sangat?




[Buah kopi yang ranum dalam satu tangkai]

Hari ini mama nak cerita sedikit ttg kopi taik musang atau luwak kopi ni. Cerita ni tertulis hasil dari  cerita hubby setelah  berbual2 dengan pencinta kopi di Indonesia.  Mama nak ceritakan berkenaan topik ini  pun hanya sekadar untuk share info bagaimana luwak kopi itu dihasilkan.

Kopi kebiasaannya di tanam di lereng2 bukit. Makin tinggi bukit maka makin sejuk suhunya. Kopi yg ditanam di lereng2 bukit ini akan bertambah enak atau sedap mengikut ketinggian kawasan tanamannya. Kesedapan kopi juga bergantung kepada pilihan/seleksi buah kopi yg sudah ranum sahaja yang dipetik, diperam dan diproses jadi kopi......

Proses pemeraman ditempat gelap yang lama juga akan mempengaruhi kesedapan kopi itu. Kenapa proses ini tidak dilakukan oleh manusia? boleh juga…tapi deria manuasia sangat terhad utk pemilihan buah kopi tadi.. yelaa.. buahnya kecik2  dan nama juga manusia kan??? Nak pilih sebiji2 kopi yang ranum tu sangat rumit dan mungkin terlepas pandang

hehehehe….sbb tu kualiti kopinya tinggi dan  yang lazat ni biasanya mahal harganya!!

[Luwak/Musang pencinta kopi]

Luwak kopi ini di hasilkan oleh musang (luwak).  Musang inilah yang buat kerja dalam hasilkan kopi ni.  Binatang ini rajin dan mempunyai deria yang tajam serta amat peka pada buah kopi. Mana tak rajinnya .... dah kerjanya atau rutinnya amat suka pilih dan makan buah kopi yg ranum sahaja Tengokkk.. binatang pun pandai memilih makanan yg berqualiti kan... ehmm. memang bagus si musang ni.  Musang tu di bela di kawasan lereng bukit dan digunakan untuk memetik buah kopi  dengan cara memakannya.

Okay.. nak tau bagaimana proses nya???  mama akan ceritakan lebih lanjut lagi.  Musang ni hanya makan luaran buah kopi sahaja. Buah kopi boleh kita ibaratkan seperti buah pinang atau kelapa. Diluarnya ada sabut dan dalamnya ada tempurung yang keras dan dalam tempurung pula ada isinya. Bila musang ni makan biji kopi tadi dia akan makan atau perah dengan giginya sabut luaran sahaja. Macam kita hisap atau makan buah mempelam dgn bijinya sekali kan? Biji mempelam tu di selaputi kulit keras kita tak makan, tapi kita tak pula telan bijinya.
Biji kopi yang manis dan sedap akan dimakan oleh musang tadi dan bila tergigit tempurung  kopi  yang keras tadi maka ditelan sahaja dan  biji kopi tadi takkan boleh hadam dalam perutnya.  Biji kopi itu akan tersimpam (di peram) dalam usus/perut musang tadi selama seminggu jugak le,  dan baru  le musang tu akan berak atau tempurung kopi tadi akan dibuang bersama najis tadi.…

[Biji kopi yang tak hadam bersama najis taik musang]

Biji tempurung kopi yang diperam dalam perut musang itu merupakan proses membuat kopi yang akan  meng’enak’kan kopi tadi. Setelah si musang berak dan biji tempurung kopi tadi terkeluar bersama najis musang…. pemilik ladang kopi pula akan mengutip  dan mengasingkan biji tempurung kopi tadi dan bersihkan dari najis musang tersebut.

[Biji kopi yang diasing dari najis musang]

[Biji kopi dijemur]

[Biji kopi di asingkan dari kulit kerasnya]

[Biji kopi luwak yang selesai diproses]

[Kopi ditumbuk/kisar]

[Siphons digunakan utk hasilkan kopi luwak]


[Pelayan restoran sedang menyediakan kopi luwak]


Inilah dia hasil kopi luwak tadi dengan secawan  sahaja dah mencecah harga puluhan ringgit. Bagi 100gram luwak kopi ini pula dijual kira kira RM180. Tapi banyak kekeliruan tentang halal haramnya, daripada utk memikirkan tentang itu tak payah susah2 nak pergi minum..  minum jer kopi cap ginseng keluaran Malaysia.  hehe...lagi sedap dan murah.

Note:
Kopi taik musang difatwakan halal MUI


sumber www.animalcoffee.com

Ok le hanya itu sahaja cerita mama hari ni.. kemarin cuti 2 hari mama sekeluarga pergi ke KL hantar bibik balik kampung.  Hari ni bermulalah kerja mama fulltime mengemas, menguruskan baju basah kering... dan sebagainya.dan masa mama utk berblogging pun mungkin terhad. heheh :) tapi takpe... pandai2 le mama uruskan masa...see u all later..
Assalamualaikum...

2 comments:

Shafa said...

euwwww... tapi mama, halal camna pun tak terliur pun bila pikir2kan kuarnya daripada najis binatang. kembang tekak. apa la yg wat kopi tu sedap dan enak sesangat eh. ;p

Kak Eiza said...

hehe.. biasa le mde2 yg pelik dan tak terpikir dek fikiran tu le yg jadi tinggi nilainya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq