Monday, February 28, 2011

Masakan kampung ikan merah masak asam tempoyak dan ulaman




 Assalamualaikum...
Rakan2 semua makan apa ya untuk tengahari?... kalau yg bekerja waktu rehat macam ni mesti dok sibuk memikirkan atau sedang memilih restoran utk lunch.  atau kedai mamak.  Mama dulu masa dok Perlis tak sah kalau tiap petang beli murtabak sardin dan roti canai di Kangar.. dan kadang2 nasi kandar memang tak miss.. di campur dengan pelbagai jenis kuah kari.  memang pio=+ooorr le masakan Perlis, malah dengan pelbagaian jenis sayur lemak putih,kuning, sayur air dan ulam2an serta berjenis2 ikan bakar dan pencicah air asam memang menyelerakan... ehmm Sedapnya.. rasa nak pergi sekarang jugak nak jenguk kedai makan feveret mama yg mama selalu berkunjung kat sana!!.. lauk basah kat sana pun murah2.. kalau nak di bandingkan di Terengganu ni melambung tingginya..uhukk!.  kalau Penang plak kan.. feveret mama iaitu char kue tiaw.. kalau jalan mana2 nampak kedai makan ada tulis laber char kuew tiaw penang mesti akan tanya orang penang ke masak?.. kalau jawapannya tak.. mama tak makan le sebab rasanya memang takkan sama dengan org penang asli yg masak.  diorg ni resepi ni takkan di bocorkan kepada org luar sepengahuan mama. Kalau balik kampung dekat rumah mak ada sorang Penang asli jual char kuew tiau ni di Jalan Tok jembal dekat UMT.. pun sedap.. rasanya punn memang sama, kat Jertih plak di Taman selera medan Jertih... kalau makan mesti order 2 pinggan special.... rasanya pun memang tetap lebih kuranng sama... entah apa jenis sos diorg guna tak tau le... sedap nya memang  lain dari yang lain...

Ooo lupa nak cerita apa menu masakan mama untuk tengahari ni.. mama masak simple jer.. hubby kite suka yg jenis masakan kampung yg pasti ada ulam dan budu.  Untuk hari ni iaitu ikan merah masak asam tempoyak, ulaman utk di cicah dengan budu, ikan goreng dan singgang sotong.  Hubby cakap kalau postkan awal2 gambar di blog mama sebelum tengahari pasti tak sabar2 nak balik rumah nak makan...auww gitu rupanya  ye..heheh.. tak tau pula mama selama ni abah selalu cek blog mama utk tenngok gambar masakan mama. Ok mulai hari ini SET dalam Minda...tiap2 hari kena start masak awal2 supaya boleh ambil gambar selepas itu than postkan ke dalam MaMaLuv.blog.. supaya hubby cepat2 rasa tak sabar nak balik rumah! hihi.. ni le yang buatkan rasa makin bersemangat nak masak yg lagi best2 ni, blog mama dah jadi TARIKAN 'perhatian' suami Mama walau di mana juga beliau pergi dengan hanya klik di blackberry phone nya sahaja than selepas itu pasti balik tersenyum manis jer dok cerita pasal entry mama hari ni! hehe... tp ptg ni hubby nak ke KL ada meeting le, semalam dah order suruh buat nasi ayam hari ni tengok2 takde salad.. nanti le tunggu balik dr KL mama akan buatkan untuk yangkk dan anak2 yaa.. sabauu!....

Ok apa kata  kita tengok gambar masakan mama untuk hari Ini...


 Yang ni ikan merah asam pedas tempoyak, memang piorrr hott!

Nasi dagang beli kat kedai depan sekolah Syahmi ni tadi.. pun sedap jugak... abah cakap kalau buat sendiri lagi best... hehe.. dah bagi klu22 tuuu mama dah kena fikir ni bila nak buat.... lagipun teguran abah ni simbolik sikit.. faham2 jer la... ahakkk!!

Ok itu sahaja untuk hari ni... jumpa lagi the next entry malam ni atau esok kalau bekesempatan...
Salam sayang untuk semua sahabat yg sudi singgah ke blog MAmALuV.com
Assalamualaikum

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq