Saturday, February 12, 2011

Operasi spotcheck bilik stor



Alhamdulillah.. selesai dok meng spotcheck stor yg selama ini kerja bibik yg uruskan.  Ya Allah.. bilik stor mama ni sebahagian besar isi dalamnya 70% adalah sampah yg di campur sekali dgn kotak2 mainan  yg dah tak pakai dan mcm2 le.. aduhaii.. pening kepala!. nasib baik bibik ni dah nak balik kpg. sambil dok memilih mana2 yg nak buang tu bibik mintak jugak le nak bawak balik  utk anakknya, so beri le seberapa beg perempuan yg comel yg mama beli di Japan, mmg masih cantik lagi. suka dia.. :)

Bab mainan anak2 ni  pulak memang memeningkan kepala nak kemas.. terlalu banyak.  sebahagiannya byk bawak balik dr Japan.  nak buang sayang... dok simpan jer la sampai penuh satu stor.  yg sayangnya bukannya apa.. semua tu high quality.  mainan piano music tu contohnya dah berapa kali Isya baling dr tingkat atas.. tak pernah pecah pun, music pun masih elok2 lagi boleh kluar.  kalau beli yg kat sini punya... sekali jatuh dah pecah tau uhukkk... walaupun beli kat toy' ar us.  ingatkan beli yg mahal tahan lasak le, ehmm... material mmg tak kukuh le.. kebykkan dr china. Tadi pun dah di asingkan jugak utk di berikan kat anak2  buah.  bagi  ada ruang dalam stor sket... bukan setakat mainan  jer  yg bertimbun, tambah lg dengan set golf abah nya lak dah hampir penuh suku ruang bilik. 

Pagi tadi mama ingatkan nak psot entry berkenaan bekal atau di panggil org Japan Obentou.. obento ni bekalan wajib org2 Japan s/ada bawak pergi kerja mahupun ke sekolah.  Bekalnya pun cantik sekali dengan hiasan2 makanan dalamnya.. mmg tertarik utk habiskannya.  nanti ada peluang masa karang mama postkan gambarnya.  Rakan2 boleh designkan utk bekalan anak2 kat sekolah.. mana anak yg cerewet nak makan tu cuba try.  InsyaAllah pasti akan makan jugak.
ok... jumpa lagi lepas ni
Assalamualaikum..






2 comments:

CIK TOM said...

rajinnya akk...bagus kemas stor...cik tom nak tahu psl obento tye..nanti dah publish entry tue letak url entry baru kat wall fb cik tom ye ;)

Kak Eiza said...

oo ok... bisa aja tu... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq