Tuesday, February 1, 2011

Kenangan Indah main salji di Washigatake Gifu.

Otw ke Washigatake, Gifu. Setiap hujung tahun sebahagian besar student akan berkonvoi termasuk kami sekeluarga untuk bermain salji atau yuki dlm bahasa Japan. Sepanjang perjalanan ketika itu boleh nampak salji memang tebal dan permukaan jalan memang licin dan merbahaya.

Palajar2 sana memang mudah nak pakai kereta2 hebat.. pasal sana murah, kalau estima toyota dah boleh dapat RM30,000.. wuii murah kan?..



Terpaksa berhentikan kereta untuk pasang rantai tayar supaya tak slip nanti. Kalau tak boleh menggelungsung le jawabnya kereta tu.

Wow menariknya.. mesti best dok lama rumah spt tu... ciut jer dr jauh kan?

Baru sampai... lega.. jauh gak perjalanan ni, lapar!

Ya Allah.. beratnya, jauh lagi nak sampai ke rumah rehat ni. parking jauh, Syahmi.. dukung pun dok berat ngan baju yg tebal jer.

Alhamdulillah.. dapat makan.. lapar betul tadi!

Makan dulu ya Syahmi.. nanti kita main salji plak ya sayang...

Kita tengok abg main puas2.. nanti mama tidurkan Syahmi pula ya

Mama... abahhh tengook Shafik dah nak gelungsur nii...

Mamaa.. mana abah tak nampak ni maa... Syaid nak ikuttt!

Jom kita bergambar kejap...

Snowboard

Waaa.. hebatnya.... syoknya.. nanti Syaid besar2 nanti nak buat sehebat camni gak ya mama

Yg ni jer la yg Syaid boleh main.. uhukk.. cam budak2.. hehe.. memang budak2 lagi pun, lupa plak.

Abahh.. camne ni.. susahnya nak pandai, asyik jatuh jer

Jom kita berlumba... yeahhhh....

yeaaa... lagi best naik ngan abang manir..

Haa tgk, ingat org laki jer blh sehebat camni, pompuan pun boleh!!



Huusss.. penat satu hari dok main, lapar2222.. makan dulu sblm nak bertolak pulang. nanti tidur puas2 dl kereta ya..

Memori in Japan... banyak kenangan indah, yg tak bestnya kereta integra 2 pintu ku berikan percuma jer kat jurnior yg tak pulang lg, tak bleh nak bawak balik. sebab dah bawakk sebuah kereta.. sorang student blh bwk pulang kereta sebuah jer, Visa akak bukan visa student.. uhukk... kereta kat sana murah2 jer.. dalam ribu2 jer dah boleh dapat.. yg kelakarnya hubby kite persedian utk blk Malaysia dok main tukar kereta jer, pening tak tau nak bawak balik yg mana satu, mula2 beli Estima.. pastu jual balik pasal rasa nak pakai Streem..tak sampai 2 bulan tukar balik beli Wish.. aduhai.. kite plak yg pening... tp mmg best bawak kereta dari sana tak perlu nak berhutang balik Malaysia dah settle bab kereta. Sini ajer Estima hampir RM200k, sana dalam puluhan ribu jer dah dpt, cuma nak bayar tax le mahal sikit. tapi ok le berbaloi..

Selamat berblogger lagi esok.. opp esok dah nak blk kampung. :) Semua rakan2.. nanti bawak kereta dalm perjalanan pulang kampung tu hati2 ya.. sekarang hujan tak menentu, banjir merata2 tempat.. jalan pun licin... Sambil drive tu beringat le yg kita ada org tersayang.. siapa lagi kalau bukan makayah, isteri dan anak2.. maka sentiasa le berwaspada selalu.. salam bercuti dari akak sekeluarga.


Memori in Japan part 3 (kenangan indah main ski di Washigatage)
Memori in Japan part 4 (Musim bunga di Japan)
Memori in Japan part 5 (image - photo )
Memori in Japan part 6 (Koleksi foto - image di Japan)
Memori in Japan part 7 (Koleksi foto lagi di Japan)


2 comments:

sue-sama said...

best bace kenangan akak..skg shaid da 13 thn ek..lame dah

salam ziarah kak :)

Kak Eiza said...

tq sue... ha.a Syaid dah 13 thn. dah semakin tinggi dari akak. cepat jer masa berlalu.. akak pun dah baca entry2 su.. sonok. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq