Thursday, February 10, 2011

Pembiayaan Geran-Geran Kerajaan


Assalamualaikum,

Ramai yang tidak tahu yang terdapat banyak geran-geran dan pembiayaan untuk idea baru, perkhidmatan baru, perniagaan baru, perniagaan lama, pertanian, penternakan, dan macam-macam lagi. Senarai badan-badan pembiaya yang terdapat w/pun tidak kesemuanya..akan saya compilekan untuk rakan2 yg telah berdaftar agen sah..

Mungkin rakan2 sekarang ini berkobar-kobar nak tulis rancangan perniagaan... tapi tak reti... Saya faham sangat - dulu saya pun hampeh je nak tulis rancangan perniagaan. Tapi sekarang ni, setelah bertahun-tahun pengalaman menulis rancangan perniagaan dan kertas kerja, saya lebih arif menulis ia - antara kertas kerja yang saya tulis dengan jayanya bernilai RM47 juta! Kini, saya ingin berkongsi ilmu saya dengan seramai mungkin.

Jika rakan2 perlukan panduan untuk menulis rancangan perniagaan, ....


rakan2 boleh dapatkan e-book Panduan Menulis Rancangan Perniagaan (SiriAsas) di http://www.aleacorp.com/v1/?ref=risya . Ramai yang telah membacanya, dan kini mereka juga lebih arif menulis rancangan perniagaan masing-masing.

Cradle Investment Programme
Saya ingin cerita sikit tentang program Cradle ni... Cradle Investment Programme (CIP) adalah geran yang disediakan untuk idea-idea baru yang berlandaskan teknologi, dan rakan2 boleh pohon sehingga RM150,000!

Saya sendiri dah dapat geran CIP150 dari Cradle untuk projek multimedia game Lagenda Aurellia sebanyak RM150,000! Geran-geran ini, saya tidak perlu bayar balik, walaupun jika projek saya tidak berjaya di peringkat komersil! Jadi, saya sangat syorkan yang rakan2 sekurang-kurangnya cuba memohon geran CIP ini - boleh terus ke www.cradle.com.my dan pohon online!

Jom! Kita ramai-ramai saling membantu sesama kita!

P.S - Untuk syarikat Enterprise dan Sdn Bhd, Cradle ada program CIP500 sehingga RM500,00 bagi tujuan pengkomersilan produk atau perkhidmatan sedia ada.


Networked Content Development Grant Dari SKMM - RM1,000,000
Ini lagi satu geran yang ramai tak tahu - Networked Content Development Grant (NCDG) anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang bernilai RM1,000,000!!!

Geran ini disediakan untuk menggalakkan penggunaan broadband dan juga mobile broadband (3G) di Malaysia, dan panel utama geran ini adalah Media Prima, Celcom, Maxis dan Digi. Ianya disediakan untuk idea-idea berbentuk e-bahan, atau "e-content" yang boleh dimuatturun terutamanya ke dalam telefon bimbit.

Antara idea-idea yang SKMM tulis sebagai contoh dalam borang permohonannya - lawak jenaka.

Ada kawan saya ajukan kepada SKMM idea muatturun maksud nama-nama Islam ke iPhone - terus SKMM minta dia hantar rancangan perniagaan.

Untuk maklumat lanjut tentang NCDG anjuran SKMM ini, sila layari laman web http://www.getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=R4T1&mc=f&s=yLwU9&y=8&
-rakan2 boleh juga muatturun borang permohonan di sana.

Kalau rakan2 perlukan bantuan saya untuk mereka "proof-of-concept" yang menarik untuk dimasukkan ke dalam rancangan perniagaan rakan2, bolehlah hubungi saya slp anda menjadi agen yg sah. Hmmm... apa agaknya rakan2 boleh buat denganRM1,000,000 ye?

JANGAN KEDEKUT ILMU,
Mak mentua saya pesan pada saya, "Jangan kedekut - insyaAllah nanti murah rezeki". Saya setuju. Malah, saya sendiri tengok, mak mentua saya tu tak pernah putus rezekinya.
Kalau kita takde duit nak bagi orang pun, kita boleh bagi ilmu. Jangan kedekutkan ilmu yang kita ada - dan dengan ini saya berkongsi ilmu saya dengan RAKAN2.

Beritahu kenalan-kenalan - kawan, keluarga, majikan, etc. - adanya geran-geran dan pembiayaan ini untuk membantu mereka merealisasikan impian mereka. Mungkin rakan2 belum ada idea yang bernas, tetapi mungkin adik atau abang atau kakak atau rakan sekerja yang akan terus ada idea bila baca panduan saya di http://www.aleacorp.com/v1/?ref=risya .

Mungkin mereka mencari-cari maklumat ini. Mungkin mereka PERLUKAN maklumat ini. Semoga kita boleh elak dari pembiayaan-pembiayaan yang tidak sihat seperti riba' dan along....

Nike kata, "Just Do It!"

Ramai yang hubungi saya untuk bagitahu yang mereka tengah excited nak tulis idea diorang dalam bentuk rancangan perniagaan - mungkin rakan2 juga salah seorang dari mereka. Dan saya juga tersenyum sendiri bila ada yang dari minggu lepas tak siap-siap tulis lagi rancangan perniagaan pasal banyak benda nak tulis. Ada juga yang fikir macam-macam idea dan tak tahu idea yang mana satu nak tulis dahulu. Rakan2 macam tu jugak ke?

Jadi, rakan2 tulis je rancangan perniagaan anda. Kalau nak fikir, fikir sambil tulis. Cuma, kalau tak tau macam mana nak start tulis rancangan perniagaan, dapatkan panduan saya di http://www.aleacorp.com/v1/?ref=risya .
MARI BANTU MEMBANTU,
Saya agak sedih bila mendengar ramai yang pergi ke Along-Along untuk pinjam duit - walhal, sebagaimana yang RAKAN2 tahu dengan senarai saya, ada lebih dari 20 badan-badan pembiaya yang boleh di approach kalau nak duit. Mungkin mereka tidak tahu tentang geran-geran dan pembiayaan ini.

Untuk mengurangkan orang-orang yang pergi ke Along, anda boleh mejadi agen dan dapatkan senarai2 perbadanan selepas ini. Jika rakan2 kebuntuan idea, benarkan saya cadangkan satu idea yang simple, tetapi memang menjadi favorite Cradle dan MDeC:

- Idea Filem dan Animasi
Hanya perlu fikir satu cerita yang menarik, kemudian usulkan sinopsisnya, beserta lakaran
konsep cerita. Percayalah, idea ini cukup simple.

Macam mana nak cari idea untuk filem dan animasi? pergilah tengok wayang, tengok tv, baca komik, etc.

Oh ye... sambil minum-minum kat kedai kopi, bawak pen dan buku nota untuk tulis story ideas yang terlintas.

Lepas tu, cuba tulis Rancangan Perniagaan (RP). Kalau tak tahu macam mana nak tulis RP, boleh dapatkan Panduan Menulis Rancangan Perniagaan (Siri Asas) yang saya karang di http://www.aleacorp.com/v1/?ref=risya .

--Kelebihan Mendapatkan MSC Status Dari MDeC
Mengapa saya suka syorkan untuk perah otak sikit dan tulis RP adalah kerana geran yang disediakan oleh Multimedia Development Corporation, atau MDeC, adalah sangat menarik.

Dapat MSC Status je, boleh dapat pengecualian cukai 10 tahun!

Lebih dari itu, RnD Grant yang disediakan oleh MDeC kepada syarikat yang berstatus MSC adalah begitu banyak sekali! Ada juga tender-tender yang dikeluarkan oleh MDeC khusus kepada syarikat yang berstatus MSC sahaja!

Banyak kelebihannya.

Jadi, jangan berlengah. Buat sedikit kajian, luangkan sedikit masa kualiti, dan tuliskan satu rancangan perniagaan untuk idea Rakan2. Tulis banyak-banyak RP pun takpe, lepas tu pilih yang mana nak submit dulu.

Rancang ia sekarang, supaya tidak perlu bertungkus lumus dikemudian hari bila dah betul-betul perlukan perniagaan sendiri (dah dahaga baru nak cari telaga, payah le kan?).

Antara benda yang orang salah faham adalah - Idea kita mesti unik.

Untuk mohon geran-geran ni, idea kita tidak perlu original. Cuma unik pasal ada personal touch kita. Contohnya, Netbuilder Sdn Bhd dapat MSC funding untuk payment gateway Malaysianya... sedangkan, iPay88 dari Mobikom adalah produk yang hampir sama.


Ahmad Zahirudin,
Penulis Panduan Menulis Rancangan Perniagaan Siri Asas


Perbincangan tentang geran geran ini dr post pertama boleh klik di sini..

5 comments:

margie gates said...

kak,info yang sangat membantu.! sy lepasan ijazah dan sangat2 berminat untuk berniaga..thanks kak for info ini!

Kak Eiza said...

sama2... semoga info ni boleh membantu apa yg ingin awk impikan selama ni.. InsyaAllah..

Zahir75 said...

Salam Mama,

Terima kasih kerana membantu saya menghebahkan info dari Eilmu ini.

Zahir

HasnulHafifi said...

Asalamualiakum, kak boleh hubungi saya di email : senoy.pentasteam@gmail.com

saya nak minta bantuan mengenai geran geran tu. dan saya pereka 3d animasi. the thing is saya tak pandai guna bolg. so mintak akak reply ke email saya.

Senoy Seizo

uMi iTa said...

Salam kak, mcm mn caranye utk sy nk dptkn grant2 tu... blh akk ajar dan terangkn pd sy, sy x pandai lh kak... sy ne mbuat homemade cake dan sgt2 ingin memiliki kedai tp sy x de modal... blh akk email sy di ita.syafiqahdaniel@gmail.com... Ne plk alamat blog yg sy kata bt homemade tu... http://umilovelydesserts.blogspot.com... Sy benar2 harapkn pertolongan akk utk bantu sy kluar dr belungu kemiskinan ini :-(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq