Resepi Kuah laksa/laksan (kuah lemak putih) - Laksa Terengganu





Bahan2nya:
  1. Kuah Laksan/laksa (kuah lemak putih)
  2. Santan dari 2 biji kelapa
  3. Ikan 6 ekor di rebus dahulu ambil isi shj di bland/tumbuk
  4. Halia 1 ibu jari
  5. Bawang merah 10 ulas
  6. Lada hitam
Blandkan kesemua bahan di atas kecuali santan ya..
Masukkan santan dalam periuk dengan renihkan sekejap bagi rasa panas sedikit. Kemudian tuangkan bahan blander tadi dengan di kacau selalu supaya santan tak berketul.   Tambahkan sedikit air sekiranya kelihatan terlau pekat, kalau pekat sangat nanti muak rasanya.. tak berapa sedap.  pastu  masukkan asam keeping 1 kpg. Garam, gula dan secubit ajinomoto. Api biarkan sederhana jer. 

Boleh di hidangkan bersama ulam seperti hirisan timun, tauge, daun kesum.
Untuk sambalnya: Buat le sambal belacan kesukaan anda utk kasi pedas bila nak makan nanti. Ada setengah org kat Trg ni just letak secubit belacan, cili boh, garam ke atas laksa tapi mama lebih suka blandkan kesemua tu jadikan sambal belacan.. lagi umphh!!
Ok Selamat Mencuba…

    

No comments:

Pengalaman Herbalife spetacular 2018: Online Business yang Mantap dan Berjaya

Assalamualiakum wbt. Kenangan yang paling manis dan berharga buat mama di spetacular Herbalife 2018 Sepanjang 8 tahun berkeci...

Jom Follow Kak Ja