Sunday, February 6, 2011

Senyuman bermakna kini menyusul...

 Keluarga Besar mama... dahulu sepupu kini dah jadi adik beradik tiri pula.. kelakar2.

Assalamualaikum...
Hingga hari ini perasaan mama cukup2 berpuas hati,Tersenyum sorang2... amat2 bersyukur kepadaNya.. Kebahagian utk org yg tersayang mama telah tercapai kini... apa yg ku hajati telah tertunai...Alhamdulillah.

Insan yg selama ni hidup bersendirian tanpa teman di sisi melainkan hanya anak2 sahaja... kini telah menjumpai nikmat kebahagian keluarga yg sebenar.

Insan itu adalah ibu mama sendiri.... yg telah diijabkabulkan pd 3hb Februari 2011 iaitu pada hari khamis yg lepas.  Ayah mama tiada masalah.... kerana semenjak perpisahan ayah dan mak memang sentiasa berhubung tp hanya sebagai kawan dan masih saling mengambil berat.  Kerana masalah dalaman yg tdk mungkin sesiapa pun blh faham, mrk tiada jodoh yg panjang tapi tidak menghalang utk kami sebagai anak2 terus melaksanakan tanggungjawab kami sebagai anak yg sentiasa mengambil berat.


Pada mulanya mak terlalu keberatan utk menerima 'jodoh' ini... terlalu sukar dan mengambil  masa yg agak lama utk  membuat keputusan, tapi oleh kerana kami amat mengenali lelaki tersebut dan amat memahami hati budinya.. kami memujuk mak supaya berfikir panjang demi utk mak jugak, sekurang2nya bila ada teman di sisi.. anak2 tidak runsing memikirkan mak hidup seorg di kampung.  Bukan bermakna  nak kata anak nak lepaskan/abaikan tanggungjawab kami tapi ingin memastikan keselamatan mak sentiasa terjamin apb ada teman di sisinya, ada anak pun w/pun duduk berhampiran rumah belum tentu boleh tahu time malam2 mak sakit pun kita blh sedar, lain le kalau org yg bergelar suami yg sentiasa ada di sebelah w/pun malam2 terjamin dlm keadaan sentiasa selamat. itu yg kami fikirkan.. nak ajak mak  tinggal bersama anak2.. macam2 alasan yg di berikan... biasa le..org tua kan, so jalan terbaik adalah mencari pasangan hidup yg sesuai utknya. Kini nak pergi sembahyang ke  surau pun boleh pergi sama2 :).  Alhamudulillah... tercapai sudah hajat kami nak tgk mak ada teman hidup.

Yg paling BeStnyaaaa.....Lelaki tersebut adalah suami kepada arwah mak saudaraku, iaitu kakak mak mama.  anak2nya pula adalah sepupuku. pernikahan ini di restui  nenek dan semua adik beradik mama.  Nenek mama bila dengar pasal ni apa lagi.. dok berharap le supaya majlis nikah ni jadi dan cepat2 berlangsung. yelaa... ayah tiri mama ni terlalu baik budi pekerti orgnya... romantik dan pandai ambil hati org tua. tambah pula menantu yg paling nenek gemari.

Majlis pernikahan berjalan dengan lancar w/pun pd mulanya hanya nak buat ringkas tap tak jadi ringkass... anak2 pula dah di pesan jgn heboh2kan perkara ini kerana malu.. tp mama cakap mana boleh taknak hebohkan.. nanti esok2 org sekeliling tgk mak tiba2 berjalan dengan lelaki ada sebelah mesti akan jadi fitnah pula.... haaa.. kan lagi parah namanya tu takpe  la.. mula2 jer malu, lama2 biasa le. hehehe kesian mak mama.. alasannya malu tu tebal sangat pada anak cucu.. dah tua2 menikah pulak katanya.  anak2 tiri pula semua anak2 saudara yg sentiasa pergi mari rumah selama ini.  tapi memang pun... budak2 ni gelak le jugak.. macam2 le.  bapa & mak saudara pulak tk habis2 dok mengusek nakal kat mak.. kesian mak.. merah padam mukanya tp yg PASTINYA terpancar sinaran air muka mak yg begitu ayu dan manis sekali.

Sebahagian dari adik beradik mak

Bersama nenek di tengah2...

Laa.. kenapa dok jauh sangat tuu... aduuhai.. dah akad tadi kan.. tak usah le malu lagi. hihi

Kami akan sentiasa doakan kebahagian mak dan bak (panggilan kami dari dulu lagi)  kekal utk selama2nya.....  Aamin. :)

2 comments:

Azira Mohamad said...

hehehhehe...smoga hubungan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.
Amin!

Kak Eiza said...

terima kasih zira.. InsyaAllah.. moga2 macam tu le hendaknya ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq