Sunday, February 20, 2011

Tips melancong ke Korea - Dongdaemun dan Nandaemun Market








 (Broach yg di beli di Korea)

Assalamualaikum..
Semalam mama langsung tak berpeluang nak on laptop, almaklum le "pengantin baru istimewa" sampai rumah semalam bersama adik dan family masing2, jenuh nak melayan semua... meriah le 2 hari tak cukup kakitangan jong memasak dan membasuh dan melayan anak2 buah yg semakin bertambah dengan pelbagai karenah....  kena bahagikan tugas, yg tu memasak yg ni pula kena mencuci pinggan mangkuk. ye laa selama ni tak susah sangat ada bantuan bibik. ni dah takde, kini masing2 kena faham le... kena ringan tulang membantu tuan rumah.. hehehe.  kemarin memang cukup  seronok le mak dan bak sampai rumah kali pertama datang rumah selepas kahwin.  Rakan2 yang pernah follow my post yg lepas mungkin dah dapat agak siapa pengantin baru tu kan.... :) 

Ok le.. kali ni mama rasa ada new post tentang tip tip melancong ke Korea.. pernah pergi Korea tak?.. sana best udara dingin .... ok teruskan membaca ya.. kali  ni mama tukar ayat standard sikit, sebab kalau nak ikut gaya bahasa mama ni bahasa tak rasmi.... hehe.  kalau rakan2 faham ok le, kalau tak faham cuba2 le faham  ya..  :)

Musim/cuaca
Bulan 3 hingga bulan 6 adalah merupakan waktu yang sesuai, sebab cuaca dingin atau baru jer bertukar habis musim sejuk. Permulaan musim bunga kat sana memang best.. boleh tengok dalam winter sonata drama camtu le rupanya,  permandangan yang cantik dan cuaca yang nyaman. Bulan 6 hingga 9 pula  adalah musim hujan.  hujan amat lebat dan sering berlaku taufan....
Kalau panas pula…cuacanya sama atau lebih lagi dari malaysia.  Tak sesuai untuk berjalan2 atau erti kata tak seronok le, lebih kurang cam dok Malaysia jer.. sebab cepat berpeluh dan rimas.  kalau bergambar pun tak nampak best.. sebabnya nak tau kenapa?..haaa.. cuba rakan2 bayangkan kalau musim sejuk tu boleh pakai lawa2 dengan baju tebal yg pelbagai fesyen, nampak dok oversea sikit.  tul tak. kalau musim panas tu bergambar lebih kurang cam berada di Malaysia jer.... 

Bulan 10 hingga bulan 11:
waktu yang sesuai berjalan2 dan memang excited bergambar sakan kerana masuk musim gugur/ daun luruh. Permadangan yang cantik dan cuacanya pun dingin . Banyak juga sale waktu ini kerana pakaian musim panas akan di jual murah kerana permulaan untuk winter. Sesuai diborong dan pakai di Malaysia…

Bulan 12 hingga bulan 2 :
adalah musim sejuk dan cuacanya memang teramat sejuk untuk berjalan2…kalau nak merasa musim sejuk elok ke sana waktu ini tapi mesti lah sediakan pakaian musim sejuk utk mengelakkan kebekuaan nanti. Cuaca minus degree dan angin yang kuat menambahkan lagi derita musim sejuk....

 [Seoul Tower]
Shopping dan makanan halal

Iteawon adalah kawasan shopping streat yang yang sesuai untuk shopping dan mencari makanan halal.  Di Itaewon ini ada banyak kedai2 pakaian dan butik yang boleh kita nampak di sepanjang jalan tersebut. Kedai makan halal juga banyak seperti kedai pakistani beriani, india roti nan, turki kebab dan rotiarab…sepanjang jalan sehingga ke puncak bukit di hujung jalan terdapat sebuat masjid dan satu2nya masjid yang terdapat di  Korea. Bolehlah sembahyang di sana dan berehat seketika di laman masjid
tersebut.

 [Center Mosque Seoul]

 [Center Mosque Seoul – terletak di Itaewon Street]
Dongdaemun dan Nandaemun Market adalah street yang dipenuhi gerai atau kedai pakaian dan juga broach…bagi kaum hawa elok kesana kalau nak dapatkan braoch korea yang murah2 dan berkualiti.  Nandaemun market di siang hari adalah kawasan jualan di dalam kedai sepanjang jalan dan apabila malam menjelma aje kedai  akan ditutup dan gerai2 akan tumbuh seperti cendawan di sepanjang jalan tersebut yang  menjual barangan yang sama dengan kedai tadi…kalau mahu dapatkan suasana pembeliaan yang menarik dan murah bolehlah membeli di kawasan tersebut pada waktu malam. Tak ramai yg faham bahasa english tapi takpa tawar menawar bolehlah picit kalkulator utk mendapatkan harga yang dipersetujui masing2.
 [Dongdaemun Market]
 [Nandaemun Market]
[Dongdaemun dan Nandaemun Market]

[Broach di beli di Nandaemun Market]



[Berdekatan Nandaemun Market]

3) Hotel dan tempat2 menarik

Hotel dicadangkan : pilih di kawasan Itaewon sebab senang nak makan dan jalan2, serta ramai pelancong asing tinggal dikawsan tersebut. Kalau kawasan tercorot atau kawasan lain nanti nak makan pula kena datang jugak ke iatewon, sebab kat sini byk boleh dapat makanan halal…takkan nak makan mee korea kot  atau yg nonhalal…

Hotel Hamilton, IP Boutique Hotel, Capital Hotel Itaewon :
Untuk booking hotel pula bolehlah lakukan melalui laman web agoda www.agoda.com

Ok le rasanya dah cukup kot utk tip2 utk hari ini, next post mama akan berikan tip2 melancong ke Japan pula.. yg ni byk yg boleh mama bercerita pasal dah sebati dgn suasananya sebab dah hampir 7 thn mama sekeluarga di sana dan  entry yg lepas2 pun dah terlalu banyak mama bercerita ttg pengalaman tinggal lama di Japan, seronok tp yg tak best hanya time rindukan makayah sekeluarga jer. :(.  Ok rakan2.. mama kena stop.. time utk masak...

jumpa lagi selepas ini...

p/s: Kalau mahu melancong ke Indonesia, Bandung klik di sini

14 comments:

Fabulous Me said...

Bile laaa nak pegi sini :(

elna said...

bestkan pegi korea...penah pegi time luruh 5 tahun lepas.....puas la....tak tahu bila boleh pegi lagi...:):)

aai66 said...

Makanan halal x jadi masalah di Seoul.
Luar dari Seoul biasanya Grilled Seafood atau Pork Free

Bui Junaidi said...

bui teringin nak ke korea ni..leh tak bagi panduan nak melancong ke sana

cthnya masa bila paling sesuai..?
hotel kat mana yg ok..
ada kenal2 mana tourist guide tak..

manalah tau g korea nnt leh jumpa Lee Min Ho..ahaksss

Bui Junaidi said...

kalau sudi leh email bui kat sini
idzrarynproperty@gmail.com

mamaLUV.villa said...

Bui: Terima kasih. InsyaAllah.. nanti saya reply email atau comment di sini tp skrg masa tak mengizinkan 2.3 hari lg sy reply blk ya. ;)

mamaLUV

mimiey said...

thanks for the tip. dah lama nak melancong ke korea :)
tip ni akan digunakan nanti :)
thanks a lot mama.

Amira Putra said...

salam mamaluv nak le jgk tips macam Bui tanye tu, planning to go mid nov ni ok ke waktu tu..elok ambik pakej ke pg jln sendiri..

Kak Eiza said...

Wsalam, Amira. Kalau plan pi sendiri kena buat homework lebih sikit agar perjalanan kita teratur dan ikut budget kita....

zul said...

Tiket, pasport, dompet dah ada! Apa lagi yang perlu sebelum berangkat pergi melancong? --->NAK TAHU? KLIK SINI<---

mrtravelbug korea said...

Kami merupakan sekumpulan pelajar yg menjalankan khidmat tour guide di korea dgn pakej yg menarik dan juga harga yg berpatutan :)
sila lawati
www.muslimtravelbug.blogspot.com

Amanda Musa said...

akak, masa akak pergi ni musim ape?dia nyer brooch mahal x? saya baru dalam blogger ni..minta tunjuk ajar yer kak.. :)

id said...

salam.. k-za ada menyediakan pakej ke surabaya ,sabah,vietnam, beijing,bandung jakarta..

sebarang pertanyaan boleh hubungi

zakiyahyusop: 0126877901(sms & call)
email: zakiyahyusop@yahoo.com

Amir Hamzah said...

korea mmg best... walaupun xminat kpop... hahaha.. baru blik dari korea mggu lepas...
sila lawat blog xsiap sy ni... hahaha

amirhamzahpunyablog.blogspot

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq