Thursday, February 3, 2011

Wanita alaf baru perlu lebih gigih, agresif

KUALA LUMPUR: Wanita tidak seharusnya membiarkan diri mereka hanyut dalam stigma negatif sekali gus menjadi batu penghalang untuk mereka meraih kejayaan dalam bidang yang diceburi.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata wanita alaf baru perlu bijak berdikari, pantas bertindak, cekap membuat keputusan dan berani mengambil risiko atas setiap cabaran yang diberikan ke atas mereka.



Beliau berkata, hanya menerusi keberanian seumpama itu mereka akan diiktiraf dan berupaya mengenepikan setiap kekangan yang selama ini menghalang mereka dari meniti kejayaan.
Kita sedia maklum bahawa lelaki mempunyai peranan yang besar sesama kita, baik dari aspek perniagaan, politik, seni atau aktiviti sosial menerusi jaringan sokongan sesama mereka yang dikenali sebagai gentlemens club atau mens business club yang tentunya eksklusif.
Di sinilah mereka meluaskan jaringan perniagaan dan bersosial sesama sendiri.
Wanita lazimnya tidak termasuk dalam kumpulan ini, justeru tidak menghairankan apabila kejayaan dalam sektor perniagaan dan sosial didominasi oleh lelaki, katanya ketika menyampaikan ucaptama ketika merasmikan Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Asia Berpengaruh di sini, semalam.
Beliau berkata, wanita alaf baru perlu berusaha dengan lebih gigih dan menubuhkan jaringan sokongan sendiri yang lebih agresif seperti kaum lelaki untuk membolehkan mereka menjadi lebih ampuh. Tetapi jaringan ini perlu mempunyai sandaran yang kukuh dan bermanfaat, bukan sekadar jaringan untuk bersosial semata-mata.
Mengulas lanjut Rosmah berkata, wanita perlu bijak dalam mencipta kerjasama pintar secara lebih menyeluruh pada peringkat global, tetapi pada masa sama tidak mengetepikan tanggungjawab mereka membantu satu sama lain dalam pelbagai isu agar tidak membantutkan usaha mereka untuk berjaya.
Sumber : Bharian.com.my

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq