Monday, March 21, 2011

Aktiviti anak yang sibuk di sekolah

 Aktiviti Syafik class renang di Jepun pada 2006

Assalamualaikum

Hari ni aku tengok Syafik betul2 penat... mana tak nya, waktu finish school sepatutnya 12.45, tapi pulang jam 3.30 ada kelas kafa, balik sekejap dalam 10 minit sempat le makan kejap pastu bergegas semula ada sukan dan tusyen hinggalah jam 6.30, malam pula mengaji di surau depan rumah.  tusyen sepatutnya malam tapi ganti buat siang hari ni krn ada sedikit hal di rumah cikgu agaknya.  Sabar Fik.. untuk menuntut ilmu ini tidak perlu mengeluh... semua tu akan dapat pulangannya dengan menjadi anak yang berilmu ..  ilmu dunia dan akhirat.  Mama doakan yang terbaik untuk anak2 mama.  Ooo.. awan dania dah start.. heheh... suka tengok dania kelakar dan sempoi.  syafik dan syahmi pun ada kat surau lagi mengaji.. Basma dan Isya pula dah tidur .. boleh le tgk tv malam ni tanpa gangguan. :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq