Thursday, March 17, 2011

Bahaya! Orang yang berbadan kurus tidak semestinya tahap kolestrolnya rendah




Assalamualaikum
Sekarang mama ada di KMC Kuantan (nasib baik bawak iPad blh gak post satu entry), dok menunggu giliran mama utk di check Doktor berkenaan dengan paras kolestrol mama yg terlalu tinggi. (kelmarin dah datang pagi tadi terima call Doktor suruh datang semula nak bincang basal problem mama ni.). Mesti Rakan Rakan pun tak sangka kan kalau mama bagitau bacaannya adalah sebanyak 9.1. Normal adalah bawah 5 -.  HFuhhnh memang terkejut tak sangka
badan mama yg tak gempal, tak gemuk.. tapi ok le sedang2 jer saiz badan ni rupa-rupanya mengandungi paras kolestrol yg tinggiii.. Ya Allah.. tu le selama ni bila sangka badan kecil dok main makan tak ingat dunia. Hubby cakap tu le selama ni dah nasihat jaga pemakanan skrg apa dah jadi..uhuk222 diam jer sambil dalam hati ni dok pikir lepas ni nampaknya kena ikut le hubby main badmintn, bg aktif balk badan ni. Mama ni sebenarnya terus terang nak cakap tiap-tiap pagi sarapan nasi lemak, kalau tak nasi lemak, nasi dagang/nasi minyak atau roti canai.  lunch pun nasi lagi.... malam pun naaaasi lagi.!. ayyyooo apa ni mama... tak sedar ke semua tu peyakit akan datang!  bukan tu jer  lemak2 daging, walaupun suka sup tapi isi daging segala lemak semua ditelan.  makanan bergoreng dan woww.. kalau teringat balik selera makan tak sedar diri memang rasa terkedu kejap!. aduhh abah.. memang selama  ni mama takde rasa insaf pun bab2 makan ni.. ini baru setakat kolestrol tinggi kalau dah penyakit lain yang menimpa tak ke lagi parah dunia mama jadiya.  Ehmm kalau bibik masih ada.. masih belum pulag mungkin mama takkan dapat rasa lagi problem mama ni dah ada.. sebab selama ni tak kuat sangat bergerak  buat kerja rumah, banyak duduk2 dan main dengan anak-anak dan di depan laptop sahaja..
Dulu2 selama ni buat kerja laju2 pun takde le rasa spt hari ini yg cepat mengah.. rasa spt pening2...selalu sakit dada (bawah tulang rusuk)..  tapi hari ini??...???....Peliknya tu! Terus citer kat hubby.. dah hubby pun bawak le pergi KMC semalam tu.  . Untuk kawan2 mama nak pesan jangan bila kita pikir badan kita tak gemuk kita sihat.. Kdg2 yg badan kurus tu lebih cepat tinggi kolestrolnya kalau kita makan tak tau nak control. Kat bawah mama c&p dr portal kesihatan kementerian Malaysia.. Ejaan mama menaip ni pun byk yg tersilap pasal nak cepat pasal sekejap lagi giliran mama di panggil Doktor :)

Keterangan tentang kolestrol
Kolesterol yang tinggi tidak hanya berlaku pada orang yang mempunyai berat badan berlebihan, malah ia boleh berlaku kepada orang yang bertubuh kurus.
Kandungan kolesterol yang tinggi boleh menjadi punca untuk mendapat pelbagai penyakit kerana ia terdiri daripada kandungan bahan berlemak.
Bahan berlemak ini atau ‘lipid’ merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan yang kita makan dan juga ditemui dalam pengaliran darah manusia.
Menurut kajian, dua sumber utama dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati kerana hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah serta merembeskan kolesterol kembali dalam darah.
Keburukan kolesterol ialah ia tidak boleh larut dalam darah kecuali jika bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein.
Bagi mengurangkan kolesterol, pengguna perlu mengurangkan pengambilan makanan berkolesterol seperti minyak, ayam, makanan segera dan lain-lain.


Info lagi about kolestrol:
Bercerita lagi tentang diet Atkins, saya ada buat sedikit research berkenaan plan diet ni, adakah ianya sesuai untuk kita, ataupun hanya sesuai untuk orang barat? berdasarkan pandangan peribadi saya…kesimpulannya.. 
Kebaikan.
Diet Atkins memang terbukti berkesan menurunkan berat badan,kenapa ?Dalam amalan Atkins, karbohidrat disingkirkan terus daripada pemakanan yang kita ambil. setiap makanan yang diambil terdapat 3 unsur penting iaitu karbohirat,protein dan lemak,Apabila salah satu daripadanya (karbohidrat) sudah di ‘keluarkan’ dari senarai pengambilan seharian, bererti pengamalnya juga telah berjaya mengurangkan pengambilan kalori dalam sehari, sekaligus membawa kepada penurunan berat badan.
Apabila pengambilan karbohidrat dikurangkan, yang tinggal sama ada untuk bergantung kepada makanan berasaskan protein ataupun lemak ke dalam diet pemakanan.kebanyakan makanan berlemak mengandugi gula, dan gula mempunyai karbohidrat ringkas yang tinggi, Jadi pengamal terpaksa melupakan lemak dan hanya mengambil protein.
protein pula mengambil masa yang lama untuk dicernakan dan diproses sebagai sumber tenaga. Malah badan memerlukan banyak tenaga (kalori) untuk menukarkan protein sebagai sumber tenaga, dan ini membawa kepada peningkatan kadar metabolisma, sekaligus menurun berat badan.
Keburukan 
Pengambilan protein yang banyak boleh menyebabkan kita mungkin mengambil banyak kolestrol, contohnya makanan laut seperti udang dan ikan, ianya adalah berprotein tinggi, namun hampir kesemuanya mengandungi kolestrol. Pengambilan makanan berlemak secara berterusan juga akan memaksa badan kita untuk menghasilkan lebih kolestrol di dalam badan kita. Kesan kolestrol? macam-macam, yang paling utama sakit jantung.   Selain itu, tidak mustahil juga untuk turun berat badan dalam kadar yang pantas, namun jangan terkejut jika hasilnya kelak adalah bentuk badan yang kurus-lembik, kerana proses penurunan pantas itu hanya melibatkan penurunan berat air dan otot yang banyak.
Dan akhir sekali, seperti yang kita semua tahu, nasi megandungi kabohidrat yang tinggi, dan nasi merupakan makanan utama bagi rakyat malaysia. Jadi , sampai bila kita nak mengharamkan nasi? makanan yang akan kita jumpa setiap hari.    Jadi terpulang kepada anda untuk melakukan diet sebegini atau tidak, berdasarkan pengalaman yang saya dengar, diet Atkins memang memenatkan, mungkin lagi penat dari berpuasa, ia disebab kandungan karbohidrat yang kurang kita ambil setiap hari.Ia juga memerlukan kesabaran dan azam yang tinggi.
Pada saya,cara terbaik ialah “kesederhanaan” ketika mengambil apa juga makanan, kurangkan secara beransur-ansur, kalau dulu makan nasi 3 kali sehari, hadkan kepada 1 kali sehari, kalau dulu biasa makan 2 pinggan nasi, hadkan kepada setengah pinggan, banyakan lauk berunsurkan sayur dan sup..lakukan secara perlahan dan jadikan sebagai cara hidup kita.. 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq