Tuesday, March 1, 2011

Beg sekolah rosak lagi




 Hari ini mama tidak masak, ingat nak pergi MesraMall lunch sana jer lepas ambil anak sekolah, lagipun nak cari barang dapur sikit, stok barang kering dah kehabisan.  Kalau pergi  The Mall ni kalau tak habis beratus  ringgit memang tak sah. pastu akan terkeluar dari listing yg penuh satu troly.  tambahlagi kalau bawak Syahmi dan Basmat.  Hu.uuuu pening22...... terkejar sana sini semua tunjuk nakk.. nakk. 

First ambil Basma kat prasekolah tadi mengadu zip beg rosak lagi, adehhaii... sepanjang 2 bulan ni dah 3 beg dok main rosak zip.  Syahmi pula mengadu nak bocong air spongebob.  Sampai MesraMall lepas belibelah barang dapur bawak diorg pergi cari beg sekolah baru dan bocong air di  Toy Ar Us.  uhukk222... sabar22 bila masuk tempat macam ni kena pandai handle budak2 ni, semua toys dan barang2 kt sana mahal giler2. kalau diorg ni pandai jaga tak terasa sangat, ni sekali dua lepas main dah tercabut itu tercabut sini... rasa berpinau mama di buatnya.  Tapi toys yg mama bawak balik dr Japan sampai sekarang tak rosak2 pun... dah hampir 8 tahun . seperti robot ker atau piano music.. masih elok lagi.  tapi yg mama beli kat sini walaupun high quality tapi masih tetap akan rosak bila dua tiga kali terjatuh.  kenapa ya.. ??.. materialnya tak kukuh sangat le seperti yg ori dr Japan ni...

ini adalah beg terakhir yg rosak....  dalam hati daripada dok beli yg murah macam ni kalau dua tiga kali dok ulang  beli... baik beli yang mahal terus ada quality payah nak rosak.. seperti beg Basma yg setahun yg lepas, beg bunny yg  beli di Toy ar Us sampai sekarang tak rosak2 lagi tapi takleh guna utk sekolah pulak,, tak muat buku. :( . silap tak beli awal2 seperti di kedai Anakku pun nampak ok.. tp oleh krn dah ada tunggu biar rosak yg ni le dulu...

ni le yg di beli tadi, beg rm69.90.. kotak pensil rm17, bocong air rm15 & aksesori yg lain habis le RM150 utk Basma sahaja.  Harap2 lepas ni takde rosak2 lagi... 

Baru sampai rumah tadi.. nampak tak tuu...tersenyum lebar  senang hati sangat le tu dapat mde baru lagi, mula2 nampak gigi bawah jer, yg bahagian atas dah gugur... mama cakap tutup mulut nanti nampak gigiiii.. hihi cepat2 kemas2 tutup mulut, pasal terlupa gigi atasnya takde.. hehe kelakar le Basma ni...

Barang lain yang mama beli tadi adalah kebanyakkannya barang stok dapur termasuk puff pastry .. rancang nak buat puff sardin esok, puncanya lepas tengok resepi puff di  blog cik mat Gebu pagi tadi terus terpikat rasa nak buat jugak cuma di olah sikit intinya buat sambal sardin.. nanti mama ambil gambar bila dah siap nanti ya....  Ok .. mama stop dulu. penat.. tulis panjang2 pun tak elok jugak nanti jemu pembaca di buatnya.. hehe.. tq ya kepada kesemua blogger yang sudi singgah ke sini... kinjungan anda amat2 mama hargai.
Assalamualaikum...

2 comments:

intan morsalin said...

askm..k.eiza ni mmg org tganu ker?mesti duk blah kmaman kan sbb shopping kat mesra mall...

Kak Eiza said...

Waalaikumussalam.. ha.a org Kuala Terengganu, dok sini cik hubby kita kerja di Kemaman.... Intan asal mana kat Trg tu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq