Bercerai susu





Hari ini merupakan hari yang getir dan menyeksakan buat Isya (sebulan lagi cukup 2 tahun umurnya), kerana terpaksa di pisahkan dengan susu 'origional' nya. kesian.. tak sanggup tengok hari pertama menyedihkan sampai bengkak matanya banyak menangis tapi beri le juga 2 kali minum, masuk hari ke 2.. hanya malam sahaja, dan masuk hari ini ke 3.. belum lagi.  sekarang dah tertidur selepas habiskan sebotol susu Anmun enfac. Tektik mama cuma menggunakan asam jawa, tu jer... hehe.  Tapi Isya memang amat melucukan.. pantang mama ke dapur... awal-awal dah tunggu depan meja sambil siap pegang pinggan dok menunggu siap masak.. awal2 dah maintak NAKK... apa2 makanan yang di hidangkan Isya le paling laju makan dan memang tak berhenti asyik dok nak maaakan jer kerjanya.   Ada satu cerita lucu petang tadi pasal diorang ni, oleh kerana mama asyik dok main asam jawa jer dalam 3 hari ni  sekali tu tersilap le  letak atas meja sebelah roti.   Basma dan Hazid (anak sedara) ni petang tadi masuk le ke  dapur ambik roti di sapunya asam jawa tu di buat jemm. hahaha.. apa lagi nak termuntah masing22.."mama.... nape tak sedappp???? masam!!"  tergelak besar mama di buatnya.  HAHAH

No comments:

Pengalaman Herbalife spetacular 2018: Online Business yang Mantap dan Berjaya

Assalamualiakum wbt. Kenangan yang paling manis dan berharga buat mama di spetacular Herbalife 2018 Sepanjang 8 tahun berkeci...

Jom Follow Kak Ja