Saturday, March 19, 2011

Diet..Diet...Harus MAKAN Berpantang!

Diet..Dietttt.... uhumm... dalam sebulan dua ni mama harus berpantang HEBAT untuk menurunkan paras kolestrol mama yg tinggi ini.  Memang tak sedar selama ini.. ingatkan badan ni sihat jer sebab berpandukan tgk badan  maintain jer,.. berat cuma  50 jer. uhuk... tak caya tp bila FLASH BACK  menu makanan mama sebelum ini kalau nak kata dlm sebulan ni straight every day makan nasi lemak paksu depan sekolah Syahmi.. seminggu sekali masak nasi minyak, ayam goreng plak suka makan kulit.. daging plak suka pilih  yg berlemak.. seafood plak bercelup tepung ... ptg plak donut berbiji2... atau apa2 yg tinggi kolestrol.  Badan mama ni makan apa2 pun tak gemuk atau tak naik pun.... memang maintain dalam  50 - 52 kg.. so sebab tu salah satu puncanya tak beringat time makan..sebab asyik fikir.. alaa makan banyak pun badan aku tak gemuknya.. itu merupakan tafsiran yang salah sama sekali.  umpamanya sinki rumah mama tu selalu jer tersumbat .. seminggu sekali panggil cik Mat pamkan, begitu juga saluran darah kita.. kalau yang berbadan kecil salur darahnya pun kecil le.. so bila asyik disumbat dengan lemak2, akhirnya lemak tu akan berdaki melekat di dinding saluran darah.. mengakibatkan darah kita tidak dapat mengalir dgn lancar umpamanya paip yang tersumbat td...Itu baru paip boleh di ambil sebagai contoh...bolehlah  selalu di pam kasi laju balikkk...kalau salur darah kita pula?.. apa lagi kalau bukan jantung kita yang akan mengepam darah tu...makin kuat jantung bekerja makin tinggi le risiko nak terkena sakit jantung!.Huu takutnya bile dengar sakit2 jantung.. gout, strok dan sebagainya tapi lumrah manusia seperti mama beringat hanya seketika kadang2 tu.. bila berdepan dengan pelbagai jenis hidangan yang memikat.. lemah untuk ditolak sama sekali.. DUGAAN!!   :(

Ni plak Nasi hujan panas berlauk puyuh goreng berempah  sehari sebelum mama pergi KMC cek kolestrol...



Nampaknya dalam 2.3 bulan ni lupakan buat sementara waktu utk sentuh2 menu ini.. :(   (sebab apa dalam 2.3 bulan jer mama cakap camni??.. sebab akhir bulan 5 nanti mama nak bercuti ke Bandung bersama hubby.. sana makanan sedap2 terutamana masakan Sunda...  dah sampai sana nanti mesti rasa nak makan sepuas2nya... tp kalau kolestrol masih setahap ni nampaknya takde keseronokan pergi bercuti... :(


 Masakan hari ini... Siakap asam pedas, ulam, siakap goreng dan budu memang tak sah mesti  ada untuk di cicah dengan ulam-ulaman.
 
 Kek?... sushi?  takoyaki?.. :(   lupakan dahulu....
Seafood???.. pun juga kena berpantang....  :(

Sebelum mama mengakhiri utk malam ini mama ingin sekali sekadar memperingatkan rakan-rakan, ambik  ikhtibar dr mama sendiri jer lah ni yang tak perah berpantang soal makan.. mengikut nafsu semata2.. akibatnya sekiranya terlewat dapat di kesan akan mengundang pelbagai penyakit kritikal spt jantung, gout, strok dan sebagainya


Simpton-simpton kolestrol tinggi dalam darah: (dari apa yang mama alami)

  1. Kalau sebelum ini anda aktif bergerak, tetapi hari ini tiba-tiba rasa cepat penat atau letih dan mengah.
  2. Sakit-sakit kaki, betis, sendi atau urat
  3. Nafas seperti tersekat-sekat.. tidak lancar
  4. Apabila melakukan kerja dalam waktu yang lama, kepala mudah rasa pening atau seperti rasa nak pitam
  5. Sakit dada atau rasa tidak selesa yang disebabkan otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi.
Apa yang harus anda lakukan untuk mengelakkan semakin melarat tanpa di sedari:

(Di ambil dari petikan Dr. Rafik,di dalam berita minggu)
Secara umumnya jika seseorang itu berlatar belakang keluarga yg berisiko, ujian darah perlu dibuat pada usia 20 tahun.  Jika seseorang itu sihat dan keluarga juga bebas sebarang masalah kesihatan berkaitan, ujian darah perlu dibuat pada usia 25  tahun.  Seterusnya UJIAN DARAH PERLU DI DI BUAT SEKALI DALAM 2 TAHUN ATAU SEKALI DALAM 3 TAHUN.

Secara umumnya juga, jumlah kolestrol seseorang yang di anggap sihat adalah 5.0 mmol/L iaitu kolestrol tidak baik (Low-density lipoprotein - LDL) mesti kurang daripada 2.58 mmol/L.
Namun jika seseorang memiliki kadar LDL hingga 3.0 mmol/L tetapi bebas daripada faktor risiko lain seperti tiada tekanan darah tinggi, masalah diabetes atau ginjal, angka itu di anggap normal.

Untuk kolestrol baik(High-density lipoprotein-HDL) pula, ia mesti melebihi 1.03 mmol/L manakala kolestrol jenis triglyceride pula mesti kurang 1.68 mmol/L. Jumlah LDL yang tinggi boleh menyekat arteri, meningkatkan risiko serangan jantung dan angin ahmar.  HDL pula melekat dengan LDL dan membawanya ke hati.  Ia berfungsi mengurangkan jumlah LDL dalam sistem tubuh.  Triglycerides pula bukan sejeni kolestrol, tetapi lemak yang terapung dalam darah.  bagaimanapun jika jumlahnya tinggi, ia juga berupaya meningkatkan risiko kardiovaskular. Malah jika tahap kolestrol dalam darah dan tryglyceride tinggi, risiko berlaku masalah jantung koronari adalah lebih ketara.

    0 comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq