Wednesday, March 30, 2011

Gempa,Tsunami,Nuklear dan Kebocoran radioaktif – Malaysia perlu loji Nuklear?

Gempa, Tsunami, Nuklear dan Kebocoran radioaktif – Adakah Malaysia perlu loji Nuklear?

Bencana yang disebabkan dari loji tenaga nuklear terus terjadi. Pada tahun 1979, loji nuklear Three Mile Island di Pennsylvania, Amerika Syarikat telah hampir meletup kerana kesilapan teknikal.
Pada tahun 1986, dunia di kejutkan oleh ledakan loji nuklear di Chernobyl, Ukraine. Malapetaka yang amat dasyat, sehingga ke hari ini wilayah sekitar Chernobyl telah ditinggalkan kosong kerana bahaya radioaktif. Sehingga sekarang masih ada kesan dan kawasan tersebut ditinggalkan .

Pada 2011, 3 dalam satu bencana telah melanda Jepun. Diikuti gempa skala 9.0, Tsunami dan letupan loji nulear. Bukan satu tapi lima buah loji nuklear di Jepun telah meletup. Dari sini kita harus sedar, bahawa ini adalah satu pelajaran yang amat mahal bagi kita. Mata pelajaran ini sedang dibayar dengan harga darah dan nyawa oleh rakyat Jepun. Pelajaran di hadapan mata kita ini sedang membuktikan bahawa radioaktif ini amat merbahaya untuk umat manusia sejagat. Janganlah kita buat-buat tak peduli, bukan berlaku di Malaysia tapi di Jepun. Tapi ambillah pengajaran dari kesan kejadian tersebut.
Habis tu kenapa di Malaysia ni depa dok beriya-ria sangat nakkan loji nuclear ni??
Tak lain tak bukan hanyalah kerana keuntungan segera. Semua yg terlibat akan dapat habuan yang besar macam jual beli senjata jugaklah ni ….harga mahal maka keuntungan yang dapat pun besar!!!
Tapi kesan yang akan di tanggung, risiko yang bakal dihadapi sekiranya malapetaka nuclear seperti kebocoran nuclear buat2 tak dengar, tidak diambil pelajaran dari peristiwa yg lepas. (tak mau dengar pun kalau boleh ….)  

Itu negara Jepun, Negara maju yang asas kejuruteraan dia yang sememangnya tak dapat kita nafikan kehebatannya. Sebut aje Jepun semua dah terbayang kereta Toyota, Honda dan Nissan yang hebat dan kukuh. Kita ada juga yang hebat, ada proton…tapi tahap kita masih belajar baiki pintu atau tingkap proton agar boleh naik dengan baik. Maka kalau asas ini pun tak dapat selesaikan lagi apakan akan terjadi kalau terjadi kebocoran nuclear?? Bangunan yang kontraktor kita bina saban hari pun kita dengar retak…senget…runtuhhh pun banyak…kalau ini terjadi kepada nuclear plant kita yang canggih tu bagaimana?? (maklumlah semua nak untung pastinya akan ada penyelewengan…sbb Malasyia terkenal dengan jenayah rasuahnya…) Sudah pasti akan terjadi malapetaka yang maha dasyat di Malaysia…alamak kita semua rakyat Malaysia nanti  jadi muttan lah jawabnya. Walaupun kalau depa fikir kita dah tak ada dah waktu tu tapi anak cucu cicit kita akan di lahirkan cacat kesan dari radiaoaktif nuclear tadi…

 Hujan radioaktif

 Kesan radiasi

Sebenarnya sedar tak sedar kita sudahpun terdedah dengan bahaya radioaktif ini. Kerana umum di rahsiakan dari perkara ini, iaitu pembinaan kilang nadir bumi di Gebeng, Pahang.

Boleh rujuk siaran Malaysiakini hari ini di link ini http://www.malaysiakini.com/news/160038
Kilang nadir bumi di Gebeng ini juga boleh bawa malapetaka radioaktif secara tiba-tiba.

Sebenarnya pembinaan kilang nadir bumi ini dipindahkan dari Bukit Merah setelah warga di Bukit Merah pada 1987, telah bangun menentang rancangan untuk mendirikan kilang nadir bumi yang kini telah dipindahkan ke Gebeng.

Rakyat Malaysia telah ramai yang telah menyedari tentang bahaya dan implikasi dari bahaya bahan radioaktif ini setelah kejadian gempa dan letupan loji di Fukushima Jepun tempoh hari.

Sumber: Bahan bacaan di Internet




2 comments:

✿....rossa alina....✿ said...

ishh..ade jugak ke??baru tau la..ee..org yg buat tu mmg pentingkan diri sendiri la..hmm..

Kak Eiza said...

ha.a kan.. nyampah tul kalau org atasan yg dah tau risiko ni buat2 tak tau.. tetap nak lancar jugak!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq