Saturday, March 12, 2011

Himpunan berita tsunami dari akhbar online


TOKYO: Gempa paling kuat melanda Jepun semalam membentuk tsunami setinggi 10 meter dan menghanyutkan rumah serta menolak kapal ke darat.
Bencana terburuk dalam tempoh 300 tahun di Jepun itu turut mencetuskan kebakaran, termasuk
di sebuah loji nuklear.  Sehingga malam tadi, sekurang-kurangnya 300 orang disenaraikan sebagai maut atau hilang akibat gempa bumi sekuat 8.9 magnitud itu.  Pakar seismologi Amerika Syarikat (AS) dan Jepun berkata, kejadian semalam adalah gegaran kelima paling dahsyat di seluruh dunia sejak 1900 atau yang ketujuh dalam sejarah.
Laporan menyatakan, ombak besar tercipta di Lautan Pasifik menghanyutkan sebuah kapal Jepun membawa 100 orang.  Lebih 300 rumah di bandar Ofunato turut musnah sama sekali.  Ombak besar juga memusnahkan apa saja yang ada di laluannya, termasuk kapal kontena, kenderaan dan ladang.  Kerajaan berkata, gempa yang dapat dirasakan sehingga ke Beijing itu menyebabkan kerosakan besar-besaran.  Di Sendai, imej televisyen menunjukkan ombak berlumpur bergerak ke darat pada kelajuan tinggi dan memusnahkan kawasan kediaman berhampiran Sungai Natori.

Pegawai kerajaan tempatan di Miyagi, Ken Hoshi berkata, dia tidak pernah melihat bencana seburuk itu.
Di Tokyo, sejumlah kecederaan dilaporkan apabila bumbung bangunan dewan runtuh ketika majlis penganugerahan ijazah berlangsung.  Di ibu negara Jepun itu juga, asap dilihat berkepul-kepul di sekurang-kurangnya 10 lokasi ketika penduduknya mengalami gangguan elektrik.  Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami menyeluruh sehingga ke Amerika Selatan, New Zealand dan Hawaii, menyebabkan pihak berkuasa mengarahkan orang ramai menjauhi pantai.

Pertubuhan Palang Merah pula mengingatkan, tsunami di antara empat dan 10 meter boleh menenggelamkan sebahagian daripada pulau yang ada di laluan ombak itu.  Sementara itu, kerajaan berkata, tiada sebarang kebocoran radiasi dikesan di loji nuklear di Onagawa walaupun ia terbakar.  Gempa pertama berlaku hanya kurang dari 400 meter ke timur laut Tokyo, diikuti lebih 40 gegaran susulan.  Satu daripadanya sekuat 7.1 magnitud.  Seorang pegawai kerajaan tempatan di Kurihara, Miyagi, berkata gegaran itu sangat kuat sehingga pekerja di situ terpaksa berpaut untuk mengelak daripada jatuh.  “Kami tak boleh keluar dari bangunan dengan segera kerana gegaran itu berterusan,” katanya.

Perdana Menteri, Naoto Kan, mengadakan mesyuarat tergempar sejurus selepas bencana itu berlaku dan kerajaan menghantar kapal tentera ke Miyagi untuk memberikan bantuan.  Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang (1.46 petang waktu Malaysia) selama dua minit.  Bencana itu turut menyebabkan indeks pasaran saham Nikkei merudum, manakala nilai mata wang yen berbanding dolar AS terjejas teruk. - AFP

sumber dari :  http://www.hmetro.com.my/articles/300terkorban/Article

SEKUMPULAN ikan dilihat berenang berhampiran persisiran pantai Acapulco, Mexico, hari ini. Menurut nelayan tempatan, mereka tidak pernah melihat kejadian itu sebelum ini. - Foto AP
Mar 12, 2011 9:09 am

 GEMPA bumi mengakibat gelombang tsunami ketika melanda pelabuhan Oarai Jepun, semalam. - Foto AP

Sistem kereta api bawah tanah lumpuh gempa kuat di Jepun

TOKYO: Berjuta penduduk di bandaraya Tokyo terkandas jauh dari rumah mereka petang semalam berikutan gempa bumi kuat melanda Jepun sekali gus mencatatkan rekod melumpuhkan sistem keretapi bawah tanah di ibu negara berkenaan.  Siren kedengaran di Tokyo, helikopter rangkaian televisyen berlegar di ruang udara manakala penduduk kelihatan bergegas ke kedai runcit 24 jam di bandaraya itu untuk mendapatkan bekalan sandwich dan mi cawan segera. Kebanyakan penduduk yang sebelum itu melarikan diri dari bangunan pejabat mendapati diri mereka terkandas jauh dari keluarga malah tidak dapat menghubungi mereka disebabkan sistem telefon bimbit tidak dapat menampung panggilan yang banyak.

“Saya tidak tahu bagaimana untuk pulang ke rumah,” kata seorang wanita berusia 18 tahun di luar stesen keretapi bawah tanah Ginza.  Beliau menerangkan bagaimana tanah liat bertaburan di sekelilingnya di sebuah pusat beli belah apabila gempa bumi kuat melanda pada waktu tengah hari.  Kerajaan menggunakan  pembesar suara dan siaran televisyen untuk menggesa penduduk supaya terus berada di tempat kerja mereka berbanding mengambil risiko untuk berjalan pulang berikutan lebuh raya menuju ke tengah bandaraya terputus manakala hotel mendapat tempahan penuh.  “Tolong jangan paksa diri anda untuk pulang ke rumah kerana tiada pengangkutan tetapi terus berada di pejabat atau tempat lain yang selamat,” kata satu nasihat kecemasan yang disiarkan penyiar awam, NHK.

“Hari sudah malam,” kata penyiar NHK berikutan suasana gelap yang sejuk melanda seluruh negara.

“Jika penduduk yang tinggal jauh cuba untuk melintasi sempadan wilayah dengan berjalan kaki pada waktu malam, mereka mungkin menjadi mangsa kepada kemalangan kedua.”

Wilayah Tokyo yang membabitkan Yokohama dan kawasan sekitar Kanto adalah kawasan kediaman bandar terbesar di dunia dengan lebih 30 juta penduduk, kebanyakan mereka berulang alik beberapa jam setiap hari.

Landasan keretapi Sistem Metro Tokyo dan Japan Railway masih lagi ditutup selepas beberapa jam gempa bumi kuat menggegarkan bangunan di seluruh bandar raya terbabit.

Jepun berada dalam Lingkaran Api Pasifik manakala Tokyo terletak dalam satu daripada kawasan yang amat berbahaya.

Bandar raya itu berada di antara persimpangan tiga pentas benua Eurasian, Pasifik dan Laut Filipina yang bertentangan antara satu sama lain, mewujudkan tekanan seismik paling besar.

Jawatankuasa Penyelidikan Gempa Bumi kerajaan memberi amaran bahawa peluang sebanyak 70 peratus bagi gempa bumi dengan kekuatan 8 pada skala Richter akan melanda dalam masa 30 tahun di Kanto. – AFP
 sumber dr : http://www.bharian.com.my/bharian

Tsunami Jepun berlaku selepas saintis beri amaran


LONDON - Tsunami yang melanda pantai timur Jepun berlaku dua hari selepas beberapa saintis memberi amaran mengenai pergerakan bulan yang boleh menyebabkan bencana alam di Bumi, lapor sebuah akhbar semalam.

susulan berita seterusnya klik di sini





0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq