Saturday, March 26, 2011

Kota London bergema dengan takbir anti US dan sekutu





 Assalamualaikum wbrkt...
Hari ini mama ada menerima email  hubby mama dari London… untuk mama kongsikan cerita ini kepada pembaca-pembaca sekalian.  tulisan suami mama ini telah di edit dan jadi kelakar plak..cam tadi msg dari hubby  "woww.. formalnya bahasa dari abang dah jadi 'saya' plak.". hihi.. gelihati.. tergelak cik abang kita di buatnya. tak pe le.. ni editor tak bertauliah :)

Salam dari Oxford Street London: Kota London bergema dengan takbir anti US dan sekutu
Hari ini merupakan hari terakhir saya di Kota London, seperti biasa setelah tugas rasmi selesai maka perkara yang tak resmi pula yang banyak ingin di buat contohnya membeli barangan yg dipesan. Di Ireland tak sempat nak membeli apa-apa sebab terlampau pack dengann schedule, lagi pula tak ada ape aper yg menarik untuk dibeli melainkan jersi rugbi pasukan Ireland.

Pagi  Jumaat di Kota London seperti biasa sibuk dengan lautan manusia...kedai kedai seawal jam 9 pagi dah di buka. hari ni plan nak pergi shopping area Oxford Street jer seperti Primark, M&S, dan beberapa kedai sepanjang jalan Oxford. Apabila selesai ber shopping area Oxford, plan pula nak pergi Lily White Sport Store dan terus ke Harrods. semua tempat di situ kami hanya berjalan kaki jer meredah Hydre Park. Setelah selesai balik ke Oxford Street terus cari kedai pak Arab makan beriani dan kebab. Kat sini memang asyik dok makan jer, jam sekitar 230pm waktu London, kedengaran takbir dan allahhuakbar.. rupanya ada demo pak-pak arab dengan berbaris sepanjang jalan Oxford...sambil menjerit takbir dan mampus US dan sekutunya . Kami sempat menjenguk dan follow tunjuk perasaan itu di sepanjang jalan tersebut, Oxford Street jalan yg sibuk di London terus jammed.. tapi semua org understanding tak ade yang marah-marah dan polis pun kelihatan memberi kerjasama tidak seperti polis negara kita yg akan ‘memberi’ meriam cannon lah jawabnya, rupanya di London ni ramai pak arab dan selepas jumaat mereka akan membuat demo. 

Di sini juga yg ramai ber shopping kebanyakkannya semua orang arab...kalau Harrods tu pun pemiliknya orang arab juga...khusus utk pak arab bershopping....seronok tengok demo negara orang, ye laa…pengalaman kali pertama katakan.

Di London sememangnya adalah tempat tumpuan membeli belah...kalau nak datang summer elok le sebabnya ada banyak sale...sekarang ada jugak tapi tak banyak.  Sekarang di sini  musim  sejuk dan ala nak ke panas..sangat baik untuk berjalan jalan...
kalau datang ke London yg mahalnya adalah hotel, kalau untuk mendapat cari hotel murah pun  boleh juga sebab makanannya kat sini murah, kalau barang branded nya jauh lebih murah dari Malaysia (kalau ada sale)...ni semua adalah yg origional.  Baju kat Primark boleh dapat dalam bawah 10 pound (2pound pun ada).  Makanan halal pun mudah nak dapat  sebab ramai pak Arab dan India di sini...so untuk nak dapatkan makan beriani, kebab dan curry semuanya terlalu mudah nak di cari di London.

Di bawah adalah beberapa lagi keping gambar yang sempat di rakam ketika demo rusuhan pak arab dengan  bergema takbir anti US dan sekutu-sekutunya.








salam dari london.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq