Monday, March 21, 2011

Mengapa Wanita Gagal Menjadi Suri Rumah




 Agak pelik dan hairan jika sekali sekala kita mengunjungi rumah seseorang yang si isterinya tidak bekerja tetapi keadaan rumahnya tidak terurus.  Persoalannya, apakah yang dibuat oleh si isteri ini sepanjag hari sehingga rumah tidak sempat hendak dikemaskan  Namun, itulah realitinya.  terdapat banyak faktor mengapa suri rumah gagal mengurus rumah dengan sempurna dan kemas.  Antara sebabnya termasuk:

  • Sikap sambil lewa dan suka bertangguh.  Mungkin kerana mereka sepanjang hari berada di rumah dan tidak perlu buat kerja dengan segera.  sepatutnya suri rumah sepenuh masa dapat mengemas ruamh dengan lebih baik dan kemas.  Tidak melakukan kerja secara tergersa-hanya apabila da orang datang.
  • Tidak menjadikan kerja mengemas rumah sebagai satu budaya hidup.  Sesungguhnya apabila mengemas menjadi budaya harian. mereka tidak memerlukan masa yang panjang untuk mengemas rumah.
  • Tidak mendidik anak-anak supaya sentiasa bersih dan kemas.  septutnya anak-anak sejak kecil lagi dididik agar menghargai kebersihan.  Jika sejak kecil sentiasa hidup dalam suasana bersih, sudah tentu ia akan menjadi budaya anak-anak kita pula.
  • Tidak berminat mengemas rumah.  Hal ini berkemungkinan kerana mereka sudah biasa hidup dalam suasana yang tidak kemas dan tidak terurus.  Akibatnya bila sudah berkahwin, budaya itu terbawa-bawa.
  • Merasakan bahawa mengemas rumah bukan perkara penting malah merugikan masa kerana mesti dilakukan berterusan.
  • Suka mengujungi rumah jiran tanpa mengira waktu sehingga tidak sempat hendak mengemas rumah.  Malah ada yang berpendapat 'tak apa tak kemas rumah asalkan ada makanan sudah cukup'.  Seolah-olah telah hilang nilai kemanusiaan.  Manusia yang sempurna tentuu inginkan suasana yang kemas, bukan sekadar dapat makan.  Kalau berfikiran begitu, maka samalah taraf manusia dengan haiwan.
  • Lupa bahawa itulah imej yang mempamerkan peribadi sebenar seseorang wanita.  Tentu tidak wajar wanita islam mengabaikan kebersihan dan kekemasan rumahtangga, sedangkan islam amat menyuruh umatnya sentiasa bersih.

Faktor-faktor di atas telah dikenalpasti sebagai punca kegagalan mereka menguruskan rumah dengan sempurna.  Tetapi mengapa hal ini terjadi? Di sini, para suami perlu meluangkan sedikit masa dengan membawa keluar anak dan isteri bersiar-siar atau berehat untuk menghilangkan kebosanannya.  Di kesempatan itu, didiklah mereka akan budaya dan disiplin yang baik itu.

2 comments:

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

salam..jln² dan terjumpa blog ini..nice entry..sy surirumah..x dinafikan sy dulu mmg sgt rajin kemas rumah..tp sejak beranak kecil masa mengemas semakin berkurang..tang jln umah jiran tu mmg sy tak buatlah hehe..

Kak Eiza said...

tima kasih dtg singgah...same le, sy pun dah 4 thn tak aktif buat kerja rumah, byk maid yg buat tp sejak maid dah balik ni dah bermula semula rutin sepenuhmasa surirumah.. baru tau penat giler2 tambah lagi dh 5 anak yg semua ngah aktif22

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq