Panduan Penggunaan Botol Susu Polikarbonat



a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat

Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:

  • Nombor 7
  • Nombor 7 dan PC  
  • Nombor 7 dan ‘other’

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.


b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat
  1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
  2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu. 
  3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
  4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.


sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia


lagi info berkenaan panduan botol susu pikarbonat

2 comments:

Kujie said...

Tak ada anak menyusu botol...anak2 pun dah besar2 tapi nak kena ambil tau juga benda ni...bolehlah bagitau kawan2 lain

Kak Eiza said...

:( anak kt rumah pun guna btl yg sama label kt atas..

Pengalaman Herbalife spetacular 2018: Online Business yang Mantap dan Berjaya

Assalamualiakum wbt. Kenangan yang paling manis dan berharga buat mama di spetacular Herbalife 2018 Sepanjang 8 tahun berkeci...

Jom Follow Kak Ja