Wednesday, March 2, 2011

Puff Tuna Mayonis



Jam 9 malam tadi Basma dan Syahmi buat puff tuna mayonis dengan di tunjuk ajar oleh mama. ehhh.. kecik2 dah pandai masak ya.. alaaa.. semua bahan simple jer, dah Basma susah sangat nak makan terpaksa cari idea nak bagi semangat kat dia mahu terasa nak makan, apabila dari sentuhan tangannya sendiri, so mama kluarkan dr peti ais roti paratha jenama kawan, cheese dan tuna mayonis serta sebijik kuning telor.

 Hanya ini sahaja bahan2nya, cara buat nak bentuk tadi tak sempat nak ambil gambar le, kalut sangat ngan anak2 berebut masing2 nak buat sendiri.... cuma dari sekeping roti paratha tu potong 4, masukkan 1/2 sudu tuna mayonis, sedikit cheese dan lipatkan seperti karipap.. bahagian tepi tu hanya tekap dengan hujung garfu sahaja.... sebelum nak dibakar sapu dengan kuning telur bahagian atas.  Bakar oven pada suhu 180 darjah celcius selama 20 minit

Tengok Isya dan Basma dah tak sabar nak makan tu... dah berpuluh kali warning jangan duduk dekat2.. panas oven tu, berkeras jugak nak tunggu jugak kat situ.... seronok sangat tengok puff membesar dan kelihatan kekuningan...

 Ini le sentuhan Syahmi dan Basma...

Apabila masak jer... ngapppp masuk mulut, huuuu terkejut mama....tak sempat nak halang, terjerit Isya kepanasan.  tu le sayang.. mama dah cakap siang2 tunggu dulu biar sejuk.. excited sangat tu yelaa buat sendiri kan katakan.. hehe.. budak2 macam tu le... Basma cakap esok Basma nak masak lagi nak bagi abah makan.  (Abah takde.. kebetulan  ada annual diner di Awana, takde rezeki abah nak merasa puff Basma yg buat sendiri.. heheh)

Untuk rakan rakan terutama kohai di tsu Mie, Japan yg masih ada lagi.. masih ingat Kja lagi.. boleh try buat ni, roti paratha ni memang ada di jual di Mie.. boleh guna sardin atau sausegge.. dulu tak terpikir pun nak buat camnni, cuma tau makan dengan kari tulang jer... sekarang dah macam2 idea boleh buat dengan roti paratha ni.....
Selamat Mencuba...

Puff siri ke dua klik di sini

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq