Sunday, March 6, 2011

resepi puff sardin

Lepas hantar Syafik tusyen 8 malam, siap makan malam semua... ada le sikit sardin balance, teringat ari tu singgah  Mat Gebu punya blog terpandang resepi puff nya, aaaa!!.. terus ada idea, bukak peti ais kluarkan puff patry dan cheese, dan hancurkan balance sardin tadi.  Mama masih teringat lagi camne cara2 nak bentukkannya seperti yg ditunjuk ajar dari blog Mat Gebu. 




Potongkan setiap bahagian tepi berbetuk L, tapi  jangan biarkan terputus, Lipatkan seperti di atas.  Kemudian sapukan kuning telur dan bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 20 minit, Masa nak bakar tu inti sardin tidak perlu di isi lagi, selepas 15 minit bakar baru kluarkan untuk isikan inti sardin dan taburkan cheese, barulah masukkan semula ke dalam oven sambung lagi selama 5 minit.

Ok.. inilah hasilnya...

 Orang yg pertama sekali siapa lagi kalau bukan Isya, masa bakar tadi pun dah siap tunggu awal2 depan oven...

Yg ni hanya gambar selingan spaghetti bolongnes pagi tadi... heheh

Selama mencuba ...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq