Wednesday, March 9, 2011

Selamat Hari Wanita




Salam untuk semua,

Hari ini seluruh dunia menyambut Hari Wanita Sedunia.
Mama tidak menafikan bahawa peranan wanita sangat penting dalam kehidupan kita. Tanpa wanita yang dikenali sebagai ibu, kita tidak akan berada dimuka bumi ini.  Kecekalan dan kegigihan mereka membesarkan kita tidak ada tolok bandingnya. Sebab itu selain mendoakan mereka setiap hari, Rasulullah juga menegaskan bahawa ketaatan kepada ibu itu 3 kali ganda daripada kepada seorang ayah. Malahan syurga kita letaknya dibawah tapak kaki ibu kita.  Ramai tokoh-tokoh wanita muncul dipersada pentas dunia samada sebagai penggerak masyarakat atau pendokong yang kental.  Kita tidak lupa contohnya peranan Khadijah r.a., Aisyah r.a dll yang menjadi tunggak kepada perjuangan Rasulullah.
Kita juga tidak lupa tokoh-tokoh dunia saperti Indira Gandhi, Margaret Thatcher dan lain-lain.
Kita juga masih ingat peranan besar yang dimainkan oleh wanita saperti YB Datuk Seri Wan Azizah yang mengambil alih gerakan reformasi apabila Dato Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.
Mama juga tidak lupa jasa ibu Mama iaitu Pn. Fatimah   yang begitu tinggi kesabaran membesarkan kami seramai 7 adik beradik....
To all the woman, Selamat Menyambut Hari Wanita.. Happy Women's Day..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq