Saturday, March 19, 2011

Senaman untuk kesihatan





Di zaman ICT atau siber, ramai di antara kita yang tidak atau jarang bersenam (termasuklah mama). Kita banyak menghabiskan masa di depan komputer atau TV. Masa kerja mengadap komputer, balik rumah, kalau tak mengadap komputer, mengadap TV. Tentu ramai yang menghabis masa berjam-jam dengan Facebook dan Berblogging. Kajian yang dijalankan oleh pakar mendapati amalan duduk mengadap komputer secara berterusan sepanjang hari ...
memberi impak yang tidak baik kepada kesihatan diri.  Dengan bersenam, kita boleh meningkatkan paras kolesterol baik dalam darah kita dan juga menurunkan tekanan darah. Kalau paras kolesterol dan tekanan darah tidak begitu memberansangkan, eloklah mula bersenam. Tak perlu lama-lama dan tak perlu membuat senaman berat. Cukuplah sekadar berjalan keliling padang bola selama setengah jam sehari, atau selang sehari. Kalau membuat senaman berat nanti memudharatkan pula, terutamanya bagi mereka yang sudah berumur.

Mulai dari hari mama mendapat tahu tentang kesihatan mama yang mula tidak bagus, terus bertekad ingin mendisiplinkan diri mula bersenam semula, atau menjalankan kerja-kerja rumah yang boleh mengeluarkan peluh berlebihan.   Saudara/ri bila lagi? Kalau yang memang dah selalu bersenam atau sudah memulakannya semula, baguslah. 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq