Wednesday, March 2, 2011

Situasi Lelaki yg Harus Anda Faham

LELAKI…

1.  Bila si dia sibuk..
Jangan  pula kamu terhengeh hengeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli belah

2.  Bila si dia ego...
Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya.  Lelaki amat payah untuk mengakui...
dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3.  Bila si dia romantik...
Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jangan lupa selit sekali perancangan untuk masa depan bersama

4.  Bila si dia panas baran
Jangan membuat sesuatu yang boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya.  Cuba kamu berdiam diri dahulu sampai kemarahan reda.

5.  Bila si dia penat….
Jangan mengadu perkara ataupun bercerita tentang hal yang remeh.  Dalam saat-saat sebegini si dia hanya perlu rehat yang secukupnya dan jangan memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan

6.  Bila si dia pentingkan diri sendiri...
Cuba berterus terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu.  Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga.  Jgn lupa untuk bertoleransi antara satu sama lain.

7.  Bila si dia mengongkong
Kalau kamu memberontak, pasti kamu akan dimarahinya.  Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri.  Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8.  Bila si dia selamba
Cuba tarik perhatian si dia, contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya.  Orang yang selamba ini selalunya ingin kita yang memulakan dahulu.  Oleh sebab itu, kamu patut menrancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9.  Bila si dia curang
Jangan tuduh tanpa usul periksa.  Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu.  Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yangberundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10.  Bila si dia lurus bendul
Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jangan sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya.  Kamu patut menjadi peransang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.





0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq