Wednesday, March 2, 2011

Tip Atasi Kanak-kanak Cirit Birit - Pocari Sweat





Cirit birit ataupun diarrhoea adalah antara masalah yang biasa berlaku di kalangan bayi mahupun kanak-kanak.   Ia biasanya akan sembuh dengan sendirinya tanpa menyebabkan komplikasi-komplikasi lain.  Bagaimanapun, ia boleh memudaratkan anak kecil jika tidak di atasi dengan segera.   Ini kerana kesan kehilangan cecair di dalam tubuh akibat cirit-birit yang berterusan akan menyebabkan anak kecil mengalami dehidrasi yang kronik, kegagalan ginjal dan tidak bermaya.  Walaupun ia dianggap perkara biasa tetapi jangan dipandang remeh!

APAKAH DIARRHOEA?
Diarrhoea adalah satu keadaan di mana saluran  najis menjadi longgar dan najis berair.  Najis akan keluar lebih kerap daripada biasa.  
  • Diarrhoea akut - terjadi dengan tiba-tiba dan berterusan kurang daripada dua minggu.
  • Diarrhoea teruk  (knonik) - berterusan hingga lebih dua minggu.
APAKAH PENYEBAB DIARRHOEA
Biasanya, diarrhoea disebabkan oleh jangkitan pada usus disebabkan oleh makanan atau air tercemar.  Ia juga boleh disebabkan bukan kerana jangkitan tetapi ini sangat jarang berlaku.

SEBAB-SEBAB JANGKITAN
Tranmisi biasanya berlaku daripada individu kepada individu yang lain.
  • Bakteria contoh : Shigella, Campylobacter, Escherichia coli
  • Virus contoh: Norwalk virus, Rotavirus
  • Parasit contoh : Giardia lambdia, Entamoeba histolytica
BUKAN SEBAB JANGKITAN
  1. Toleransi kepada makanan – tiada toleransi ataupun alahan terhadap laktosa
  2. Reaksi ataupun kesan terhadap ubat-ubatan
  3. Kesan antibiotik tertentu
  4. Penyakit berkaitan usus – inflammatory bowel disease, sejeis penyakit yang mana tidak mampu untuk menghadamkan lemak.
  5. Functional bowel disease (penyakit fungsi usus) – irritable bowel syndrome (sindrom radang usus)
TANDA & SIMPTOM DIARRHOE
  1. Perut rasa memulas lebih kerap
  2. Cirit birit
  3. Mual dan muntah-muntah
  4. Demam
  5. Hilang selera makan
  6. Sakit perut / kejang
  7. Kembung perut
Sebagai ibu bapa anda perlu lebih berwaspada terhadap simptom cirit-birit kerana kanak-kanak mungkin kelihatan normal atau mungkin ada tanda-tanda dehidrasi.

TANDA-TANDA BAHAYA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN
Dapatkan rawatan dengan cepat sekirana anak anda ada tanda-tanda ini :
  1. Tanda-tanda dehidrasi
  2. Darah pada najis atau najis berwarna hitam
  3. Cirit-birit yang berterusan hingga lebih 48 jam
  4. Hilang berat badan
  5. Mengantuk dan kelihatan lali
  6. Demam melebihi 38 darjah celcius
  7. Enggan makan
BAGAIMANA MENGENAL DEHIDRASI?
DEHIDRASI RINGAN DAN SEDERHANA
  • Mulut dan lidah kering
  • Bibir merekah
  • Tiada atau hanya sedikit sahaja air mata jika menagis
  • Gelisah
  • Tidak kencing sehingga 4-6 jam
  • Ubun-ubun kepala bayi tenggelam
DEHIDRASI TERUK (KNONIK)
Semua tanda-tanda di atas dan diikuti tanda berikut :
  • Kulit kering dan berkedut
  • Kanak-kanak kelihatan tidak bermaya, sangat letih dan tidak aktif
  • Enggan makan
  • Mata cengkung
  • Sukar bernafas
  • Nadi yang lemah dan cepat
  • Tangan dan kaki terasa sangat sejuk
KESAN KOMLIKASI DIARRHOEA YANG TERUK?
  • Organ badan tidak berfungsi termasuk kegagalan ginjal
  • Jangkitan Sistemic (systemic infection)
  • Tiada toleransi terhadap laktosa peringkat sekunder (Secondary lactose intolerance)
  • Rasa sakit di sekeliling kawasan dubur
BAGAIMANA MENGURUS KANAK-KANAK YANG MENDAPAT DIARRHOEA?
  • Teruskan penyusuan susu ibu disamping memberi minum air garam rehidrasi (ORS)
  • Sekiranya bayi tidak menyusu badan – teruskan memberi bayi makan makanan biasa dan minum air garam rehidrasi ORS (Oral rehydration salt) garam oral rehidrasi
  • Jumlah cecair ORS yang perlu diberikan : (Gunakan sudu atau picagari kecil).  Umur bayi 6 bulan ke bawah (30 hingga 90mls setiap jam), umur 6 bulan hingga 1 tahun (90 hingga 120mls setiap jam), umur atas 1 tahun (120 hingga 240mls setiap jam)   


oleh : Rahaiza Ismail
Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia

Kes Mama sendiri berhadapan dengan anak  cirit-birit berterusan:
Kalau mengikut Pengalaman Mama sendiri pula, kes anak cirit-birit ini selalu jer berlaku tak kira masa, makanan yg di makan pun walaupun diyakini bersih tapi tetap juga terkena cirit birit.  Kes Syahmi pula.. hinggalah apabila masuk 3 tahun barulah gejala tersebut berhenti. Sebenarnya kes mama ni lain sedikit.  Dua orang anak mama iaitu Syahmi dan Shafik di lahirkan di Jepun.  So pemakanan pun banyak mengikut selera di sana, walaupun di rumah mama juga memasak makanan yang sama seperti di  Malaysia tetapi bahan2nya seperti bawang, tepung berasnya, mee kuning dan apa2 sahaja tidak sama seperti di Malaysia.  Bahan2nya lebih healthy dan original tanpa banyak bahan pengawet.  Sebab itulah apabila balik ajer Malaysia.. walaupun apabila sentuh nasi pun boleh cirit.. dan mama terpaksa juga guna beras Jepun sehinggalah anak mama mencecah umur 3 tahun. Yang mama lagi bermasalah apabila  bawang, tepung dan lain lain pun anak mama masih tidak boleh terima.. sikit sikit cirit dan asyik muntah.. Walaubagaimana pun mama tetap berikan secara sedikit demi sedikit untuk membiasakan perutnya dengan bahan2 dan pemakanan di sini.  Mama memang penat.. bukan kerana penat melayan anak sakit dan  berulang alik ke klinik tapi penat mata melihat keadaan mereka yang asyik sakit berpanjangan, tak sampai 2 minggu terjadi lagi.  Bukan setakat cirit sahaja.. dicampur sekali dengan muntah2 yang berpanjangan dan demam. 

 kalau di Japan, di sana  Doktor akan mengesyorkan kanak-kanak yg cirit-birit ini tidak dibenarkan beri susu.. hanya air pocari sweat sahaja. Air pocari sweat itu kalau di Malaysia kita boleh gunakan minuman 100 plus, tapi 100 plus ni ada gas.. terpaksa bukak tudung dahulu untuk buang gas barulah  boleh di berikan kepada anak yang cirit tadi, pocari sweat pula takde gas… bayi pun boleh minum.. takde masalah.  Makanan pula hanyalah udon atau mee yang lembut.  Di Malaysia pula mama hanya perlu tukar susu iaitu kepada susu isomil sepanjang mengalami cirit-birit.  Makanan pula hanyalah roti dan mee yang di rendam lama supaya lembut.  Kerana perut mereka ketika ini adalah sensitif dan tidak boleh menerima apa apa makanan yang keras seperti nasi.  Pocari sweat rakan2 boleh beli di Jusco atau sogo dalam bentuk tin atau botol.  Mama pula kalau pergi Indonesia selalu beli banyak2 yang dalam bentuk serbuk untuk emergency case, di Malaysia mama tak pasti ada ke tak tapi sepanjang mama nampak takde pun lagi yang dalam bentuk serbuk ni.. Kalau di Indonesia rata2 tepi jalan pun ada jual.. sebab syarikat Jepun ada membuka kilangnya di sana.. tapi di sini takde just boleh di dapati di tmp yg mama sebutkan tadi jer la.. tu pun harga mahal le sikit.  Tapi kalau anak2 sakit mahal ke tak mahal tu semua dah tak peduli dah janji boleh menyembuhkan anak2 kita.. bukan? Bagi minum pocari sweat sepanjang cirit birit, insyaAllah anak kita cepat sembuh dan cecair yang hilang dari tubuh akan cepat diganti dan ianya jgk merupakan minuman isotonik penganti ion tubuh....:)


Sumber dari mama.luv 

Di sini mama link kan entry yang lalu, berkenaan penyakit-penyakit yang sering melanda kanak-kanak.  Semua entry ini  amat penting untuk mama dan juga rakan-rakan rujuk apabila ada ketikanya kita tidak tahu apa yang harus dilakukan  saat2 berlakunya seperti situasi tersebut.
  1. Penggunaan Antibiotik di Kalangan Kanak-kanak
  2. Garis Panduan Pemakanan Kanak-kanak Kekurangan Zat Makanan
  3. Gejalan-gejala demam kanak-kanak

2 comments:

Ayuni said...

Thank you for the info.anak saya muntahmuntah tapi cirit tak ada. Kesian saya tgk, sampai lesu..anak umur 1tahun 3bulan. Boleh bg minim 100 plus tak? . Nak cabala petua mama ni..

Kak Eiza said...

boleh.. tp pastikan biar betul2 takde gas.. kalau berdekatan dengan pakson atau sogo beli le pocari swet ... yg tu xde gas.. masa kat Jepun dulu akak yg tu le dok berikan.. Dr sana syorkan pocari swet selang setengah jam... jgn putus air...dan laksa putih yg lembut/roti/bubur je.. mknn yg keras cam nasi jgn bagi .. perut dia sensitif lagi tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq