Tuesday, March 15, 2011

Tsunami.. Ultraman??? Kartun Tsunami Berita Minggu Cetus Bantahan


Mama sedih kerana di sebalik kedukaan dan keperitan mangsa tsunami dan gempa di Jepun... masih ada lagi yang sanggup mempersendakan sesuatu bencana yang menimpa di sana... adakah ini merupakan gurauan atau hanya untuk gimik sahaja?... mungkin penulis tersebut hanya ingin bergurau tetapi caranya cuma tidak kena dan tidak bertempat, dan akan menimbulkan kemarahan semua orang yg bersimpati dengan tragedi tersebut.

Mama memahami kerana sempat merasa pengalaman gempa bumi yang cukup menakutkan di Jepun walaupun tidak mengalami penderitaan seperti mangsa yang berlaku  3 hari yang lalu.. di mana sudahlah kehilangan  tempat tinggal, kesejukkan dek kerana musim sejuk dan tiada elektrik , makanan terhad dan lain2 lagi tetapi  juga yang paling menyedihkan adalah  kehilangan ahli keluarga tersayang yang terpaksa mereka harungi.  Memang cukup memilukan untuk kita semua lihat tapi berat lagi bahu mereka yang memikulnya. Sebagai rakyat Malaysia yang perihatin….mama amat bersimpati dengan trajedi tersebut dan sekali lagi mohon maaf atas terbitan kartun berita minggu tersebut kerana kartun di atas pastinya melukakan hati teman2 di sana dan rakyat Jepun yang kehilangan anggota keluarga dan saudara mara serta harta benda…Sekali lagi takziah dan kami khususnya merasa amat sedih dengan bencana yang menimpa…semoga bersabar dengan apa jua dugaan yang menimpa.

3 comments:

Nur Ayuni said...

ntah pape la..boleh buat lawak dari kesusahan org lain..geram btul

Kak Eiza said...

tu le org2 ni pelbagai ragam kan :( ...

Matika said...

ini la pengajaran untuk pelukis di malaysia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq