Friday, March 11, 2011

Video Tsunami yang pernah melanda Bumi ini




Assalamualaikum
Bencana alam yang tidak dapat di jangka...gempa bumi walaupun gegaran tidak sampai pun seminit akan mencetuskan runtuhan yang maha hebat termasuklah bencana tsunami. Bagi yang tinggal tepi pantai, inilah bencana alam yang amat ditakuti sekiranya negara itu terletak di lingkaran api. tapi alhamdulillah Malaysia terselamat atau terkeluar dari lingkaran api tersebut tapi tidak juga terselamat dari bencana ini pada tahun 2004 yang gempanya dan tsunami berlaku di Aceh menimpa utara Malaysia.

Gempa yang baru melanda Utara Jepun (Sendai) mengingatkankan peristiwa KOBE gempa bumi duhulu...yang berbeza kali ini dikuti Tsunami setinggi lebih 10meter. Tsunami ini memusnahkan infra dan pengakutan awam. Di Kobe lebih banyak yang musnah kerana Kobe merupakan bandar lama dan waktu berlakunya di awal pagi dan ramai yang mati kerana berada di subway dan sedang nyenyak tidur.  Rumah mama dulu pun di Tsu Shi, Mie Prefecture dan terletak di Teluk Ise. Kalau ikut sejarah pernah berlaku Tsunami lebih dari 100 tahun duhulu yang mengorbankan beribu2 nyawa. Sepanjang tinggal di Jepun, adalah  pernah sekali berlaku gempa bumi tapi tiada la tsunami., waktu itu skalanya hanya 4.1.  tapi dah merasa gerun dengan gemparan tersebut yang telah menggoyangkan rumah kami dengan hampir barang2 dalam rumah terjatuh.  kami berdoa agar tiada tsunami, kerana rumah memang hampir tepi laut dan dekat dengan muara sungai...alhamdulillah Amin!! (3 hari selepas berlakunya gempa tersebut terus mama bersalin :)   )



Tsunami Jepun (sendai) - 11/3/2011 (Jumaat)
Tsunami Aceh - 26/12/2004 (Ahad)


Tsunami Penang 26/12/2004 (Ahad)
Tsunami India dan Phuket Thailand 26/12/2004 (Ahad)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq