Saturday, April 9, 2011

Aqiqah untuk anak

Assalamualaikum wbt
Apa khabar semua?
Mama masih di Kampung, kat Terengganu...balik kampung buat aqiqah Isya anak bongsu mama..
Anak2 lain semuanya dah selesai aqiqah...alhamdulillah tahun ni giliran si bongsu mama Isya ni pulak....




Kat Terengganu acara aqiqah ni meriah laa jugak siap buat kad jemputan macam kenduri kawin jugak cuma bezanya ada solat hajat dan acara selawat...semua sedara2 hadir meriah sungguh:) 

Nnt mama share lagi gambar2 dan info tentang aqiqah ni dalam post akan datang.....

Buat Renungan semua:
PENGERTIAN ‘AQIQAH
  • ‘Aqiqah ialah sembelihan binatang an‘am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah subhanahu wata‘ala
HUKUM MELAKUKAN ‘AQIQAH
  • Hukum melakukan ‘aqiqah ialah sunnah mu’akkadah bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.
 WAKTU PELAKSANAAN ‘AQIQAH
Waktu melakukan ‘aqiqah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdhal untuk melakukan ‘aqiqah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak tersebut.

 HIKMAH AQIQAH
  • Tanda kesyukuran diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk menjalankan syariat Islam dan dianugerahkan anak
  • Menggalakkan amalan sedekah.
  • melepaskan penghalang pada bayi dalam memberi syafaat kepada orang tua mereka
  • Sebagai mengikuti sunnah Rasulullah.
  • Mengukuhkan semangat persaudaraan dalam masyarakat.
  • Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri.
  • Memulakan kehidupan seorang bayi dengan amalan yang baik
  • membiasakan berkorban bagi orang tua
Baca lagi di Islam Cara Hidupku


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq