Tuesday, April 12, 2011

Bahaya - Larang anak makan makanan ringan


Wajah comel adik Norhazirah sembunyi derita, begitulah bunyi tajuk artikel yang mama baca dalam Mingguan Wanita keluaran 1-7 April 2011.


Sekali pandang wajah Norhazirah mirip Batriysa anak bongsu mama. Besar sat gi camni kot...gaya rambut maggie style tu yang menampakkan lagi kesamaan mereka berdua tu:)

Sebab tu bila terlihat jer wajah Norhazirah kat majalah tu terus baca isi artikel....
nak tahu kenapa??
sebab apa??
apa yg Norhazirah tanggung??

Norhazirah sebenarnya menderita kerana buah pinggangnya bocor. Fungsi buah pinggang ni sebagai penapis air dalam badan, garam dan bahan sisa buangan  akan ditapis oleh buah pinggang kita. Adik Norhazirah mengalami bengkak pada kaki, tangan, perut dan wajah. Bengkak bahagian perut pula menandakan air yang semakin banyak berkumpul dalam buah pinggang. Kencing juga jadi tak lawas kerana buah pinggang yang bocor tadi. Tapi apa yg membimbangkan air yang berkumpul dan mengandungi kuman akan merebak ke organ yang lain terutamanya otak.

Setelah 2 minggu di tahan di wad PPUM, dipantau akhirnya adik Norhazirah pulih dan alhamdulillah bengkak2 tadi surut tapi terpaksa memakan ubatan dan menjalani pemeriksaan setiap minggu. Alhamdulillah. Semoga adik Norhazirah terus pulih dan sihat sentiasa hendaknya.


Nak tahu kenapa adik Norhazirah jadi camtu??
Mengikut cerita Aida binti Ibrahim ibu kpd adik Norhazirah, Norhazirah mengalami sakit perut dan cirit birit selepas makan makanan ringan yang dibeli dipasar malam.

Daripada apa yang berlaku.. ingin sekali mama beringat (ingatkan diri sendiri kata org Terengganu) dan juga kepada pembaca-pembaca supaya ambil iktibar dari cerita adik Norhazirah ni. Kadang kala apa yang berlaku di luar kawalan kita kerana makanan ringan ini ada di mana-mana aje seperti  di kantin sekolah, depan rumah dan sebagainya. walaupun bukan kita yang membelinya tetapi kadang-kadang kerana kemahuan kanak-kanak yang terlalu terpikat dengan iklan-iklan di televisen menyebabkan diorang tidak hiraukan nasihat mak ayah, dan sanggup membeli secara diam-diam.  Tetapi walaubagaimana pun Mama akan pastikan anak kecil mama ni tidak mengambil makanan ringan yg sememangnya tidak berzat, tinggi kandungan garam serta merbahaya pada kesihatan. (susah jgk tapi kena sabau ni...)




3 comments:

Nancy Poh said...

yup..stuju..didik anak2 makan sayuran..kesian dgn adik norhazirah

Kak Eiza said...

ha.a.. tapi kena byk bersabar le dengan karenah kanak-kanak yg dah terbiasa..

estee_8980 said...

btul tu, kadang2 kita dh cukup jaga2, x bg beli yg bukan2...tp kt belakang kita, masa balik sekolah ke...mesti merengek nk beli jugak...risau bila baca citer cam ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq