Monday, April 11, 2011

Banjir di bulan April 2011 - Bukan fenomena biasa?

Assalamualaikum wbrkt


Semalam mama sekeluarga, sekitar jam 3 petang bertolak balik dari kampung, Bukit Payung Jertih nak balik ke Kemaman. Hujan lebat tak henti2 dari subuh lagi. Kena balik sebab esok anak sekolah dan abah plak esok dah kerja, cuti hanya sehari jer. Selepas bertolak sampai jalan Pasir Akar (Jalan Utama ke Jertih) tengok air telah naik dan banyak kereta "u-Turn" sbb tak boleh nak lalu. Gambar kat atas tu, Jalan utama dari Bukit Payung nak pergi ke Jertih, bukan sekadar tak boleh lalu dah jadi tempat pesta mandi manda atas jalan dah...tengok tuuu bukan budak2 yang dok mandi tu.. tapi 'budak2' dewasa.. haha.. lawak diorang ni..


Oleh kerana jalan utama dah takleh lalu maka abah ambil keputusan 'u-turn' jgk...tak nak ambik risiko sbb mmg jalan ni kalau banjir terputus hubungan dan tak boleh redah sbb air dalam sangat! so ambil keputusan pergi  le ke jalan shortcut, rupanya air naik jugak...jalan tali parit tali air ni biasanya boleh dilalui kalu banjir biasa2 yang dok terjadi, tapi kali ini nampak air naik jgk...air melimpah dari tali air sebelah jalan... nak lalu pun berdebar semacam jer... eiiii..cuba jugak tapi slow2 jer bawak...budak2 dah kelam kabut tgk air banyak... takut kereta masuk lam sungai..ngeri jgk!!!


Permandangan tepi jalan parit tali air.....kesian tuan rumah ni... hanya rumahya sebuah jer di laluan ni... takde nampak ada rumah lain pun..
Nak lalu kena buat survey dulu....baru yakin sikit hehehe....abah cuba nak selidik paras air samaada kami boleh lalu ke tidak...nampak paras labu betis jer air tu ...emmpppppp
amboii.. anak sulung mama nii sempat lagi posing tu...ambil peluang main air sama dengan syafiq adiknya ikut abah periksa paras air di laluan jalan....


Abah dengan Asri member sekampung ikut serta dalam acara memeriksa paras air....mungkin abah kata jalan okay kot nampak senyum jer tuu hhehehe...
Anak mama ni nampak sedih jer sebab besok sekolah....banjir ni camna nak balik ni??
Syafiq pulak seronok katanya kalau banjir sebab boleh main air...sekolah pulak boleh cuti.....
Okay...jalan nampaknya abah bagi green light yang kita boleh redah jer ....tawakal dan jalan slow2 insyaAllah okay katanya...nampak tu...kereta mama sedang berusaha mengharungi banjir...

 
Bimbang jugak sebab air melintas jalan tu laju jgk....lubang2 atas jalan perlu jugak consider takut2 terjerulus nanti....gambar2 ni anak2 mama ready tunggu kat depat masa pergi periksa paras air tadi...jadi cameraman plak:))
woww...takut tengok air yang deras ni....


Isya pulak tak habis2 mama...air mama...airrr mama....


 Alhamdulillah..selamattt...

 Kereta lain rendah sbb tu mereka yang masih tak berani nak cuba lalu, cuma ada le sebuah van ikan mati tengah2 tadi.. kesian dia.. mana2 org kat situ dok pakat ramai2 tolak keretanya ke depann
Suasana yang mencemaskan kami....syadi sempat rakam dalam bentuk video dan kami upload dalam youtube untuk koleksi mama jer:)




4 comments:

bobhandburry said...

Salam kunjungan... singgah la ke blog saya ;)

http://www.zuwairiaiman.com

cik dah ganu kiter said...

banjir jgk yek ujan ari sabtu tu...igtkan biasa2 jer..kat tmpt cikdah alhamdulillah air x naik..
bkt payung kat aner erk...fmly pun asal belah sana gak..kg gong nangka kat apal tu

Kak Eiza said...

tq... ok mama menjenguk seketika sekarang juga..alang2 skrg free.. :)

Kak Eiza said...

Bukit payung Besut... kemaman ari ni boleh tahan hujan lebat gak ni.. janngan banjir dah :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq