Monday, April 18, 2011

Hati-hati makanan di sekeliling kita





Assalamualaikum dan salam sejahtera

dalam minggu ini mama banyak postkan n3 berbentuk makanan yang tidak menyihatkan dan juga yang tak halal, dan baru kelmarin mama masih lagi sibuk periksa  barangan kegunaan harian  kot2 termasuk dalam listing non halal.. untuk di buang, tiba-tiba timbul pula masalah dalam ahli keluarga mama perihal akibat pemakanan juga.  Anak saudara mama...di masukkan sekali lagi di hospital, kalau nak kira setiap sebulan pasti demam berpanjangan, akibatnya pemakanan jugak.  hari ni tonsilnya dah bernanah teruk dan disarankan membuat operation membuang tonsil yg sememangnyer dah tak guna lg disimpan ..
jumpa Dr pakar.. katanya ini semua akibat pemakanan yang tidak betul, contohnya minyak masak jangan le guna yang dalam bungkusan plastik tu, itu adalah minyak proses yang di reject, beli le yang mahal dan berkualiti, katanya lagi anak sedara mama  ni hanya boleh makan minyak olive oil (500ml dengan harga RM40 +).. mak oill.. terkejut maknya.. sebotol minyak tu boleh dapat 3 botol minyak masak 5kg yg baru RM10+.. dan kebiasaanya untuk goreng cengkodok pun dah hampir separuh minyak masak.. apa lagi kalau guna olive oil.. bankrap2.. hehe.. adik mama ni dah termenung.. tapi demi untuk kesihatan  walau semahal mana pun makayah akan sanggup berkorban..


       Mee kuning kalau boleh jangan le makan langsung atau kurangkan, nak sangat beli le mi lidi katanya, atau pasta lagi selamat, mee kuning tu memang dari dulu dah tahu tak elok kerana mengandungi asid borid yang tinggi.. tgk warnanya yg terlalu kekuningan dan terang benderang tu pun dah gerun nak makan, dan boleh juga terjadi kes mee kuning bertukar mee darah.. mama jarang beli.. kalau rasa nak makan jugak rendam dalam air panas sehingga hilang warna kuning tu.
GAMBAR menunjukkan kicap Cap Kipas Udang tiruan (kiri) yang mempunyai penutup plastik berlubang (dalam bulatan) berbanding kicap asli.

Kicap juga tidak elok, kalau tak berhati-hati boleh terbeli kicap tiruan.. kata Dr jangan guna dalam rumah.. kicap langsung tidak elok untuk kanak2.. itu yg menyebabkan salah  satu faktor tonsil... aduhai.. kicap ni memang feveret kami semua.. memang tak lengkap kalau kat dapur takde  kicap.. camne ni?.. Nuget atau jejari ketam.. jangan beli kerana itu bukan isi kandungan asal sepenuhnya tapi campuran bahan yang meragukan kesihatan.. kebanyakkan katanya.. semua makanan yang di jual kat luar atau pasaraya tu semuanya plastik.. bukan bahan mentah origional..  melainkan kalau produk yang mahal barulah ada jaminan tinggi kualitinya.  Daging burger .. mama tak pernah makan dah semenjak mama tengok satu video tube seekor lembu di masuk dalam mesin kisar.. untuk buat daging burger,.. iyakkk...!... tp sebenarnya bukan itu  salah satu sebabnya.,  sebabnya kerana ada sekali tu mama goreng le daging burger tu dengan sedikit jer minyak.. tapi bila dah hampir nak masak tu minyak dari daging tu bersudu2 keluar.. time mama nak cuci  fry pan tadi tengok2 minyak burger tadi dah beku.. aduhh bayangkan camne minyak tu bersalut di usus kita.. eii patut le ramai rakyat Malaysia ni mengindap pelbagai penyakit kritikal dengan pelbagai jenis kansel.. seperti kes adik Norhazirah yang mengidap sakit buah pinggang bocor kerana banyak makan makanan ringan.. huii.. ni memang kes parah kanak2.. majoritinya kanak-kanak Malaysia tak sah kalau  tak mengunyah makanan ringan di mana-mana sahaja.. sekolah.. otw nak balik kpg lam kereta yg ni le pilihan budak2 nak sangat padahal makayah dah sediakan makanan yag lebih sihat.. nak buat camne..selagi semua ni ada di jual... selagi tu le masalah ini takkan selesai dengan ditambah lagi promosi iklan di tv yang  giler2 menariknya!.. ehmm... nasib le... nak buat camne kan.. masing2 fikir sendiri dan pandai2 mengontrol semua ini...  ok le mama pun nak kena bersiap... hubby mama nak fly ke Indonesia pula selama beberapa hari jugak le... mama dan anak2 memang selalu di tinggalkan.. uhukk.. nak buat camne.. kenalah belajar independent dan tidak terlalu bergantung kepada suami sahaja dalam semua hal urusan keluarga terutamanya hal urusan anak-anak sekolah dan sebagainya.

8 comments:

Nur Ayuni said...

susah jugak bab makan ni yea mama..yang best2 tu la yang x baik untuk kita..

Kak Eiza said...

ha.a kan.. susahnya.. zaman dok jepun lagi rasa sihat jer sepanjag masa.. contohnya mee kuning pun takde rasa spt yg kat mesia ni yg rasa tebal jer rasa kapur dan pahit!

mizzura said...

tu ler...masalahnya...kat blog A cakap actually tak halal...info jabatan agama xx, kat blog B kata halal info persatuan xx, paper kata halal...adoiii..tak tau mana nak folo..ikut keyakinan + cek ingredient dia jugak..


Latest entry|Officially bergelar B2B|

Nyanyi soley soley jom! |MIDDLE OF THE ROAD - SOLEY SOLEY 1971|

zippo miller said...

Wow mama, ini info yang mmg patut org tau ni....

Mia Auburn said...

Like. Informative post

Kak Eiza said...

mama dah serba tak kena kalau nak fikir bab2 makanan ni.. semuanya feveret kita semua.. tp betul le kata Mizzura... yg tu kata ok yg pihak sana plak kata tak boleh.. lain2 pendapat... kita sebagai pengguna jugak yang jadi mangsa kekeliruan dan mangsa bakal mengidap pelbagai penyakit2 pelik di alaf baru

estee_8980 said...

best la blog mama...
mcm2 info..
rasa gerun bila baca psl budak2 yg terkena sakit mkn jajan ni..
payah la nk elakkan..

Zaitun said...

Salam ziarah

Nice blog.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq