Saturday, April 23, 2011

Hujung minggu yang meriah



Assalamualaikum...
Hari ini memang agak memenatkan.. maklum le cuti hujug minggu. Seperti biasa pergi pasar Chukai Jam 10 pagi, cari ayam kampung... alahai keciknya.. 2 ekor rm30.00.. xpe le... lama dah rasa nak makan sup ayam kampung. taruk halia banyak2.. huisss sedap tu.. tak sabar buat utk menghirup supnya.  Balik rumah terus masak.. sambil2 tu hubby dan anak sulong mama, Rusyaidi meringankan tulang dengan mengemas peti ais.  aduhh hampir dekat 2 besen gak dapat sampah... dengan bekalan stok ubat, sayur yg dah layu... makanann semalam... dan mcm2 le... xsempat nak kemas selalu., harapkan
dengan peluang cuti hujung minggu macam ni le ada gak assistants yang tak bergaji ringan tulang menolong mama di dapur.  Syafik pula membuang segala sampah dalam rumah.. Syahmi pula tugasnya memastikan halaman rumah sentiasa bersih dengan susunan kasut2 & selipar.  2 lagi anak dara kecilku kusyuk dengan iPad.  diorang ni bukan mama nak memerintah tapi didikan dari awal boleh membentuk jadi dewasa yang pandai berdikari dan suka membantu.  Kalau tak bagi diorang biasakan diri macam ni esok2 diorg jugak yang susah.. tak  reti nak buat sesuatu perkara tu  dgn sediri, asyik nak bergantung dgn org jer. taknak le jadi macam tu kan.  Itu tujuan niat mama sebenarnya. 

Adik selalu cakap tgk mama buat kerja rumah tak berhenti langsung kenapa tak ambil bibik semula?.. ehmm jawapan mama mudah jer... ada bibik kalau dapat yg tak berkualiti... baik buat sendiri., buat habis tenaga suara mama jer berleter, dan sakit mata tak pandai2 jugak.  Walaupun semua mama buat sendiri skrg..penat2 pun tapi puas hat!i. drp dok bayar gaji dia baik simpan jer dalam asb bulan2.. ada gak faedah... lagipun yg paling penting skrg anak2 mama sudah rajin membantu mama di rumah tidak seperti time ada bibik sebelum ini yang terlalu manja taknak buat  apa2 langsung,. kalau di suruh buat apa2.. ala mama bibik kan ada.. nanti bibik takde kerja pulak.. bayar gaji mahal2.. rugi la xbanyak kerja.  alahai tak boleh jadi ni.. !  tapi sekarang  Alhamdulillah... pantang di suruh segera jer buat kerana kasihan melihat mama penat seharian kot.. hehe. 

Abah dan Syaidi saling bantu membantu mengemas freezer 



Sambil  mama dok godeng2 di dapur... mama biarkan seketika  selama 10 minit buah2an dan sayuran2 ke dalam Beyond Food Junction ni utk meng ozonkan / menyahtoksikkan sebarang bakteria.

  Ini adalah BEYOND FOOD JUNCTION DETOXIFYING UNIT, sajer nak tayangkan yang baru di beli kemarin.  Kiranya ini adalah selingan iklan sebentar berkenaan Boyond foff junction ni... hehe

fungsinya utk memastikan racun perosak, racun serangga, pengawet, antibiotik, dll pada bahan mentah yang akan dimasak telah disingkirkan. Bahkan patogen yang hadir pada peralatan dapur, sudu, garfu juga dapat direncatkan terlebih dahulu sebelum digunakan.

 Ini rupanya.. cantik tak?.. dan fungsinya pun byk tau.... utk kesihatan mama sekeluarga sentiasa terjamin sihat dan selesa.

 ok.. itu ajer untuk cerita di lewat malam ini. mata pun dah ngantuk.. salam sayang semua untuk pembaca-pembaca mamaLUV di sini.
Assalamualaiku.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq