Saturday, April 2, 2011

Kenapa Ibubapa tidak boleh menjadi guru kepada anak?


Assalamualaikum..

Pernah tak pembaca-pembaca di sini mengalami situasi apabila kita hendak mengajar anak.. anak selalu tak sependapat.. apa yang kite ajar selalu diorg sampuk.. ehh.. cikgu cakap lain.. ehh mama salah ni.. cikgu tak kata gitu.. ehh mana bleh nanti ckgu marah... bagi diorang semua apa yg guru mengajar adalah betul. Sebenarnya mereka ini fikir makayah diorang hanyalah seperti hakim, pembuli, pemukul, kawan, dan apabila berjanji selalu tak di tepati... ehh jangan le nakal sayang nanti ayah/mak janji kite pergi makan KFC nak?.. ooo beria2 le anak tu melompat.. sampai masa si anak tadi dah termenung dok menunggu janji ayah/mak... tengok -tengok makayah tetap sibuk dengan laptop, mengadap tv, mengadap surat khabar dan apa-apa lagi le, so bagaimana diorang nak jadikan mak ayah sebagai guru,/idola.   Diorg menganggapkan guru itu
tidak pernah menipu mereka, guru memberi ilmu, mengajar supaya menjadi pandai dalam matapelajaran.. so apabila makayah ajar dorg anggap jawapan itu tidak betul, kerana tidak yakin dengan makayahnya. Tetapi cuba kalau si anak tadi di beri peluang tinggal di rumah guru tadi selama seminggu.. Oo cikgu pun macam ni ke?.. sama jer cam mak ayah aku.. macam ni macam tu....hahaa...ahahah... hehe faham kan?

Sebenarnya Kita sebagai ibubapa jangan risau anak tidak mendengar cakap kita, sekali suruh tak buat lagi contohnya laaa.., tapi risaulah yang anak sentiasa lihat perbuatan kita!,  diorg ni belajar dari apa yg mereka nampak bukan dari kata2 atau teguran. teguran atau kata2 tu masuk telinga kiri keluar telinga kanan, tetapi berlainan kalau apa yg diorg nampak.. yg tu le akan terpahat dalam fikiran mereka atau sesiapa pun, macam tu jugak orang dewasa.. kalau di antara rupa dan nama.. mana satu yg kamu boleh cepat ingat???.. mesti rupa kan.. nama ntah ke mana dah lupa dah seperti kawan-kawan sekolah rendah atau menengah dahulu.  

Okay..kalau  le dalam rumah tu mempunyai suasana yang harmoni, mak ayah yang penyayang, bertanggungjawab, tak pernah gaduh2. tenang .. InsyaAlah anak-anak akan terikut jejak perangai makayah diorg kerana itulah yang mereka nampak hari-hari.  kalau kita memberi nasihat tapi kita sendiri tak buat contohnya suruh anak sembahyang tapi makayah sendiri melewat2kan sembahyang...  camne mereka nak ikut, diibaratkan cam ketam nak mengajar anak berjalan tetapi diri sendiri jalan tidak betul.... so itulah kesimpulannya... Mama juga termasuk dalam masalah ini seperti kadang-kadang terlupa juga janji-janji diorang, bukan tak nak tunaikan tetapi kerana terlalu sibuk jadi sampai terlupa.  so itu le masalah diorang budak-budak ni mereka tak faham apa dalam fikiran orang dewasa.. jadi sama-sama le kita ubah sikap kita untuk supaya meyakinkan anak percaya kita juga boleh menjadi guru mereka.. InsyaAllah.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq